Pada zaman dahulu
ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.
Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.Pada suatu
malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh
kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya. Abu bertanya, “Wahai hamba
Allah, siapakah Engkau?”Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat
utusan Allah". Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah
didatangi oleh malaikat yang mulia. Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu
lakukan di sini?”Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta
Allah.”Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu
bertanya;“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”Malaikat menjawab; “Di
dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”Mendengar jawapan
Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.
Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”Abu
menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak
putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga
bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari. “Baiklah, biar aku
lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu
tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.Tidak percaya, Abu meminta
Malaikat mencari sekali lagi.“Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!”
kata Malaikat.Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan
Malaikat. Dia menangis semahunya.
“Rugi sekali diriku
yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi
namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.Melihat
itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau
bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan
menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.
Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”“Apakah gerangan yang menjadi
penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi
engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. Engkau asyik beribadah
memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang
lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah. Mereka
itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin
juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi
tetanggamu. Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa? Bagaimana mungkin engkau
dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai
hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.Abu bin Hasyim seperti
disambar petir di siang hari. Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah
hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia
(hablumminannas) dan juga kepada alam.
Takhrij
Ia adalah sebuah
khabar, yang dinukilkan oleh Imam al-Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub hal
43-44, tanpa sanad.
Ibnu Mubarak
meriwayatkan: Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad
seseorang boleh berkata sekehendak hati’. (Sahih Muslim, 1/87).
Kitab Mukasyafatul
Qulub sendiri termasuk kitab bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith
palsu, tanpa sanad, dhaif dan khabar yang tidak jelas.
Abu Ishaq
Al-Huwaini berkata bahawasanya kitab ini tidak layak dipelajari kerana banyak
hadith-hadith yang tidak jelas statusnya.
Ada sumber lain,
menunjukkan ia adalah sebuah puisi yang ditulis oleh Leigh Hunt yang
mengadaptasikan kesalihan seorang sufi bernama Ibrahim bin Adam (W165H).
Rujukan
http://ar.islamway.net/fatwa/10264
No comments:
Post a Comment