Takhrij

Wednesday, 22 April 2020

Hadith dajjal datang ke pintu rumah membawa makanan yang sedap di akhir zaman




Dajjal tak bawak makanan, dajjal lebih berkuasa lagi dari bawak makanan ke pintu rumah.

Dajjal boleh menurunkan hujan dengan kuasa Allah. Boleh menumbuhkan tumhuhan. Boleh mengarahkan haiwan ternak makan lalu membesar dengan sihat dan gemuk.

Maka pada masa itu makanan tidaklah diperlukan, kerana kita yang beriman tahu itu adalah tipudaya dajjal. Maka bertepatan dengan sabda Nabi saw makanan kita adalah zikirullah dan taubat.

Dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.


فَيَأْتِى عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ وَالأَرْضَ فَتُنْبِتُ فَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ أَطْوَلَ مَا كَانَتْ ذُرًا وَأَسْبَغَهُ ضُرُوعًا وَأَمَدَّهُ خَوَاصِرَ ثُمَّ يَأْتِى الْقَوْمَ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قَوْلَهُ فَيَنْصَرِفُ عَنْهُمْ فَيُصْبِحُونَ مُمْحِلِينَ لَيْسَ بِأَيْدِيهِمْ شَىْءٌ مِنْ أَمْوَالِهِمْ وَيَمُرُّ بِالْخَرِبَةِ فَيَقُولُ لَهَا أَخْرِجِى كُنُوزَكِ. فَتَتْبَعُهُ كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ

“Ia mendatangi kaum dan menyeru mereka, mereka menerimanya. Ia memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu langit menurunkan hujan. Ia memerintahkan bumi agar mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, lalu bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Lalu binatang ternak mereka pergi dengan bonggol yang panjang, perut yang lebar dan kantong susu yang berisi lalu kehancuran datang lalu ia berkata padanya: ‘Keluarkan harta simpananmu.’ Lalu harta simpanannya mengikutinya seperti lebah-lebah jantan (HR Muslim no. 2937, sahih ijma')




Tasbih dan taqdis


Matan hadith


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِي فَذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ سِنِينَ سَنَةٌ تُمْسِكُ السَّمَاءُ ثُلُثَ قَطْرِهَا وَالْأَرْضُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا وَالثَّانِيَةُ تُمْسِكُ السَّمَاءُ ثُلُثَيْ قَطْرِهَا وَالْأَرْضُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا وَالثَّالِثَةُ تُمْسِكُ السَّمَاءُ قَطْرَهَا كُلَّهُ وَالْأَرْضُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا يَبْقَى ذَاتُ ضِرْسٍ وَلَا ذَاتُ ظِلْفٍ مِنْ الْبَهَائِمِ إِلَّا هَلَكَتْ وَإِنَّ أَشَدَّ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْتِيَ الْأَعْرَابِيَّ فَيَقُولَ أَرَأَيْتَ إِنْ أَحْيَيْتُ لَكَ إِبِلَكَ أَلَسْتَ تَعْلَمُ أَنِّي رَبُّكَ قَالَ فَيَقُولُ بَلَى فَتَمَثَّلَ الشَّيَاطِينُ لَهُ نَحْوَ إِبِلِهِ كَأَحْسَنِ مَا تَكُونُ ضُرُوعُهَا وَأَعْظَمِهِ أَسْنِمَةً قَالَ وَيَأْتِي الرَّجُلَ قَدْ مَاتَ أَخُوهُ وَمَاتَ أَبُوهُ فَيَقُولُ أَرَأَيْتَ إِنْ أَحْيَيْتُ لَكَ أَبَاكَ وَأَحْيَيْتُ لَكَ أَخَاكَ أَلَسْتَ تَعْلَمُ أَنِّي رَبُّكَ فَيَقُولُ بَلَى فَتَمَثَّلَ لَهُ الشَّيَاطِينُ نَحْوَ أَبِيهِ وَنَحْوَ أَخِيهِ قَالَتْ ثُمَّ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَاجَةٍ ثُمَّ رَجَعَ قَالَتْ وَالْقَوْمُ فِي اهْتِمَامٍ وَغَمٍّ مِمَّا حَدَّثَهُمْ بِهِ قَالَتْ فَأَخَذَ بِلُجْمَتَيِ الْبَابِ وَقَالَ مَهْيَمْ أَسْمَاءُ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ خَلَعْتَ أَفْئِدَتَنَا بِذِكْرِ الدَّجَّالِ قَالَ وَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا حَيٌّ فَأَنَا حَجِيجُهُ وَإِلَّا فَإِنَّ رَبِّي خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُؤْمِنٍ قَالَتْ أَسْمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا وَاللَّهِ لَنَعْجِنُ عَجِينَتَنَا فَمَا نَخْتَبِزُهَا حَتَّى نَجُوعَ فَكَيْفَ بِالْمُؤْمِنِينَ يَوْمَئِذٍ قَالَ يَجْزِيهِمْ مَا يَجْزِي أَهْلَ السَّمَاءِ مِنْ التَّسْبِيحِ وَالتَّقْدِيسِ



Terjemahan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di dalam rumahku, kemudian beliau menyebutkan tentang Dajjal, beliau bersabda: "Sungguh, menjelang datangnya Dajjal akan ada tiga tahun (masa sulit); tahun pertama, langit akan menahan sepertiga dari air hujannya dan bumi menahan sepertiga dari tumbuh-tumbuhannya, tahun kedua langit akan menahan dua pertiga dari air hujannya dan bumi akan menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya, dan pada tahun yang ketiga langit akan menahan air hujannya semuanya dan bumi juga akan menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, maka tidak ada lagi tersisa yang memiliki Khuf atau kaki (telapak kaki haiwan berkaki empat) kecuali akan binasa. Dan yang paling dahsyat dari fitnah dajjal adalah seperti, ketika seorang badui datang kepadanya, Dajjal berkata, 'Bagaimana pendapatmu jika aku bangkitkan untamu dengan susu yang besar dan bonggolnya yang besar, apakah kamu mengakui bahawa aku adalah Rabbmu? ' Badwi itu menjawab, 'Ya'. Lalu syaitan berubah bentuk menyerupai untanya dan mengikutinya. Kemudian Dajjal berkata kepada orang tadi, 'Bagaimana pendapatmu jika aku bengkitkan bapa dan anakmu, dan siapa yang kamu ketahui dari keluargamu, apakah mengakui bahawa aku adalah Rabbmu? maka badwi tersebut menjawab, 'Ya'. Maka syaitan berubah bentuk seperti keluarganya dan mengikutinya." Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk suatu keperluan, ketika kembali orang-orang masih terpinga dan sedih dengan apa yang baru saja beliau ceritakan kepada mereka." Asma berkata, "Kemudian beliau meraih dua daun pintu seraya bersabda: "Wahai Asma, bagaimana khabarmu?" Asma berkata, "Aku lalu menjawab, "Wahai Rasulullah, engkau telah membuat hati kami berlubang kerana cerita Dajjal." Beliau lalu bersabda: "Jika Dajjal keluar dan aku masih bersama kalian maka aku yang akan melawannya, jika tidak maka Rabbku lah yang akan menggantikan aku untuk menjaga setiap Mukmin." Asma berkata, "Wahai Rasulullah, sungguh, kami telah membuat adunan, namun susah untuk menjadi roti hingga kami lapar! Lalu bagaimana dengan keadaan kaum Mukminin saat itu?" Beliau menjawab: "Cukuplah bagi mereka sebagaimana penduduk langit; bertasbih dan bertaqdis (mensucikan Allah)."


Takhrij

HR. Ahmad no. 26298 dari Asma' binti Yazid ra. Sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad.

Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 1/135 berkata sanad hadith ini tidak ada masalah dan hadith ini mempunyai penguat.

Ibnu Hajar berkata dalam Takhrij Misykatul Masabih 5/139 bahawa hadith ini hasan.




Tahlil, takbir, tahmid


Matan hadith

إنَّ قبلَ خروجِ الدَّجَّالِ ثلاثَ سنواتٍ شِدادٍ ، يُصِيبُ الناسَ فيها جُوعٌ شديدٌ ، يأمرُ اللهُ السماءَ السنةَ الأولى أن تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِها ، ويأمرُ الأرضَ أن تَحْبِسَ ثُلُثَ نباتِها ، ثم يأمرُ السماءَ في السنةِ الثانيةِ فتَحْبِسُ ثُلُثَيْ مَطَرِها ، ويأمرُ الأرضُ فتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نباتِها ، ثم يأمرُ السماءَ في السنةِ الثالثةِ فتَحْبِسُ مطرَها كلَّه ، فلا تَقْطُرُ قُطْرةً ، ويأمرُ الأرضَ فتَحْبِسُ نباتَها كلَّه فلا تُنْبِتُ خضراءَ ، فلا يَبْقَى ذاتُ ظِلْفٍ إلا هَلَكَت إلا ما شاء اللهُ ، قيل : فما يُعِيشُ الناسَ في ذلك الزمانِ ؟ قال : التهليلُ ، والتكبيرُ ، والتحميدُ ، ويُجْزِئُ ذلك عليهم مَجْزَأَةَ الطعامِ

Terjemahan

Sesungguhnya tiga tahun yang penuh dengan kesukaran sebelum keluarnya dajjal, manusia akan ditimpa padanya dengan kelaparan yang melampau, Allah SWT memerintahkan langit pada tahun pertama agar menahan satu pertiga daripada hujan dan Allah SWT juga memerintahkan bumi untuk menahan satu pertiga daripada sumber tanah. Kemudian Allah SWT memerintahkan langit pada tahun kedua agar menahan dua pertiga daripada hujan dan Allah SWT juga memerintahkan bumi untuk menahan dua pertiga daripada sumber tanah. Kemudian Allah SWT memerintahkan langit pada tahun ketiga agar menahan terus hujan dan sejak dari itu hujan tidak lagi turun walaupun setitik. Di samping itu, Allah SWT juga memerintahkan bumi untuk menahan terus daripada sumber tanah sehingga bumi tidak lagi tumbuh kehijauan. Maka tidak akan hidup lagi binatang yang berkuku melainkan kesemuanya mati kecuali yang tinggal apa yang Allah SWT kehendaki sahaja. Dikatakan: Bagaimana manusia hidup di zaman itu? Nabi SAW bersabda: “Tahlil, takbir dan tahmid ini akan memberi mereka makanan sama seperti makanan”.


Takhrij

HR. Ibn Majah no. 4067, Sahih Ibn Khuzaimah, no. 7875 dari Abu Umamah al-Bahili ra.

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 2/411 menilai hadith ini gharib jiddan.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Sunan Ibnu Majah. Tetapi mensahihkannya dalam Sahih Jami' no. 7875.





Tasbih, takbir, tahmid, tahlil


Matan hadith


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ جَهْدًا شَدِيدًا يَكُونُ بَيْنَ يَدَيْ الدَّجَّالِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ قَالَ يَا عَائِشَةُ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ قَلِيلٌ فَقُلْتُ مَا يُجْزِئُ الْمُؤْمِنِينَ يَوْمَئِذٍ مِنْ الطَّعَامِ قَالَ مَا يُجْزِئُ الْمَلَائِكَةَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّحْمِيدُ وَالتَّهْلِيلُ قُلْتُ فَأَيُّ الْمَالِ يَوْمَئِذٍ خَيْرٌ قَالَ غُلَامٌ شَدِيدٌ يَسْقِي أَهْلَهُ مِنْ الْمَاءِ وَأَمَّا الطَّعَامُ فَلَا طَعَامَ

Terjemahan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menceritakan kondisi yang sangat sulit ketika saat-saat berada di hadapan Dajjal. Saya (Aisyah) bertanya; "Wahai Rasulullah! Lantas dimana orang Arab ketika itu?" Beliau bersabda: "Wahai Aisyah! Orang Arab ketika itu sedikit." Saya berkata; "Makanan apa yang bermanfaat bagi orang beriman ketika itu?" beliau bersabda: "Yang mendatangkan manfaat bagi para malaikat saat itu hanyalah tasbih, takbir, tahmid, dan tahlil." Saya berkata; "Harta apakah pada hari itu yang paling baik?" beliau bersabda: "Seorang pelayan yang kuat, lalu ia memberi minum keluarganya dengan air. Sedangkan makanan, tidak ada makanan ketika itu."


Takhrij

HR. Ahmad no. 23796 dari Aisyah ra. Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini lemah (munqathi) dan ia adalah ulangan kepada hadith no. 23330.

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3079 berkata para perawinya tsiqah, perawi sahih Muslim kecuali Ali bin Yazid, dia lemah.

“Sesungguhnya tiga tahun sebelum kemunculan Ad-Dajjal , di tahun pertama, langit menahan sepertiga air hujannya, bumi menahan sepertiga hasil tumbuhannya, dan di tahun kedua, langit menahan dua pertiga air hujannya, dan bumi juga menahan dua pertiga hasil tanamannya. Dan di tahun ketiga langit menahan seluruh yang ada padanya dan begitu pula bumi, sehingga binasalah setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku.” (“Kisah Dajjal”Pustaka Imam Asy-Syafi’i; hlm. 92)

Jika Nabi صلى الله عليه و سلم menyatakan bahawa “sehingga binasalah setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku”, itu bererti setiap haiwan yang memberikan protein utama bagi manusia menjadi binasa. Seperti di antaranya ialah: kambing, bebiri, sapi, kerbau dan unta. Dan sebab itulah Asma’ menjadi khuwatir apa yang bakal menjadi makanan kaum beriman di masa itu. Lalu Nabi صلى الله عليه و سلم menjelaskan bahawa makanan kaum mukmin di masa itu ialah makanan penghuni langit, iaitu para malaikat. Dalam hal ini berupa tasbih dan taqdis.

Tambahan pula, zikir boleh menjadikan badan kita kuat dan bertenaga, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA apabila Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa tangannya melecet dan menginginkan seorang hamba. Sabda Nabi SAW:


أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Maksudnya: “Tidakkah kalian berdua mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang hamba? Maka apabila kalian berdua mendatangi katil atau dalam keadaan kalian berdua berbaring untuk tidur, bertakbirlah sebanyak 33 kali, bertasbihlah sebanyak 33 kali dan bertahmidlah sebanyak 33 kali. Hal ini adalah lebih baik untuk kalian berdua berbanding seorang hamba”. [Riwayat al-Bukhari, kitab doa, bab takbir dan tasbih ketika tidur, no. hadith 5843]

Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa dengan kita sentiasa melazimi zikir, ia secara langsung dapat menjadikan badan kita kuat.



Rujukan

Kisah Dajjal, Pustaka Imam Asy-Syafi’i; hal. 94-95

Irsyad al-Hadith siri ke-61

No comments:

Post a Comment