Dajjal tak bawak makanan, dajjal lebih berkuasa lagi dari bawak makanan
ke pintu rumah.
Dajjal boleh menurunkan hujan dengan kuasa Allah. Boleh menumbuhkan
tumhuhan. Boleh mengarahkan haiwan ternak makan lalu membesar dengan sihat dan
gemuk.
Maka pada masa itu makanan tidaklah diperlukan, kerana kita yang beriman
tahu itu adalah tipudaya dajjal. Maka bertepatan dengan sabda Nabi saw makanan
kita adalah zikirullah dan taubat.
Dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan
tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya
mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil
dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu
mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.
فَيَأْتِى
عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ
فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ وَالأَرْضَ فَتُنْبِتُ فَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ
سَارِحَتُهُمْ أَطْوَلَ مَا كَانَتْ ذُرًا وَأَسْبَغَهُ ضُرُوعًا وَأَمَدَّهُ
خَوَاصِرَ ثُمَّ يَأْتِى الْقَوْمَ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قَوْلَهُ
فَيَنْصَرِفُ عَنْهُمْ فَيُصْبِحُونَ مُمْحِلِينَ لَيْسَ بِأَيْدِيهِمْ شَىْءٌ
مِنْ أَمْوَالِهِمْ وَيَمُرُّ بِالْخَرِبَةِ فَيَقُولُ لَهَا أَخْرِجِى كُنُوزَكِ.
فَتَتْبَعُهُ كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ
“Ia mendatangi kaum dan menyeru mereka, mereka menerimanya. Ia
memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu langit menurunkan hujan. Ia
memerintahkan bumi agar mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, lalu bumi mengeluarkan
tumbuh-tumbuhan. Lalu binatang ternak mereka pergi dengan bonggol yang panjang,
perut yang lebar dan kantong susu yang berisi lalu kehancuran datang lalu ia
berkata padanya: ‘Keluarkan harta simpananmu.’ Lalu harta simpanannya
mengikutinya seperti lebah-lebah jantan (HR Muslim no. 2937, sahih ijma')
Tasbih dan taqdis
Matan hadith
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِي فَذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ
إِنَّ بَيْنَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ سِنِينَ سَنَةٌ تُمْسِكُ السَّمَاءُ ثُلُثَ
قَطْرِهَا وَالْأَرْضُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا وَالثَّانِيَةُ تُمْسِكُ السَّمَاءُ
ثُلُثَيْ قَطْرِهَا وَالْأَرْضُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا وَالثَّالِثَةُ تُمْسِكُ
السَّمَاءُ قَطْرَهَا كُلَّهُ وَالْأَرْضُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا يَبْقَى ذَاتُ
ضِرْسٍ وَلَا ذَاتُ ظِلْفٍ مِنْ الْبَهَائِمِ إِلَّا هَلَكَتْ وَإِنَّ أَشَدَّ
فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْتِيَ الْأَعْرَابِيَّ فَيَقُولَ أَرَأَيْتَ إِنْ أَحْيَيْتُ
لَكَ إِبِلَكَ أَلَسْتَ تَعْلَمُ أَنِّي رَبُّكَ قَالَ فَيَقُولُ بَلَى
فَتَمَثَّلَ الشَّيَاطِينُ لَهُ نَحْوَ إِبِلِهِ كَأَحْسَنِ مَا تَكُونُ
ضُرُوعُهَا وَأَعْظَمِهِ أَسْنِمَةً قَالَ وَيَأْتِي الرَّجُلَ قَدْ مَاتَ أَخُوهُ
وَمَاتَ أَبُوهُ فَيَقُولُ أَرَأَيْتَ إِنْ أَحْيَيْتُ لَكَ أَبَاكَ وَأَحْيَيْتُ
لَكَ أَخَاكَ أَلَسْتَ تَعْلَمُ أَنِّي رَبُّكَ فَيَقُولُ بَلَى فَتَمَثَّلَ لَهُ
الشَّيَاطِينُ نَحْوَ أَبِيهِ وَنَحْوَ أَخِيهِ قَالَتْ ثُمَّ خَرَجَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَاجَةٍ ثُمَّ رَجَعَ قَالَتْ
وَالْقَوْمُ فِي اهْتِمَامٍ وَغَمٍّ مِمَّا حَدَّثَهُمْ بِهِ قَالَتْ فَأَخَذَ
بِلُجْمَتَيِ الْبَابِ وَقَالَ مَهْيَمْ أَسْمَاءُ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ لَقَدْ خَلَعْتَ أَفْئِدَتَنَا بِذِكْرِ الدَّجَّالِ قَالَ وَإِنْ
يَخْرُجْ وَأَنَا حَيٌّ فَأَنَا حَجِيجُهُ وَإِلَّا فَإِنَّ رَبِّي خَلِيفَتِي
عَلَى كُلِّ مُؤْمِنٍ قَالَتْ أَسْمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا وَاللَّهِ
لَنَعْجِنُ عَجِينَتَنَا فَمَا نَخْتَبِزُهَا حَتَّى نَجُوعَ فَكَيْفَ
بِالْمُؤْمِنِينَ يَوْمَئِذٍ قَالَ يَجْزِيهِمْ مَا يَجْزِي أَهْلَ السَّمَاءِ
مِنْ التَّسْبِيحِ وَالتَّقْدِيسِ
Terjemahan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di dalam rumahku,
kemudian beliau menyebutkan tentang Dajjal, beliau bersabda: "Sungguh,
menjelang datangnya Dajjal akan ada tiga tahun (masa sulit); tahun pertama,
langit akan menahan sepertiga dari air hujannya dan bumi menahan sepertiga dari
tumbuh-tumbuhannya, tahun kedua langit akan menahan dua pertiga dari air
hujannya dan bumi akan menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya, dan pada
tahun yang ketiga langit akan menahan air hujannya semuanya dan bumi juga akan
menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, maka tidak ada lagi tersisa yang memiliki
Khuf atau kaki (telapak kaki haiwan berkaki empat) kecuali akan binasa. Dan
yang paling dahsyat dari fitnah dajjal adalah seperti, ketika seorang badui
datang kepadanya, Dajjal berkata, 'Bagaimana pendapatmu jika aku bangkitkan
untamu dengan susu yang besar dan bonggolnya yang besar, apakah kamu mengakui
bahawa aku adalah Rabbmu? ' Badwi itu menjawab, 'Ya'. Lalu syaitan berubah
bentuk menyerupai untanya dan mengikutinya. Kemudian Dajjal berkata kepada
orang tadi, 'Bagaimana pendapatmu jika aku bengkitkan bapa dan anakmu, dan
siapa yang kamu ketahui dari keluargamu, apakah mengakui bahawa aku adalah
Rabbmu? maka badwi tersebut menjawab, 'Ya'. Maka syaitan berubah bentuk seperti
keluarganya dan mengikutinya." Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam keluar untuk suatu keperluan, ketika kembali orang-orang masih
terpinga dan sedih dengan apa yang baru saja beliau ceritakan kepada
mereka." Asma berkata, "Kemudian beliau meraih dua daun pintu seraya
bersabda: "Wahai Asma, bagaimana khabarmu?" Asma berkata, "Aku
lalu menjawab, "Wahai Rasulullah, engkau telah membuat hati kami berlubang
kerana cerita Dajjal." Beliau lalu bersabda: "Jika Dajjal keluar dan
aku masih bersama kalian maka aku yang akan melawannya, jika tidak maka Rabbku
lah yang akan menggantikan aku untuk menjaga setiap Mukmin." Asma berkata,
"Wahai Rasulullah, sungguh, kami telah membuat adunan, namun susah untuk
menjadi roti hingga kami lapar! Lalu bagaimana dengan keadaan kaum Mukminin
saat itu?" Beliau menjawab: "Cukuplah bagi mereka sebagaimana
penduduk langit; bertasbih dan bertaqdis (mensucikan Allah)."
Takhrij
HR. Ahmad no. 26298 dari Asma' binti Yazid ra. Sanadnya didhaifkan oleh
Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad.
Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 1/135 berkata sanad hadith ini
tidak ada masalah dan hadith ini mempunyai penguat.
Ibnu Hajar berkata dalam Takhrij Misykatul Masabih 5/139 bahawa hadith
ini hasan.
Tahlil, takbir, tahmid
Matan hadith
إنَّ قبلَ خروجِ
الدَّجَّالِ ثلاثَ سنواتٍ شِدادٍ ، يُصِيبُ الناسَ فيها جُوعٌ شديدٌ ، يأمرُ اللهُ
السماءَ السنةَ الأولى أن تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِها ، ويأمرُ الأرضَ أن تَحْبِسَ
ثُلُثَ نباتِها ، ثم يأمرُ السماءَ في السنةِ الثانيةِ فتَحْبِسُ ثُلُثَيْ
مَطَرِها ، ويأمرُ الأرضُ فتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نباتِها ، ثم يأمرُ السماءَ في
السنةِ الثالثةِ فتَحْبِسُ مطرَها كلَّه ، فلا تَقْطُرُ قُطْرةً ، ويأمرُ الأرضَ
فتَحْبِسُ نباتَها كلَّه فلا تُنْبِتُ خضراءَ ، فلا يَبْقَى ذاتُ ظِلْفٍ إلا
هَلَكَت إلا ما شاء اللهُ ، قيل : فما يُعِيشُ الناسَ في ذلك الزمانِ ؟ قال :
التهليلُ ، والتكبيرُ ، والتحميدُ ، ويُجْزِئُ ذلك عليهم مَجْزَأَةَ الطعامِ
Terjemahan
Sesungguhnya tiga tahun yang penuh dengan kesukaran sebelum keluarnya
dajjal, manusia akan ditimpa padanya dengan kelaparan yang melampau, Allah SWT
memerintahkan langit pada tahun pertama agar menahan satu pertiga daripada
hujan dan Allah SWT juga memerintahkan bumi untuk menahan satu pertiga daripada
sumber tanah. Kemudian Allah SWT memerintahkan langit pada tahun kedua agar
menahan dua pertiga daripada hujan dan Allah SWT juga memerintahkan bumi untuk
menahan dua pertiga daripada sumber tanah. Kemudian Allah SWT memerintahkan
langit pada tahun ketiga agar menahan terus hujan dan sejak dari itu hujan
tidak lagi turun walaupun setitik. Di samping itu, Allah SWT juga memerintahkan
bumi untuk menahan terus daripada sumber tanah sehingga bumi tidak lagi tumbuh
kehijauan. Maka tidak akan hidup lagi binatang yang berkuku melainkan
kesemuanya mati kecuali yang tinggal apa yang Allah SWT kehendaki sahaja.
Dikatakan: Bagaimana manusia hidup di zaman itu? Nabi SAW bersabda: “Tahlil,
takbir dan tahmid ini akan memberi mereka makanan sama seperti makanan”.
Takhrij
HR. Ibn Majah no. 4067, Sahih Ibn Khuzaimah, no. 7875 dari Abu Umamah
al-Bahili ra.
Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 2/411 menilai hadith ini gharib jiddan.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Sunan Ibnu Majah. Tetapi
mensahihkannya dalam Sahih Jami' no. 7875.
Tasbih, takbir, tahmid, tahlil
Matan hadith
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ جَهْدًا شَدِيدًا يَكُونُ بَيْنَ يَدَيْ
الدَّجَّالِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ قَالَ
يَا عَائِشَةُ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ قَلِيلٌ فَقُلْتُ مَا يُجْزِئُ الْمُؤْمِنِينَ
يَوْمَئِذٍ مِنْ الطَّعَامِ قَالَ مَا يُجْزِئُ الْمَلَائِكَةَ التَّسْبِيحُ
وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّحْمِيدُ وَالتَّهْلِيلُ قُلْتُ فَأَيُّ الْمَالِ يَوْمَئِذٍ
خَيْرٌ قَالَ غُلَامٌ شَدِيدٌ يَسْقِي أَهْلَهُ مِنْ الْمَاءِ وَأَمَّا الطَّعَامُ
فَلَا طَعَامَ
Terjemahan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menceritakan kondisi yang sangat
sulit ketika saat-saat berada di hadapan Dajjal. Saya (Aisyah) bertanya;
"Wahai Rasulullah! Lantas dimana orang Arab ketika itu?" Beliau
bersabda: "Wahai Aisyah! Orang Arab ketika itu sedikit." Saya
berkata; "Makanan apa yang bermanfaat bagi orang beriman ketika itu?"
beliau bersabda: "Yang mendatangkan manfaat bagi para malaikat saat itu
hanyalah tasbih, takbir, tahmid, dan tahlil." Saya berkata; "Harta
apakah pada hari itu yang paling baik?" beliau bersabda: "Seorang
pelayan yang kuat, lalu ia memberi minum keluarganya dengan air. Sedangkan
makanan, tidak ada makanan ketika itu."
Takhrij
HR. Ahmad no. 23796 dari Aisyah ra. Syeikh al-Arnauth menilai sanad
hadith ini lemah (munqathi) dan ia adalah ulangan kepada hadith no. 23330.
Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3079 berkata para
perawinya tsiqah, perawi sahih Muslim kecuali Ali bin Yazid, dia lemah.
“Sesungguhnya tiga tahun sebelum kemunculan Ad-Dajjal , di tahun
pertama, langit menahan sepertiga air hujannya, bumi menahan sepertiga hasil
tumbuhannya, dan di tahun kedua, langit menahan dua pertiga air hujannya, dan
bumi juga menahan dua pertiga hasil tanamannya. Dan di tahun ketiga langit
menahan seluruh yang ada padanya dan begitu pula bumi, sehingga binasalah
setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku.” (“Kisah Dajjal”Pustaka Imam
Asy-Syafi’i; hlm. 92)
Jika Nabi صلى الله عليه و سلم menyatakan
bahawa “sehingga binasalah setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku”, itu
bererti setiap haiwan yang memberikan protein utama bagi manusia menjadi
binasa. Seperti di antaranya ialah: kambing, bebiri, sapi, kerbau dan unta. Dan
sebab itulah Asma’ menjadi khuwatir apa yang bakal menjadi makanan kaum beriman
di masa itu. Lalu Nabi صلى الله عليه و سلم menjelaskan
bahawa makanan kaum mukmin di masa itu ialah makanan penghuni langit, iaitu
para malaikat. Dalam hal ini berupa tasbih dan taqdis.
Tambahan pula, zikir boleh menjadikan badan kita kuat dan bertenaga,
berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA apabila Fatimah
RA mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa tangannya melecet dan menginginkan
seorang hamba. Sabda Nabi SAW:
أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى
مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا،
أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَسَبِّحَا
ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا
مِنْ خَادِمٍ
Maksudnya: “Tidakkah kalian berdua mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih
baik daripada seorang hamba? Maka apabila kalian berdua mendatangi katil atau
dalam keadaan kalian berdua berbaring untuk tidur, bertakbirlah sebanyak 33
kali, bertasbihlah sebanyak 33 kali dan bertahmidlah sebanyak 33 kali. Hal ini
adalah lebih baik untuk kalian berdua berbanding seorang hamba”. [Riwayat
al-Bukhari, kitab doa, bab takbir dan tasbih ketika tidur, no. hadith 5843]
Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa dengan kita sentiasa
melazimi zikir, ia secara langsung dapat menjadikan badan kita kuat.
Rujukan
Kisah Dajjal, Pustaka Imam Asy-Syafi’i; hal. 94-95
Irsyad al-Hadith siri ke-61
No comments:
Post a Comment