Hadith 1 - pahalanyanya lebih besar dari puasa, solat dan sedekah
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا
أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ
قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ
ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ
Dari Abu Darda ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah
jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa,
solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah."
Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya
orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah
dikerjakan)." (HR. Abu Daud no. 4273, dari disahihkan oleh Syeikh
al-Albani).
Penjelasan:
1. Ibadah Puasa, Solat dan
Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa
dilaksanakan.
2. Mendamaikan dua orang yang
berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat
peribadi seperti puasa, solat dan sedekah
3. Perselisihan atau pergaduhan antara
dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin
dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan
merendah-rendahkan pihak yang satu lagi
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ
يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ
Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana
hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud
no. 4257, disahihkan oleh Syeikh al-Albani)
4. Tidak berguna amal soleh seperti
puasa, solat dan sedekah jika ada
hasad dan dengki kerana ia
menjadi penghapus pahala amal soleh.
Hadith 2 - ia merupakan amal kebaikan berupa sedekah
كُلُّ سُلامى مِنَ النّاسِ
عليه صَدَقَةٌ، كُلَّ يَومٍ تَطْلُعُ فيه الشَّمْسُ، يَعْدِلُ بيْنَ الِاثْنَيْنِ
صَدَقَةٌ، ويُعِينُ الرَّجُلَ على دابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عليها، أوْ يَرْفَعُ عليها
مَتاعَهُ صَدَقَةٌ، والكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوها
إلى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ، ويُمِيطُ الأذى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ
“Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di
mana matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang
bertelingkah) adalah sedekah, membantu seseorang pada kenderaannya lalu engkau
membantunya untuk naik keatas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke
atas adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang
engkau hayunkan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan bahaya daripada
jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari no. 2989 dan Muslim no. 1009, dari Abu
Hurairah ra, sahih ijma').
Penjelasan:
Imam nawawi menjelaskan :
«تَعْدِلُ
بَيْنَهُمَا » تُصْلحُ بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ
"Makna berbuat adil antara keduanya adalah mendamaikan antara
keduanya dengan adil (yang hendak mendamaikan saudaranya yang berselisih,tidak
boleh memihak manapun,yang menjadi tujuan dia adalah perdamaian antara ke
duanya)."
Mendamaikan dua orang yang tengah berselisih adalah tugas mulia.
Mengikatkan kembali tali persaudaraan antara adalah amal soleh dan
ibadah.Permusuhan antara seseorang seharusnya tidak boleh dibiarkan berlangsung
lama. Sebaiknya ada orang yang berupaya mendamaikan mereka. Bila seseorang
melakukan ini, bererti beliau telah dianggap bersedekah.
Hadith 3 -dibenarkan berbohong untuk mendapatkan penyelesaian dari
perselisihan
أَنَّ أُمَّهُ أُمَّ
كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِى مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ
الأُوَلِ اللاَّتِى بَايَعْنَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَخْبَرَتْهُ
أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقُولُ « لَيْسَ
الْكَذَّابُ الَّذِى يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِى
خَيْرًا ». قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِى شَىْءٍ مِمَّا
يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ الْحَرْبُ وَالإِصْلاَحُ بَيْنَ
النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا.
‘Uqbah bin ‘Abi Mu’aythin, ia di antara para wanita yang berhijrah
pertama kali yang telah membaiat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia
mengabarkan bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Tidak disebut pembohong jika bertujuan untuk mendamaikan dia antara
pihak yang berselisih di mana ia berkata yang baik atau mengatakan yang baik
(demi mendamaikan pihak yang berselisih).” (HR. Bukhari no. 2692 dan Muslim no.
2605, lafaz Muslim, sahih ijma').
Penjelasan:
Ibnu Syihab berkata, “Aku tidaklah mendengar sesuatu yang diberi
keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara, “Peperangan,
mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada isteri atau isteri pada
suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).”
Dusta tetaplah suatu perkara yang diharamkan. Bohong atau dusta hanyalah
diringankan pada suatu perkara yang dianggap ada maslahat yang besar yaitu yang
disebutkan dalam hadith di atas. Dalam suatu keadaan berdusta malah boleh
diwajibkan untuk menghindarkan diri dari kehancuran atau kebinasaan seseorang.
( Nuzhatul Muttaqin karya Syaikh Prof Dr. Musthofa Al Bugha, dkk, hal. 134)
Hadith 4 - menyegerakan urusan pendamaian
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ أَهْلَ قُبَاءَ اقْتَتَلُوْا حَتَّى تَرَامَوا
بِالْحِجَارَةِ، فَأَخْبَرَ رَسُوْلَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِذَلِكَ، فَقَالَ: اذهبُوا بنا نُصلِح بينهم
Dari Sahal bin Sa’ad Radhiyallahu anhu bahawa penduduk Quba’ telah
bertikai hingga saling melempar batu, lalu Rasûlullâh shallallahu ‘alaihi
wasallam dikhabarkan tentang peristiwa itu, maka beliau bersabda: Mari kita
pergi untuk mendamaikan mereka. (HR. Bukhari no. 2693, sahih ijma').
Penjelasan:
Usaha ke arah perdamaian sesama manusia adalah sesuatu yang amat disukai
oleh Allah SWT kerana mendamaikan dua pihak yang bertelagah diumpamakan
menyatukan dua hati yang berpecah seterusnya menutup pintu fitnah yang bakal
dicetuskan oleh kedua-dua pihak.
Sejarah membuktikan Baginda SAW amat prihatin terhadap hubungan antara
sahabat di mana apabila penduduk Quba' berselisih, Baginda SAW berkunjung ke
sana setiap hari Sabtu bagi menyelesaikan masalah mereka.
Selepas perbalahan sampai kepada kemuncaknya, Baginda sendiri yang
meleraikan mereka serta menyeru kepada Bilal: "Wahai Bilal, aku akan pergi
menyelesaikan masalah penduduk Quba'. Jika masuk waktu solat, pergilah azan
untuk jemaah masjid ini dan mintalah kepada Abu Bakar untuk menjadi imam di sini."
Menunjukkan kesanggupan Baginda SAW meninggalkan masjidnya sendiri demi
menyatukan hubungan antara penduduk Quba'. Usaha Baginda terhadap penyatuan ini
adalah sesuatu yang bernilai di sisi Allah SWT.
Jika tidak, masakan Baginda SAW bersusah payah meninggalkan sahabat demi
kesatuan penduduk Quba'. Benarlah firman Alah SWT yang bermaksud: "Tidak
ada kebaikan pada sebarang usaha melainkan usaha untuk menganjurkan sedekah,
berbuat kebaikan dan meleraikan permusuhan antara dua manusia. Maka sesiapa
yang berbuat demikian kerana menuntut keredaan Allah SWT, akan mendapat
ganjaran yang besar." (Surah an-Nisa', ayat 114)
Wallahu 'alam
Rujukan
https://www.bharian.com.my/node/60180, Mendamaikan dua pihak bertelagah
tutup pintu fitnah
https://islam.nu.or.id/post/read/108784/ketika-nabi-muhammad-mendamaikan-dua-orang-yang-bertikai
Ustaz Cholis Akhbar, Damaikan Pertikaian Antara Saudara Muslim mu,
Hidayatullah.com
No comments:
Post a Comment