Thursday, 23 April 2020

Hadith mendamaikan perselisihan



Hadith 1 - pahalanyanya lebih besar dari puasa, solat dan sedekah

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Dari Abu Darda ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)." (HR. Abu Daud no. 4273, dari disahihkan oleh Syeikh al-Albani).

Penjelasan:

1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud no. 4257, disahihkan oleh Syeikh al-Albani)

4. Tidak berguna amal soleh seperti  puasa, solat dan sedekah jika ada  hasad  dan dengki kerana ia menjadi penghapus pahala amal soleh.



Hadith 2 - ia merupakan amal kebaikan berupa sedekah

كُلُّ سُلامى مِنَ النّاسِ عليه صَدَقَةٌ، كُلَّ يَومٍ تَطْلُعُ فيه الشَّمْسُ، يَعْدِلُ بيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، ويُعِينُ الرَّجُلَ على دابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عليها، أوْ يَرْفَعُ عليها مَتاعَهُ صَدَقَةٌ، والكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوها إلى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ، ويُمِيطُ الأذى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

“Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di mana matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, membantu seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik keatas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan bahaya daripada jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari no. 2989 dan Muslim no. 1009, dari Abu Hurairah ra, sahih ijma').


Penjelasan:

Imam nawawi menjelaskan :

«تَعْدِلُ بَيْنَهُمَا » تُصْلحُ بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ

"Makna berbuat adil antara keduanya adalah mendamaikan antara keduanya dengan adil (yang hendak mendamaikan saudaranya yang berselisih,tidak boleh memihak manapun,yang menjadi tujuan dia adalah perdamaian antara ke duanya)."

Mendamaikan dua orang yang tengah berselisih adalah tugas mulia. Mengikatkan kembali tali persaudaraan antara adalah amal soleh dan ibadah.Permusuhan antara seseorang seharusnya tidak boleh dibiarkan berlangsung lama. Sebaiknya ada orang yang berupaya mendamaikan mereka. Bila seseorang melakukan ini, bererti beliau telah dianggap bersedekah.



Hadith 3 -dibenarkan berbohong untuk mendapatkan penyelesaian dari perselisihan

أَنَّ أُمَّهُ أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِى مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الأُوَلِ اللاَّتِى بَايَعْنَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقُولُ « لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِى يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِى خَيْرًا ». قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِى شَىْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ الْحَرْبُ وَالإِصْلاَحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا.

‘Uqbah bin ‘Abi Mu’aythin, ia di antara para wanita yang berhijrah pertama kali yang telah membaiat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia mengabarkan bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak disebut pembohong jika bertujuan untuk mendamaikan dia antara pihak yang berselisih di mana ia berkata yang baik atau mengatakan yang baik (demi mendamaikan pihak yang berselisih).” (HR. Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605, lafaz Muslim, sahih ijma').


Penjelasan:

Ibnu Syihab berkata, “Aku tidaklah mendengar sesuatu yang diberi keringanan untuk berdusta di dalamnya kecuali pada tiga perkara, “Peperangan, mendamaikan yang berselisih, dan perkataan suami pada isteri atau isteri pada suami (dengan tujuan untuk membawa kebaikan rumah tangga).”

Dusta tetaplah suatu perkara yang diharamkan. Bohong atau dusta hanyalah diringankan pada suatu perkara yang dianggap ada maslahat yang besar yaitu yang disebutkan dalam hadith di atas. Dalam suatu keadaan berdusta malah boleh diwajibkan untuk menghindarkan diri dari kehancuran atau kebinasaan seseorang. ( Nuzhatul Muttaqin karya Syaikh Prof Dr. Musthofa Al Bugha, dkk, hal. 134)



Hadith 4 - menyegerakan urusan pendamaian

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ أَهْلَ قُبَاءَ اقْتَتَلُوْا حَتَّى تَرَامَوا بِالْحِجَارَةِ، فَأَخْبَرَ رَسُوْلَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ، فَقَالَ: اذهبُوا بنا نُصلِح بينهم


Dari Sahal bin Sa’ad Radhiyallahu anhu bahawa penduduk Quba’ telah bertikai hingga saling melempar batu, lalu Rasûlullâh shallallahu ‘alaihi wasallam dikhabarkan tentang peristiwa itu, maka beliau bersabda: Mari kita pergi untuk mendamaikan mereka. (HR. Bukhari no. 2693, sahih ijma').


Penjelasan:

Usaha ke arah perdamaian sesama manusia adalah sesuatu yang amat disukai oleh Allah SWT kerana mendamaikan dua pihak yang bertelagah diumpamakan menyatukan dua hati yang berpecah seterusnya menutup pintu fitnah yang bakal dicetuskan oleh kedua-dua pihak.

Sejarah membuktikan Baginda SAW amat prihatin terhadap hubungan antara sahabat di mana apabila penduduk Quba' berselisih, Baginda SAW berkunjung ke sana setiap hari Sabtu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Selepas perbalahan sampai kepada kemuncaknya, Baginda sendiri yang meleraikan mereka serta menyeru kepada Bilal: "Wahai Bilal, aku akan pergi menyelesaikan masalah penduduk Quba'. Jika masuk waktu solat, pergilah azan untuk jemaah masjid ini dan mintalah kepada Abu Bakar untuk menjadi imam di sini."

Menunjukkan kesanggupan Baginda SAW meninggalkan masjidnya sendiri demi menyatukan hubungan antara penduduk Quba'. Usaha Baginda terhadap penyatuan ini adalah sesuatu yang bernilai di sisi Allah SWT.

Jika tidak, masakan Baginda SAW bersusah payah meninggalkan sahabat demi kesatuan penduduk Quba'. Benarlah firman Alah SWT yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada sebarang usaha melainkan usaha untuk menganjurkan sedekah, berbuat kebaikan dan meleraikan permusuhan antara dua manusia. Maka sesiapa yang berbuat demikian kerana menuntut keredaan Allah SWT, akan mendapat ganjaran yang besar." (Surah an-Nisa', ayat 114)


Wallahu 'alam


Rujukan

https://www.bharian.com.my/node/60180, Mendamaikan dua pihak bertelagah tutup pintu fitnah

https://islam.nu.or.id/post/read/108784/ketika-nabi-muhammad-mendamaikan-dua-orang-yang-bertikai

Ustaz Cholis Akhbar, Damaikan Pertikaian Antara Saudara Muslim mu, Hidayatullah.com

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...