Takhrij

Thursday, 23 April 2020

Hadith pahala syahid bagi siapa yang berdiam diri di rumah ketika wabak walaupun tidak meninggal dunia



Seseorang yang tinggal di rumahnya ketika terjadinya penularan wabak, maka dia mendapatkan pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia.

Matan hadith

عَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا-، أَنَّهَا قَالَتْ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الطَّاعُونِ، فَأَخْبَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، فَجَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فَلَيْسَ مِنْ رَجُلٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ فِي بَيْتِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ


Terjemahan

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya dia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tentang wabak (thaun), maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengabarkan kepadaku:

"Bahawasannya wabak (tha'un) itu adalah azab yang Allah kirim kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah jadikan sebagai rahmat bagi orang-orang beriman. Tidaklah seseorang yang ketika terjadi wabak dia tinggal di rumahnya, bersabar dan berharap pahala (di sisi Allah) dia yakin bahawasanya tidak akan menimpanya kecuali apa yang ditetapkan Allah untuknya, maka dia akan mendapatkan seperti pahala syahid".

Takhrij

HR. Ahmad no. 26139, sanadnya disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad sesuai dengan persyaratan sahihain.

Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 3474 dan an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 7527.

Berkata Ibnu Hajar al-Asqhalani:-

 "اقتضى منطوقه أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت"

Makna eksplisit hadith ini adalah, orang yang memiliki sifat* sepertimana yang disebutkan pada hadith tersebut akan mendapatkan pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia. (Fathul Bari 10/194).

*Sifat tersebut adalah:-

1- duduk di rumah sebagai usaha mengekang penularan wabak

2- sabar dan redha akan ujian Allah tanpa mengeluh

3- berharap pahala kerana melaksanakan apa yang diperintahkan syariat, berdiam di rumah tak keluar tanpa keperluan, walaupun bosan

4- beriman kepada takdir Allah. Yakin bila Allah berkehendak kita kena, kita akan kena, kalau Allah tak nak kita kena, kita tak akan kena wabak tersebut


Rujukan

Fathul Bari 10/194

No comments:

Post a Comment