Seseorang yang tinggal di rumahnya ketika terjadinya penularan
wabak, maka dia mendapatkan pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia.
Matan hadith
عَنْ عَائِشَةَ
-رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا-، أَنَّهَا قَالَتْ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الطَّاعُونِ، فَأَخْبَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ
اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، فَجَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فَلَيْسَ مِنْ
رَجُلٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ فِي بَيْتِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا
يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ
لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ
Terjemahan
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya dia berkata: Aku
bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tentang wabak (thaun),
maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengabarkan kepadaku:
"Bahawasannya wabak (tha'un) itu adalah azab yang Allah kirim
kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah jadikan sebagai rahmat bagi
orang-orang beriman. Tidaklah seseorang yang ketika terjadi wabak dia tinggal
di rumahnya, bersabar dan berharap pahala (di sisi Allah) dia yakin bahawasanya
tidak akan menimpanya kecuali apa yang ditetapkan Allah untuknya, maka dia akan
mendapatkan seperti pahala syahid".
Takhrij
HR. Ahmad no. 26139, sanadnya disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth
dalam Takhrij Musnad sesuai dengan persyaratan sahihain.
Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 3474 dan
an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 7527.
Berkata Ibnu Hajar al-Asqhalani:-
"اقتضى منطوقه أن من اتصف بالصفات
المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت"
Makna eksplisit hadith ini adalah, orang yang memiliki sifat*
sepertimana yang disebutkan pada hadith tersebut akan mendapatkan pahala syahid
walaupun tidak meninggal dunia. (Fathul Bari 10/194).
*Sifat tersebut adalah:-
1- duduk di rumah sebagai usaha mengekang penularan wabak
2- sabar dan redha akan ujian Allah tanpa mengeluh
3- berharap pahala kerana melaksanakan apa yang diperintahkan
syariat, berdiam di rumah tak keluar tanpa keperluan, walaupun bosan
4- beriman kepada takdir Allah. Yakin bila Allah berkehendak kita
kena, kita akan kena, kalau Allah tak nak kita kena, kita tak akan kena wabak
tersebut
Rujukan
Fathul Bari 10/194
No comments:
Post a Comment