Takhrij

Thursday, 23 April 2020

Hadith wajah Baginda saw terang dalam gelap



Matan hadith

قالت السيدة عائشة : " كنت في حجرتي أخيط ثوباً لي فانكفأ المصباح ، وأظلمت الحجرة ، وسقط المخيط أي الإبرة ، فبينما كنت في حيرتي أتحسس مخيطي إذ أطل علي رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بوجهه من باب الحجرة ، رفع الشملة وأطل بوجهه ، قالت : فوالله الذي لا إله إلا هو ، لقد أضاءت أرجاء الحجرة من نور وجهه ، حتى لقد التقطت المخيط من نور طلعته ، ثم التفتُ إليه فقلت : بأبي أنت يا رسول الله ، ما أضوأ وجهك! ، فقال: ( يا عائشة الويل لمن لا يراني يوم القيامة ) ، قالت : ومن ذا الذي لا يراك يوم القيامة يا رسول الله ؟ ، قال: ( الويل لمن لا يراني يوم القيامة ) ، قالت : ومن ذا الذي لا يراك يوم القيامة يا رسول الله ؟ قال: ( من ذكرت عنده فلم يصل عليّ ) .

Terjemahan

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan : “Aku pernah menjahit baju di bilikku , tiba² lampu terpadam , bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh . Ketika aku cuba meraba raba mencari jarum itu , tiba² Rasulullah SAW datang kepadaku dari pintu bilik . Baginda mengangkat lampu dan wajahnya . Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya , sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku , kerana nur yang memancar . Kemudian aku menghadap kepadanya , lalu aku berkata : “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah . Sungguh terang cahaya wajahmu” Rasulullah SAW bersabda : “Wahai Aisyah , rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat” Aku bertanya : “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?” Baginda menjawab kali kedua dengan jawapan yang sama : “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat” Aku bertanya lagi : “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?” Lalu Baginda menjawab : “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka , dia tidak berselawat ke atasku” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Takhrij

1.    Ia bukan riwayat al-Tirmizi dan Ahmad.
2.    Kisah ini sebenarnya diriwayatkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya 3/310 sanadnya dhaif.
3.    Juga ditemukan dalam kitab Irsyadul Ibad hal. 65
4.    Hadith ini munkar batil. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mas’adah bin Bakar. Al-Zahabi menilai riwayatnya palsu dalam Mizan al-i’tidal 4/98.
5.    Syeikh Utsman Khamis berkata hadith ini tiada asal
6.    Hadith ini juga bertentangan dengan hadith sahih menceritakan Aisyah pernah kehilangan Nabi di tempat tidur. Lalu beliau meraba mencari Nabi dan tersentuh kaki baginda sedang sujud. Ketika itu baginda di dalam masjid baginda membaca:


اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِك

Syeikh Abdul al-Razzaq Abdul al-Muhsin al-Badr menyatakan hadith sahih ini membuktikan cahaya yang dimaksudkan pada Nabi SAW adalah cahaya maknawi bukan hissi. Jika cahaya pada wajah Nabi itu cahaya hissi sudah tentu Aisyah tidak perlu meraba-raba mencari baginda.
7.  Riwayat yang sahih dari Nabi saw ialah orang bakhil ialah sesiapa yang namaku disebut di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atasku (HR. Tirmidzi no. 3546)


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 220481

No comments:

Post a Comment