Terdapat
riwayat daripada Abi Muslim al, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال
Maksudnya:
Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: Sembilan bahagian diberi kepada wanita,
dan satu bahagian diberi kepada lelaki.
Dicatat
oleh Abu Marwan Abdul Malik al-Salmi dalam Adab al-Nisaa’, 1/183
Matan
hadith
Diriwayatkan
juga bahawa Baginda SAW bersabda:
وَجُعِلَتِ الشَّهْوَةُ عَلَى عَشَرَةِ أَجْزَاءٍ، وَجُعِلَتْ تِسْعَةُ أَجْزَاءٍ مِنْهَا فِي النِّسَاءِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الرِّجَالِ
Terjemahan
Dijadikan
syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu
untuk lelaki.
Takhrij
HR.
al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat no. 567, dan disebut juga oleh al-Haithami
dalam Majma’ al-Zawa’id 10/30. Hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat
lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd al-Aziz berstatus
matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada
kalangan tsiqah. (Irsyad al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath al-Bari 1/665). Bahkan
riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan
oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi (Rujuk Usul al-Kafi, 5/338 dan Bihar al-Anwar,
100/244).
Kata-kata
ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri
dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumAllah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya
setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan
tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan
al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.
Demikianlah
kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah
ini telah dinukilkan oleh Uthman al-Khaubawi dalam kitabnya Durrah an-Nasihin
dan juga Abu al-Fidaa’ al-Istanbuli al-Hanafi (Rujuk Tafsir Roh al-Bayan,
6/179).
Menurut
al-Fadhil Dr Abu Zaid, Ahmad Najib Abdullah al-Qari [mantan pensyarah KIAS,
sekarang di APIUM, Nilam Puri] melalui makalah beliau dalam majalah “Pengasuh” terbitan MAIK bil 623:
Cerita
ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi
kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih.
Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan
meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan
pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada
180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala’:
8341].
Ini
bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10
tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?
Untuk
maklumat lanjut sila lihat majalah “Pengasuh” yang
tersebut di atas tadi.
WAllahua’lam.
Rujukan
Irsyad al-Fatwa siri ke 293, Mufti Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment