Wednesday, 22 April 2020

Hadith wanita 9 nafsu 1 akal?



Terdapat riwayat daripada Abi Muslim al, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال

Maksudnya: Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: Sembilan bahagian diberi kepada wanita, dan satu bahagian diberi kepada lelaki.

Dicatat oleh Abu Marwan Abdul Malik al-Salmi dalam Adab al-Nisaa’, 1/183

Matan hadith

Diriwayatkan juga bahawa Baginda SAW bersabda:

وَجُعِلَتِ الشَّهْوَةُ عَلَى عَشَرَةِ أَجْزَاءٍ، وَجُعِلَتْ تِسْعَةُ أَجْزَاءٍ مِنْهَا فِي النِّسَاءِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الرِّجَالِ

Terjemahan

Dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki.


Takhrij

HR. al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat no. 567, dan disebut juga oleh al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id 10/30. Hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd al-Aziz berstatus matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada kalangan tsiqah. (Irsyad al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath al-Bari 1/665). Bahkan riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi (Rujuk Usul al-Kafi, 5/338 dan Bihar al-Anwar, 100/244).

Kata-kata ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumAllah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.
Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Uthman al-Khaubawi dalam kitabnya Durrah an-Nasihin dan juga Abu al-Fidaa’ al-Istanbuli al-Hanafi (Rujuk Tafsir Roh al-Bayan, 6/179).

Menurut al-Fadhil Dr Abu Zaid, Ahmad Najib Abdullah al-Qari [mantan pensyarah KIAS, sekarang di APIUM, Nilam Puri] melalui makalah beliau dalam majalah “Pengasuh” terbitan MAIK bil 623:

Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H.  Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala’: 8341].

Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?
Untuk maklumat lanjut sila lihat majalah “Pengasuh” yang tersebut di atas tadi.

WAllahua’lam.

Rujukan


Irsyad al-Fatwa siri ke 293, Mufti Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...