Thursday, 23 April 2020

Zikir ya Latif 129 kali



Tidak ada anjuran untuk berzikir asma Allah semata-mata dengan bilangan tertentu, baik dari Nabi saw, sahabat mahupun salafus soleh.

Ini diijmakan oleh seluruh ulama bahasa Arab dan bahasa lainnya (Majmu Fatwa Ibnu Taimiyah 10/564).

Hal ini juga dibantah oleh al-Nawawi dalam Syarah Muslim 2/178, al-Teebe seperti dinaqalkan dalam Tufwat al-Ahwadzi 6/375 dan al-Manawi dalam Faidhul Qadir 6/417.


Kaedah yang benar adalah menyebut nama-nama Allah itu dalam doa, sebagai sebahagian dari ittiba' kita kepada Rasulullah saw.


Ayat yang menyuruh untuk berdoa dengan menyebut asmaul Husna adalah:

وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

"Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaaul Husna itu." (QS. Al-A'raf: 180)


Adapun zikir pertanyaan di atas, ia ditemukan dalam ucapan Imam Abu Yazid al-Busthami dalam kitab Manhajul Hanif menjelaskan bahawa orang yang membiasakan membaca “Ya Latiif” sebanyak 129 kali kemudian membaca ayat ini sebanyak tujuh kali

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Allah Zat yang Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada hamba yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(QS. Syuura: 19)

Sebagai zikir untuk memudahkan urusan dan menambahkan rezeki.

Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...