Takhrij

Thursday, 7 May 2020

Doa ruqyah demam



Matan hadith

عن أنس قال: دخل رسول اللّه- صلى اللّه عليه وسلم- على عائشة وهى موعوكة، وهى تسب الحمى،
فقال: (لا تسبيها فإنها مأمورة ولكن إن شئت علمتك كلمات إذا قلتهن أذهبها اللّه عنك)
قالت: علمنى
قال: قولى
اللهم ارحم جلده الرقيق، وعظمه الدقيق، وعرقه الصغير، من شدة الحريق. يا ام ملدم إن كنت ءامنت بالله العظيم فلا تصدعي الرأس، ولا تنتنى الفم، ولا تشربي الدم، وتحولي عنه الى من اتخذ مع الله الٰها ءاخر.


Terjemahan

Dari Anas ra berkata : Rasulullah SAW menemui Aisyah yang sedang tidak sedap badan kerana sakit panas, dia akhirnya mencela penyakitnya itu. Melihat itu, Rasulullah SAW berkata : “Jangan kau cela penyakit itu, sesungguhnya dia sedang diperintahkan untuk hinggap padamu. Tapi jika kamu mahu, aku ajarkan kalimat yang jika kamu mengucapkannya, maka Allah akan menghilangkan penyakit itu darimu”
Aisyah menjawab : “Ajarkanlah Ya Rasulullah”
Rasul berkata :”Ucapkanlah : Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.


Takhrij

HR. Baihaq dalam Dalail Nubuwah 6/169, daripada Anas bin Malik ra. Sanad dhaif.

Hadith ini sanadnya dhaif kerana terdapat perawi yang munkarul hadith bernama Abdul Malik bin Abdi Rabih al-Thaie (Lisanul Mizan 4/80).

No comments:

Post a Comment