Matan hadith
حَدَّثَتْنِي مَرْيَمُ
ابْنَةُ إِيَاسِ بْنِ الْبُكَيْرِ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ
أَعِنْدَكِ ذَرِيرَةٌ قَالَتْ نَعَمْ فَدَعَا بِهَا فَوَضَعَهَا عَلَى بَثْرَةٍ
بَيْنَ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ مُطْفِئَ الْكَبِيرِ
وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ أَطْفِهَا عَنِّي فَطُفِئَتْ
Terjemahan
Telah menceritakan kepada
ku Maryam binti Iyas bin Al Bukair, sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
dari sebagaian isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam memasuki kediamannya kemudian beliau bertanya:
"Apa kau punya bedak?" ia menjawab: Ya. Beliau memintanya kemudian
diletakkan diatas bisul diantara jari-jari kaki beliau kemudian bersabda:
"Ya Allah! Yang memadamkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil,
padamkanlah ia dariku." Kemudian bisul beliau pun sembuh.
Takhrij
HR. Ahmad no. 22060.
Sanadnya sampai Maryam
binti Iyas sahih rijalnya tsiqah rijal syaikhain. Adapun Maryam, 'Amru bin Yahya
al-Mazani telah menyendiri dengan riwayat darinya, dan bersamaan dengan itu
hadithnya ini telah disahihkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar
seperti dalam al-Futuhat ar-Rabbaniyyah milik Ibnu 'Alan 4/48.
Ia bukanlah bermaksud untuk
merawat jerawat hanya dengan doa. Tetapi ia menunjukkan keharusan untuk mencari
ubat untuk merawat penyakit tersebut lalu berdoa akan kesembuhan.
Ia terbukti sepertimana
dalam hadith untuk bisul paa kaki, tidak pula menyebutkan jerawat di muka.
No comments:
Post a Comment