Friday, 5 June 2020

Doa untuk surutkan jerawat?



Matan hadith


حَدَّثَتْنِي مَرْيَمُ ابْنَةُ إِيَاسِ بْنِ الْبُكَيْرِ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ أَعِنْدَكِ ذَرِيرَةٌ قَالَتْ نَعَمْ فَدَعَا بِهَا فَوَضَعَهَا عَلَى بَثْرَةٍ بَيْنَ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ مُطْفِئَ الْكَبِيرِ وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ أَطْفِهَا عَنِّي فَطُفِئَتْ

Terjemahan

Telah menceritakan kepada ku Maryam binti Iyas bin Al Bukair, sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dari sebagaian isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memasuki kediamannya kemudian beliau bertanya: "Apa kau punya bedak?" ia menjawab: Ya. Beliau memintanya kemudian diletakkan diatas bisul diantara jari-jari kaki beliau kemudian bersabda: "Ya Allah! Yang memadamkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil, padamkanlah ia dariku." Kemudian bisul beliau pun sembuh.


Takhrij

HR. Ahmad no. 22060.

Sanadnya sampai Maryam binti Iyas sahih rijalnya tsiqah rijal syaikhain. Adapun Maryam, 'Amru bin Yahya al-Mazani telah menyendiri dengan riwayat darinya, dan bersamaan dengan itu hadithnya ini telah disahihkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar seperti dalam al-Futuhat ar-Rabbaniyyah milik Ibnu 'Alan 4/48.

Ia bukanlah bermaksud untuk merawat jerawat hanya dengan doa. Tetapi ia menunjukkan keharusan untuk mencari ubat untuk merawat penyakit tersebut lalu berdoa akan kesembuhan.

Ia terbukti sepertimana dalam hadith untuk bisul paa kaki, tidak pula menyebutkan jerawat di muka.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...