Rasulullah SAW bersabda:
أكرموا العلماء فإنهم عند
الله كرماء مكرمون
Hendaknya kamu semua memuliakan ulama, kerana mereka itu orang-orang yang
mulia menurut Allah dan dimuliakan.”(Kitab Lubabul Hadits)
فَضْلُ العَالِمِ عَلىَ
العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلىَ سَائِرِ الكَوَاكِب
Keutamaan seorang alim atas ahli ibadah bagaikan keutamaan bulan di
malam purnama atas seluruh bintang-bintang.(Kitab Lubabul Hadits)
من نظر إلى وجه العالم نظرة
ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة
Barangsiapa memandang wajah orang alim dengan satu pandangan lalu ia
merasa senang dengannya, maka Allah Ta’ala menciptakan malaikat dari pandangan
itu dan memohonkan ampun kepadanya sampai hari kiamat. (Kitab Lubabul Hadits)
من أكرم عالما فقد أكرمني،
ومن أكرمني فقد أكرم الله، ومن أكرم الله فمأواه الجنة
Barangsiapa memuliakan orang alim maka ia memuliakan aku, barang siapa
memuliakan aku maka ia memuliakan Allah, dan barangsiapa memuliakan Allah maka
tempat kembalinya adalah syurga.” (Kitab Lubabul Hadits)
نَوْمُ العَالِمِ أَفْضَلُ
مِنْ عِبَادَةِ الجَاهِل
Tidurnya orang alim itu lebih utama daripada ibadah orang bodoh.” (Kitab
Lubabul Hadits)
من زار عالما فكأنما زارني،
ومن صافح عالما فكأنما صافحني، ومن جالس عالما فكأنما جالسني، ومن جالسني في
الدنيا أجلسه الله تعالى معي يوم القيامة في الجنة
Barangsiapa mengunjungi orang alim maka ia seperti mengunjungi aku,
barang siapa berjabat tangan kepada orang alim ia seperti berjabat tangan
denganku, barang siapa duduk bersama orang alim maka ia seperti duduk denganku
di dunia, dan barang siapa yang duduk bersamaku di dunia maka aku mendudukkanya
pada hari kiamat bersamaku di syurga.” (HR. al-Laith as-Samarqandi dalam Tanbih
al-Ghafilin hal. 324 no. 1395, daripada Anas bin Malik ra. Ibnu Iraq al-Kinani
menilai hadith ini palsu dalam Tanzih Syariah 1/272 no. 57, As-Saffarini pula
merasakan hadith ini tidak sahih dalam al-Qaul al-‘Ali no. 158, )
وعن أنس بن مالك أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ زَارَ عَالِما فَقَدْ زَارَنِي، وَمَنْ
زَارَنِي وَجَبَتْ له شَفَاعَتي، وكانَ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ أَجْرُ شَهِيدٍ
Dari Anas bin Malik ra., bahwasanya Rasulullah bersabda : “Barangsiapa
mengunjungi orang alim bererti ia mengunjungi aku, barang siapa mengunjungi aku
maka ia wajib memperoleh syafa’atku, dan setiap langkah memperoleh pahala orang
mati syahid.” (Kitab Tanqihul Qaul, paslu seperti di atas)
Jalur kedua, daripada Ibnu Abbas r.anhuma.
من زار العلماء فكأنما
زارني، ومن صافح العلماء فكأنما صافحني، ومن جالس العلماء فكأنما جالسني، ومن
جالسني في الدنيا أجلس إلي يوم القيامة
Sesiapa menziarahi ulama, seolah-olah dia menziarahiku. Sesiapa berjabat
tangan dengan ulama, seolah-olah dia berjabat tangan dengaku. Sesiapa duduk
bersama ulama, seolah-olah dia duduk bersamaku. Sesiapa duduk bersamaku di
dunia, dia akan didudukkan bersamaku pada hari qiamat.”
Hadith dengan lafaz ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Akhbar
al-Ashbahan 2/343. Sanad hadith ini terdapat penyakit.
Pertama, Hafs bin Umar al-Adani daripada al-Hakam. Berkata an-Nasaie,
"Tidak tsiqah." As-Suyuthi menilai dia perawi pendusta dalam ZIyadat
ála Maudhuat 1/159 no. 172.
Kedua, Abu Muhammad Hamad bin Nuh majhul. Tiada disebutkan biorgrafinya
dalam mana-mana kitab tentang perawi.
Ketiga, Muhammad bin al-Fadhl bin al-Abbas bin al-Balkhi, didhaifkan
oleh ad-Daraquthni.
Riwayat ini disimpulkan sebagai mawdhu' (palsu) oleh al-Qari dalam
al-Mashnu’ Fii Ma’rifat al-Hadis al-Mawdhu’ no. 335 al-Ajluni dalam Kasyf
al-Khafa no. 2429, As-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 285 dan al-Albani dalam
Silsilah Hadith Dhaif no. 3333.
Rujukan
https://al-maktaba.org/book/32983/208
No comments:
Post a Comment