Takhrij

Wednesday, 15 July 2020

Fadhilat kelebihan membaca 3 ayat terakhir surah al-Haysr


Matan hadith


عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَقَرَأَ ثَلاَثَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْحَشْرِ وَكَّلَ اللَّهُ بِهِ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ حَتَّى يُمْسِىَ وَإِنْ مَاتَ فِى ذَلِكَ الْيَوْمِ مَاتَ شَهِيدًا وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِى كَانَ بِتِلْكَ الْمَنْزِلَةِ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ.

T
erjemahan

Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Siapa saja yang membaca , A’udzhu billahi as-Sami’ al-’Alim, min asy-Syaithan ar-Rajim dan membaca tiga ayat terakhir surat al-Hasyr pada pagi hari sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengutus 70000 (tujuh puluh ribu) malaikat kepadanya. Malaikat itu memohonkan keampunan baginya hingga petang hari. Jika dia meninggal pada hari itu, dia wafat sebagai syahid. Dan siapa saja yang membacanya pada petang hari, dia akan memperoleh balasan yang sama.”


Takhrij

HR. Ahmad no. 20321, dan at-Tirmidzi no. 2922, Ibnu As-Sunni dalam Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no.78.

Imam at-Tirmidzi mengatakan: “Hadith ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalan periwayatan ini.”

Di dalam sanad hadith ini ada seorang perawi yang bernama Khalid bin Thahman Abul ‘Ala’ Al-Khaffaaf, dia seorang perawi yang dhaif.

Yahya bin Ma’in berkata tentangnya: “Dia itu orang yang dhaif. Telah mengalami kekacauan dalam hafalannya sejak sepuluh tahun sebelum wafatnya. Padahal sebelum itu dia seorang yang tsiqah (terpercaya). Dalam masa kekacauan hafalannya, dia membenarkan semua riwayat yang disampaikan kepadanya.”

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani berkata tentangnya: “Dia perawi yang shaduq (jujur) , tetapi tertuduh menganut faham syi’ah, kemudian pernah mengalami kekacauan dalam hafalannya.” (Taqrib At-Tahdzib no.1644).

Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini dhaif dalam  Irwa’ al-Ghalil no. 342, dan Dhaif Jami’ as-Saghir no. 5732.

No comments:

Post a Comment