Abul Hasan al-Bakri, Abu ‘Umarah bin Zaid al-Muzani dan Muhammad bin
Ishaq al-Mathlabi meriwayatkan,
Suatu hari ketika Rasulullah ﷺ berada di masjid, tiba-tiba
seorang lelaki bercadar datang menemui beliau. Lelaki itu membuka cadar yang
menutupi wajahnya dan berkata dengan fasih,“Salam sejahtera untukmu duhai
manusia yang memiliki kemuliaan yang menjulang tinggi dan tak tertandingi.”
Nabi ﷺ kemudian mendudukkan lelaki
tersebut di antara beliau dan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu. Abu Bakar
memandangi lelaki tersebut kemudian berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Duhai Rasulullah, mengapa
engkau meletakkannya di antara aku dan engkau sedangkan aku mengetahui bahwa di
muka bumi ini tidak ada seseorang yang engkau cintai melebihi diriku?”
Rasulullah ﷺ kemudian bersabda, “Duhai Abu
Bakar, Jibril a. S memberitahuku bahawa lelaki ini suka berselawat kepadaku
dengan sebuah selawat yang belum pernah dibaca oleh siapapun sebelumnya.”
Sayyidina Abu Bakar pun lantas berkata, “Duhai Rasulullah ajarkanlah kepadaku
selawat yang ia baca agar aku dapat berselawat kepadamu dengannya.”
Rasulullah ﷺ kemudian menyebutkan selawat
tersebut :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ،
وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الْدِّينِ.
Allahumma shalli ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala a-li sayyidina
muhammadin fil awwalina wal a-khirin, wa fil mala-il a’la ila yaumiddîn.
Abu Bakar kemudian bertanya, “Duhai Rasulullah, apakah balasan yang akan
diperoleh seseorang yang membaca selawat ini?”
Rasulullah ﷺ menjawab, “Duhai Abu Bakar,
engkau telah menanyakan sesuatu yang aku tidak mampu menghitungnya. Seandainya
lautan menjadi tinta, pepohonan menjadi pena dan para malaikat menjadi juru
tulis. Maka lautan akan kering, pepohonan akan habis sedangkan para malaikat belum
selesai mencatat pahala selawat ini.” Hadith ini diriwayatkan oleh Abul Faraj
dalam Al-Muthrib.
Takhrij
Tidak ditemukan dalam kitab hadith muktabar Sunnah (Syeikh Safiddin
al-Talmasani dalam Thirazu al-Kummi al-Muzahhab al-Azkar al-Waridati minal
Kitab Sunnah hal. 409-401, no. 947).
Melainkan dalam Kasyaful Ghummah as-Sya’rani 1/220 dan juga ditemukan
dalam kitab sufi/syiah seperti Nuhzatul Majalis hal. 177 oleh Syeikh
Abdurrahman Syafuri. Kitab ini diperingatkan ulama untuk dijauhi dari
membacanya untuk orang awam kerana mengandungi banyak hadith-hadith palsu.
No comments:
Post a Comment