Wednesday, 15 July 2020

Hadith kaum yang dizalimi, dibodohkan, disakiti masuk syurga kerana keutaamaan sabar dan memberi maaf dan sentiasa santun


Matan hadith


عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ، قَالَ: " إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: لِيَقُمْ أَهْلُ الْفَضْلِ، فَيَقُومُ نَاسٌ مِنَ النَّاسِ فَيُقَالُ: انْطَلِقُوا إِلَى الْجَنَّةِ، فَتَتَلَقَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ، فَيَقُولُونَ: " إِلَى أَيْنَ؟ فَيَقُولُونَ: إِلَى الْجَنَّةِ ، قَالُوا: قَبْلَ الْحِسَابِ؟ قَالُوا: نَعَمْ، قَالُوا: مَنْ أَنْتُمْ؟ قَالُوا: أَهْلُ الْفَضْلِ ، قَالُوا: وَمَا كَانَ فَضْلَكُمْ ؟ ، قَالُوا: كُنَّا إِذَا جُهِلَ عَلَيْنَا حَلُمْنَا، وَإِذَا ظُلِمْنَا صَبَرْنَا ، وَإِذَا أُسِيَ عَلَيْنَا غَفَرْنَا


Terjemahan

Daripada Ali bin al-Husin bin Abi Thalib katanya: Pada hari kiamat kelak malaikat akan menyeru siapakah yang memiliki keutamaan? Maka berdirilah sekelompok manusia dan malaikat menyuruhnya masuk syurga. Malaikat yang menjaga syurga hairan kenapa mereka dibenarkan masuk dan bertanya kenapa? Mereka menjawab kami memiliki keutamaan. Malaikat bertanya apa keutamaan kamu." mereka menjawab, dahulu kami dipandang kaum yang bodoh, tapi kamu bersikap santun, ketika kami dizalimi, kami bersabar, jika kami disakiti, kami memberi maaf.


Takhrij

HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 3/139. 

Ini cuma atsar dari cicit Rasulullah saw Ali bin al Husin bin Ali bin abi Thalib ra.

Syeikh Shalih Fauzan berkata sanad hadith ini terlampau lemah (wahi). Ini kerana perawi Zafir bin Sulaiman dhaif menurut an-Nasaie, al-Saaji, Ibn Adi dan Ibn Hibban, juga Ibn Hajar dalam at-Taqrib hal. 213 (Fatwa Soaljawab Islam no. 240515).

Juga perawi Thabit bin Abi Sufiyah al-Thamali Azdi al-Kuufi adalah syiah rafidah, imam Ahmad, berkomentar, dia dhaif dan tak boleh pakai.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...