Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering
bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang
tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan
aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta
tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di
dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk
dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke
dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil
membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi
jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap
hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu
kemudiannya dihantar semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi
Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid",
jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua
babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang
besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti
kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa
mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,
tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka
ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa,
inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya
yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan
rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak
soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke
dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Takhrij
HN. Ibnu al-Jazari dalam Az Zahrul Faih Fi Dhikri Man Tanazzaha ‘Anidh
Dhunubi Wal Qabaih, tanpa sanad. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi dalam Kitab al-Muntazam
fi tarikh al-Muluk wa al-Umam
Palsu menurut Dr. Maza
Israiliyat menurut Maulana Suhail Motala dalam Hadithanswers.com
Tidak sahih menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 247567
Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=iAaEZsbelD4
No comments:
Post a Comment