Matan hadith
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ
، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
Terjemahan
Puasalah pada hari Asyura’ dan berbezalah dengan orang Yahudi.
Berpuasalah kalian sehari sebelumnya atau sehari setelahnya
Takhrij
HR. Ahmad no. 2154
Ulama ikhtilaf mengenai status hadith di atas. Hadith di atas didhaifkan
oleh syaikh Al-Albani, Al-Mubarafkfuri dll. Hadith ini dihasankan oleh syaikh
Ahmad Syakir.
Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad Hadith tersebut lemah/dhaif. Sebab,
Ibnu Abi Laila telah dikenal sebagai perawi yang hafalannya buruk. (Dha’if
al-Jami’, no. 3506)
Imam az-Zahabi berkomentar, “Hadithnya tidak boleh dijadikan hujjah.”
(Ta’liq Musnad Ahmad 4/52).
Apabila kita anggap hadits tersebut dhaif, bukan bererti tidak boleh
puasa pada tanggal 11 Muharram.
Ulama yang membolehkannya pula berkomentar, kerana kedhaifannya yang
ringan malah terdapat pula petunjuk hadith sahih yang bulan muharram ini adalah
sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas puasa wajib bulan ramadhan:
“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah bulan Allah yang
bernama Muharram”. (HR. Muslim no. 1163)
Imam Ibnu Qayim dalam Zaadul Maad 2/63 menyusun keafdhalan puasa hari
asyura kepada 4 bentuk:
a) puasa 9-11
b) puasa 9 & 10 - paling afdhal kerana banyaknya dalil hadith)
c) puasa 10 sahaja
Syeikh Bin Bazz (Fatawa Syaikh Ibn Baz, 15/404) pula menambah lagi satu
urutan;
10 & 11
Tidaklah bidaah berpuasa 3 hari sekali gus 9,10,11 muharram
Dan tidaklah dibenci/makruh berpuasa pada 10 muharram saja, akan tetapi
diapitkan dengan sehari sebelum atau selepas lebih baik.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 128423
No comments:
Post a Comment