Friday, 18 December 2020

Doa mustajab hari Rabu

 

Matan hadith

 

 

أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه

قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة

 

Terjemahan

 

Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabulah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya.

 

Dalam riwayat lain:

 

فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر

 

Pada hari Rabulah doanya dikabulkan, yaitu di antara salat Zohor dan Asar

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 14603, Bukhari dalam Abdabul Mufrad no. 704, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3874 daripada Jabir bin Abdillah ra.

 

Al-Haithami dalam Majma Az Zawaid 4/15, berkata “Semua perawinya tsiqah”.

 

Syerikh al-Arnauth berkata sanad hadith ini dhaif

 

Syeikh al-Albani di menghasankan hadith ini dalam Sahih Targhib no. 1185

 

Akan tetapi hadith ini didhaifkan oleh al-'Allamah al-Mujahid Rabi' bin Hadi al-Madkhali, sebagaimana dalam kitab beliau Baraa'atu ash-Shahaabah al-Akhyar min at-Tabarruk bi al-Amaakin wa al-Atsaar.

 

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

 

 

وفي إسناد هذا الحديث : كثير بن زيد ، وفيه كلام ، يوثقه ابن معين تارة ، ويضعفه أخرى . وهذا الحديث يعمل به طائفة من أصحابنا وغيرهم ، فيتحرون الدعاء في هذا ، كما نقل عن جابر ، ولم ينقل عن جابر رضي الله عنه أنه تحرى الدعاء في المكان ، بل تحرى الزمان

 

Dalam sanad hadith ini terdapat perawi, Katsir bin Zaid. Dan statusnya diperselisihkan. Terkadang dinilai tsiqah Ibnu Ma’in dan terkadang beliau dhaifkan. Dan hadith ini diamalkan oleh sebahagian ulama hambali dan yang lainnya. Mereka memilih waktu hari Rabu itu untuk memperbanyakkan doa. Sebagaimana keterangan Jabir. Dan tidak dinukil dari Jabir bahawa beliau memilih tempat (Masjid Fath) untuk berdoa. Namun beliau memilih waktunya. (al-Iqtidha, 2/344).

 

 

Berkata Al Baihaqi rahimahullah:

 

Dan dipilih untuk berdoa pada waktu-waktu, keadaan - keadaan dan tempat -tempat yang diharapkan padanya terkabulnya doa secara sempurna, adapun waktu - waktu (ijabah) di antaranya adalah antara zohor dan asar pada hari Rabu (Syu'bul iman 2/46).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...