Takhrij

Monday, 14 December 2020

Hadith Allahumma ajirnii minan nar 7 kali selepas subuh

 

Matan hadith

 

  إذا صليت الصبح فقل قبل أن تكلم أحدا اللهم أجرني من النار سبع مرات فإنك إن مت من يومك كتب الله لك جوارا من النار وإذا صليت المغرب فقل مثل ذلك فإنك إن مت من ليلتك كتب الله لك جوارا من النار  _

 

Terjemahan

 

Apabila kamu usai melakukan solat subuh, sebelum berbicara dengan seseorang, ucapkanlah, 'Allaahumma ajirnii minan-naar (Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka)' sebanyak tujuh kali, maka jika kamu meninggal dunia pada hari itu nescaya Allah akan menetapkan untukmu perlindungan dari api neraka. Apabila kamu selesai melakukan solat maghrib, ucapkanlah seperti itu, kerana jika kamu meninggal dunia pada malam itu nescaya Allah menetapkan untukmu perlindungan dari api neraka.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad dalam musnadnya no. 18054, Abu Daud no. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari jalur al-Harits bin Muslim, dari bapanya Muslim bin Harits at-Tamimi secara marfu’.

 

Syaikh Syuaib al-Arnauth mengatakan:-

 

Sanad hadith ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul (perawi tak dikenal) oleh ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai tsiqah (perawi terpercaya) tidak dianggap dari selain Ibnu hibban. Ulama berbeza pendapat tentang namanya dan nama bapanya. (Ta’liq Musnad Ahmad, 29/593).

 

Hadith ini juga dinilai lemah oleh Syeikh al-Albani dalam kitab as-Silsilah Hadith Dhaif no. 1624.

 

Hanya saja as-Suyuthi mensahihkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 723

No comments:

Post a Comment