Takhrij

Monday, 14 December 2020

Mati mengejut itu adalah istirehat

 

Matan hadith

 

رَاحَةٌ لِلْمُؤْمِنِ ، وَأَخْذَةُ أَسَفٍ لِلْفَاجِرِ

 

Terjemahan

 

Mati mengejut adalah suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.”

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 25042,  at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no.3129, Baihaqi dalam Sunany no. 6811, daripada Aisyah ra.

 

Sanadnya lemah menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad.

 

Ini kerana menurut al-Haithami dalam Majma' Zawaid 2/321, dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk (perawi yang ditinggalkan riwayatnya) iaitu Abdullah bin al-Walid al-Rasafi.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 5896.

 

Hanya saja ia dihasankan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 9101

No comments:

Post a Comment