Telah sabit tawassul sahabat dengan Junjungan Nabi s.a.w. selepas
baginda wafat. Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi
Syaibah dengan sanad yang shohih: "Sesungguhnya manusia menghadapi kemarau
pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Umar r.a., lalu Sayyidina Bilal bin
al-Haarits r.a. mendatangi (menziarahi) makam Junjungan Nabi s.a.w. seraya
berkata: "Ya RasulAllah, mohonlah hujan bagi umatmu kerana mereka menuju
kebinasaan (yakni akibat kemarau tersebut)." Setelah itu, Sayyidina Bilal
bin al-Haarits telah bermimpi didatangi Junjungan Nabi s.a.w. dan baginda
bersabda kepadanya: "Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan
salamku dan maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Sayyidina
Bilal bin al-Harits pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan
salam dan pesanan Junjungan Nabi s.a.w. tersebut, lalu menangislah Sayyidina
'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."
Takhrij
Kisah seperti itu disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 2/495-496, dan beliau mensahihkan kisah ini.
Bantahan
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menyatakan:
“Riwayat ini -seandainya sahih
sebagaimana dikatakan oleh pensyarah (Al-Hafiz Ibnu Hajar)- bukanlah hujjah
atas bolehnya minta hujan (kepada Allah) melalui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam setelah wafat beliau.
Kerana orang yang meminta itu majhul (tidak dikenal), dan kerana
perbuatan para sahabat menyelisihinya, sedangkan mereka adalah orang-orang yang
paling mengetahui terhadap agama.
Tidak ada seorangpun dari mereka mendatangi kubur nabi –atau kubur
lainnya- untuk minta hujan. Bahkan ketika terjadi kemarau, Umar tidak meminta
melalui kubur Nabi (setelah wafat beliau), tetapi memohon hujan kepada Allah
melalui perantaraan Abbas, dan tidak ada seorangpun dari para sahabat yang
mengingkari Umar, maka hal itu menunjukkan bahawa itu adalah haq.
Sedangkan yang dilakukan oleh orang tak dikenali itu merupakan
kemungkaran, dan sarana menuju kemusyrikan, bahkan sebahagian ulama
menghukuminya termasuk jenis-jenis kemusyrikan.
Adapun di dalam riwayat Saif yang menyatakan bahawa nama orang yang meminta itu adalah Bilal bin Al-Harits, maka tentang kesahihannya perlu diralat, dan pensyarah (Al-Hafiz Ibnu Hajar) tidak menyebutkan sanad Saif tersebut.
Dan seandainya sahih pun tidak dapat menjadi hujjah, kerana perbuatan
para pembesar sahabat menyelisihinya, sedangkan mereka adalah orang-orang yang
paling mengetahui terhadap Rasulullah saw dan agama beliau daripada selain
mereka. Wallahu A’lam”. (Nota kaki Fathul Bari 2/495, Syeikh Ibn Bazz).
No comments:
Post a Comment