Monday, 14 December 2020

Istighatsah ketika Nabi saw telah wafat

 

Telah sabit tawassul sahabat dengan Junjungan Nabi s.a.w. selepas baginda wafat. Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shohih: "Sesungguhnya manusia menghadapi kemarau pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Umar r.a., lalu Sayyidina Bilal bin al-Haarits r.a. mendatangi (menziarahi) makam Junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya RasulAllah, mohonlah hujan bagi umatmu kerana mereka menuju kebinasaan (yakni akibat kemarau tersebut)." Setelah itu, Sayyidina Bilal bin al-Haarits telah bermimpi didatangi Junjungan Nabi s.a.w. dan baginda bersabda kepadanya: "Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan salamku dan maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Sayyidina Bilal bin al-Harits pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan salam dan pesanan Junjungan Nabi s.a.w. tersebut, lalu menangislah Sayyidina 'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."

 

 

Takhrij

 

Kisah seperti itu disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 2/495-496, dan beliau mensahihkan kisah ini.

 

 

Bantahan

 

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menyatakan:

 

“Riwayat ini -seandainya sahih sebagaimana dikatakan oleh pensyarah (Al-Hafiz Ibnu Hajar)- bukanlah hujjah atas bolehnya minta hujan (kepada Allah) melalui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah wafat beliau.

 

Kerana orang yang meminta itu majhul (tidak dikenal), dan kerana perbuatan para sahabat menyelisihinya, sedangkan mereka adalah orang-orang yang paling mengetahui terhadap agama.

 

Tidak ada seorangpun dari mereka mendatangi kubur nabi –atau kubur lainnya- untuk minta hujan. Bahkan ketika terjadi kemarau, Umar tidak meminta melalui kubur Nabi (setelah wafat beliau), tetapi memohon hujan kepada Allah melalui perantaraan Abbas, dan tidak ada seorangpun dari para sahabat yang mengingkari Umar, maka hal itu menunjukkan bahawa itu adalah haq.

 

Sedangkan yang dilakukan oleh orang tak dikenali itu merupakan kemungkaran, dan sarana menuju kemusyrikan, bahkan sebahagian ulama menghukuminya termasuk jenis-jenis kemusyrikan.

 

Adapun di dalam riwayat Saif yang menyatakan bahawa nama orang yang meminta itu adalah Bilal bin Al-Harits, maka tentang kesahihannya perlu diralat, dan pensyarah (Al-Hafiz Ibnu Hajar) tidak menyebutkan sanad Saif tersebut.

 

Dan seandainya sahih pun tidak dapat menjadi hujjah, kerana perbuatan para pembesar sahabat menyelisihinya, sedangkan mereka adalah orang-orang yang paling mengetahui terhadap Rasulullah saw dan agama beliau daripada selain mereka. Wallahu A’lam”. (Nota kaki Fathul Bari 2/495, Syeikh Ibn Bazz).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...