Takhrij

Monday, 14 December 2020

Sultan adalah bayangan Allah di muka bumi

 

Matan hadith

 

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ أَكْرَمَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ، وَمَنْ أَهَانَهُ أَهَانَهُ اللهُ

Terjemahan

 

Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.

 

Takhrij

 

HR. Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman no. 6988. Ibnu Abi Ashim dalam al-Sunnah no. 1024, daripada Abu Bakrah ra. 


Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir no. 4799.

 

Manakala Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1662

 

Selain itu, terdapat beberapa lagi riwayat yang membicarakan berkaitan bayangan Allah ini tetapi riwayat-riwayat ini dinilai dhaif oleh para ulama’ kerana sanadnya terputus. Antara riwayat tersebut adalah:

 

Daripada Anas bin Malik ra berkata:

 

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ غَشَّهُ ضَلَّ وَمَنْ نَصَحَهُ اهْتَدَى

 

Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya (HR. Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman no. 6991, riwayat ini adalah mawquf kepada Anas bin Malik RA dan dikatakan juga ia mawquf kepada Qatadah sebagaimana dikatakan oleh Imam al-Baihaqi). (Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai dhaif di dalam al-Jami’ al-Saghir 1/496).

 

 

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، يَأْوِيْ إِلَيْهِ الضَّعيفُ، وَبِهِ ينتَصِرُ المظلومُ، وَمَنْ أَكْرَمَ سُلْطَانَ فِي الدُّنْيَا أَكْرَمَهُ اللهُ يَوْم َالقِيَامَةِ

 

Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi yang mana orang yang lemah akan pergi kepadanya. Dengannya akan dibantu orang yang dizalimi dan barangsiapa yang memuliakan pemerintah di dunia ini maka Allah akan memuliakannya di hari Kiamat. (al-Jami’ al-Saghir no. 4817, Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan).

 

Terdapat beberapa lagi riwayat lain yang dimulakan dengan lafaz pemerintah merupakan bayangan Allah SWT di dunia tetapi riwayat-riwayat tersebut tidak lari daripada kritikan para ulama’ terhadapnya walaupun ia disahihkan atau dihasankan oleh sebahagian ulama’.

 

Antara yang mengkritik riwayat ini adalah Imam Abi Hatim apabila ditanya oleh anaknya berkaitan riwayat anas ini, maka Abu Hatim menjawab ini adalah hadith munkar dan salah seorang perawi bernama Ibn Abi Rukbah adalah seorang yang majhul. Oleh itu, setelah meneliti dan mengambil kira beberapa pandangan ulama’ maka kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa riwayat pemerintah merupakan bayangan Allah SWT di dunia adalah dhaif (Irsyad al-Hadith no. 281).

No comments:

Post a Comment