Matan hadith
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ
فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ أَكْرَمَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ، وَمَنْ أَهَانَهُ أَهَانَهُ
اللهُ
Terjemahan
Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya
maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan
menghinanya.
Takhrij
HR. Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman no. 6988. Ibnu Abi Ashim dalam al-Sunnah no. 1024, daripada Abu Bakrah ra.
Hadith ini dinilai sahih oleh Imam
al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir no. 4799.
Manakala Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith
Dhaif no. 1662
Selain itu, terdapat beberapa lagi riwayat yang membicarakan berkaitan
bayangan Allah ini tetapi riwayat-riwayat ini dinilai dhaif oleh para ulama’
kerana sanadnya terputus. Antara riwayat tersebut adalah:
Daripada Anas bin Malik ra berkata:
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ
فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ غَشَّهُ ضَلَّ وَمَنْ نَصَحَهُ اهْتَدَى
Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang
memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka
Allah akan menghinanya (HR. Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman no. 6991, riwayat
ini adalah mawquf kepada Anas bin Malik RA dan dikatakan juga ia mawquf kepada
Qatadah sebagaimana dikatakan oleh Imam al-Baihaqi). (Imam al-Suyuthi menilai
hadith ini sebagai dhaif di dalam al-Jami’ al-Saghir 1/496).
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ
فِي الْأَرْضِ، يَأْوِيْ إِلَيْهِ الضَّعيفُ، وَبِهِ ينتَصِرُ المظلومُ، وَمَنْ
أَكْرَمَ سُلْطَانَ فِي الدُّنْيَا أَكْرَمَهُ اللهُ يَوْم َالقِيَامَةِ
Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi yang mana orang
yang lemah akan pergi kepadanya. Dengannya akan dibantu orang yang dizalimi dan
barangsiapa yang memuliakan pemerintah di dunia ini maka Allah akan
memuliakannya di hari Kiamat. (al-Jami’ al-Saghir no. 4817, Imam al-Suyuthi
menilai hadith ini sebagai hasan).
Terdapat beberapa lagi riwayat lain yang dimulakan dengan lafaz
pemerintah merupakan bayangan Allah SWT di dunia tetapi riwayat-riwayat
tersebut tidak lari daripada kritikan para ulama’ terhadapnya walaupun ia
disahihkan atau dihasankan oleh sebahagian ulama’.
Antara yang mengkritik riwayat ini adalah Imam Abi Hatim apabila ditanya
oleh anaknya berkaitan riwayat anas ini, maka Abu Hatim menjawab ini adalah
hadith munkar dan salah seorang perawi bernama Ibn Abi Rukbah adalah seorang
yang majhul. Oleh itu, setelah meneliti dan mengambil kira beberapa
pandangan ulama’ maka kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa riwayat
pemerintah merupakan bayangan Allah SWT di dunia adalah dhaif (Irsyad al-Hadith
no. 281).
No comments:
Post a Comment