Dalam suatu peristiwa, Rasulullah
SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam Syurga. Antara yang baginda
lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekeliling dipenuhi kanak-kanak.
Malaikat menerangkan kepada Nabi:
وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ
إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ
فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ
Adapun lelaki yang tinggi itu di
dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak
yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu
kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga).
(HR. Bukhari no. 7047).
Hadith ini menunjukkan bahawa
anak-anak yang meninggal pada waktu kecil dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di
dalam syurga.
Anak-anak kecil ini mengingati
ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada Ibu bapa mereka, dengan izin
Allah. Daripada Abu Hassan RA:
عن أبي حسان قال : قلتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ : إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ،
فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ
أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ
، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ
، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا
يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ
Aku bertanya kepada Abu Hurairah
tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak
engkau menyampaikan kepadaku satu hadith daripada Rasulullah SAW yang boleh
memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh,
anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui
ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya,
seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan
melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga."
(HR. Muslim no. 2435)
Berkata Imam al-Nawawi
Rahimahullah:
“Daamis itu bererti ahli syurga
yang kecil, asalnya ialah dumūs yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada
di dalam air, mereka tidak berpisah dengannya. Ertinya, anak-anak kecil di
dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Syarh Muslim 16/182)
Berkata Ibn al-Athir
Rahimahullah:
“Mereka itu bebas bergerak di
dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka
daripada suatu tempat, seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada
siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (yakni kawasan peribadi
satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab bila dengan mereka.”
(al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar 2/289).
Rujukan
al-Kafi li al-Fatawi no. 371.
No comments:
Post a Comment