Takhrij

Friday, 8 January 2021

Hadith Fatimah sering menzirahi kubur Hamzah ra

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا أَبُو حُمَيْدٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَامِدٍ الْعَدْلُ بِالطَّابرَانِ، ثنا تَمِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، ثنا أَبُو مُصْعَبٍ الزُّهْرِيُّ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي فُدَيْكٍ، أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ تَزُورُ قَبْرَ عَمِّهَا حَمْزَةَ كُلَّ جُمُعَةٍ فَتُصَلِّي وَتَبْكِي عِنْدَهُ.

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Abu Humaid Ahmad bin Muhammad bin Hamid Al-‘Adl bi Thabraan : Telah menceritakan kepada kami Abu Mush’ab Az-Zuhri : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Ismail bin Abi Fudaik : Telah mengkhabarkan kepadaku Sulaimaan bin Daud, dari Ja’far bin Muhammad, dari ayahnya, dari ‘Ali bin Al-Husain, dari ayahnya : “Bahawasannya Fathimah bintu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam biasa berziarah ke kubur pakciknya, iaitu Hamzah, setiap hari Jumaat, melakukan solat, dan menangis di sisinya”

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim 1/377 no. 1396, al-Baihaqi dalam al-Kubra 4/78  no. 7208.

 

Al-Baihaqi menilai sanad hadith ini munqathi’.

 

Al-Hakim mengatakan bahawa para perawinya tsiqah. Tetapi dibantah oleh az-Zahabi dalam al-Talkhish 1/533, beliau berkata hadith ini munkar jiddan dan Sulaiman bin Daud itu dhaif.

 

Sulaiman bin Daud bin Qais Al-Farraa’ Al-Madaniy. Ibnu Hibbaan memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat. Al-Azdi mengatakan ia seorang yang diperbincangkan. Abu Hatim mengatakan bahawa ia tidak memahami sebagaimana mestinya (Lisanul-Mizan 4/149 no. 3605).

 

Al-Shan’ani dalam Subulus Salam 2/151 menilai hadith ini mursal.

 

Syeikh al-Albani sanad menilai hadith ini dhaif dalam Ahkam Janaiz no. 119

 

Manakala Ibn Mulaqqin menilai hadith ini sahih atau hasan dalam Tuhfat Muhtaj 2/33.

No comments:

Post a Comment