Sanad dan matan hadith
حَدَّثَنَا أَبُو حُمَيْدٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَامِدٍ الْعَدْلُ
بِالطَّابرَانِ، ثنا تَمِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، ثنا أَبُو مُصْعَبٍ الزُّهْرِيُّ، حَدَّثَنِي
مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي فُدَيْكٍ، أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ
دَاوُدَ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ
الْحُسَيْنِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ تَزُورُ قَبْرَ عَمِّهَا حَمْزَةَ كُلَّ جُمُعَةٍ
فَتُصَلِّي وَتَبْكِي عِنْدَهُ.
Terjemahan
Telah menceritakan kepada kami
Abu Humaid Ahmad bin Muhammad bin Hamid Al-‘Adl bi Thabraan : Telah
menceritakan kepada kami Abu Mush’ab Az-Zuhri : Telah menceritakan kepadaku
Muhammad bin Ismail bin Abi Fudaik : Telah mengkhabarkan kepadaku Sulaimaan bin
Daud, dari Ja’far bin Muhammad, dari ayahnya, dari ‘Ali bin Al-Husain, dari
ayahnya : “Bahawasannya Fathimah bintu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam biasa
berziarah ke kubur pakciknya, iaitu Hamzah, setiap hari Jumaat, melakukan solat,
dan menangis di sisinya”
Takhrij
HR. al-Hakim 1/377 no. 1396,
al-Baihaqi dalam al-Kubra 4/78 no. 7208.
Al-Baihaqi menilai sanad hadith
ini munqathi’.
Al-Hakim mengatakan bahawa para
perawinya tsiqah. Tetapi dibantah oleh az-Zahabi dalam al-Talkhish 1/533,
beliau berkata hadith ini munkar jiddan dan Sulaiman bin Daud itu dhaif.
Sulaiman bin Daud bin Qais
Al-Farraa’ Al-Madaniy. Ibnu Hibbaan memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat. Al-Azdi
mengatakan ia seorang yang diperbincangkan. Abu Hatim mengatakan bahawa ia
tidak memahami sebagaimana mestinya (Lisanul-Mizan 4/149 no. 3605).
Al-Shan’ani dalam Subulus Salam
2/151 menilai hadith ini mursal.
Syeikh al-Albani sanad menilai
hadith ini dhaif dalam Ahkam Janaiz no. 119
Manakala Ibn Mulaqqin menilai
hadith ini sahih atau hasan dalam Tuhfat Muhtaj 2/33.
No comments:
Post a Comment