Takhrij

Thursday, 21 January 2021

Hadith Nabi Khidir as hadir ketika kewafatan Nabi saw

 

Matan hadith

 

لَمّا تُوفِّيَ رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم، وجاءَتِ التَّعزيَةِ، سمِعوا قائلًا يقولُ: (إنَّ في اللهِ عَزاءً مِن كلِّ مُصيبةٍ، وخَلَفًا مِن كلِّ هالكٍ، ودَرَكًا مِن كلِّ فائتٍ؛ فباللهِ فثِقُوا، وإيّاه فارجُوا؛ فإنَّ المُصابَ مَن حُرِمَ الثَّوابَ) قال علِيُّ بنُ الحُسَيْنِ: أتدرُونَ مَن هذا؟ هذا الخَضِرُ

 

Terjemahan

 

Ketika Rasulullah wafat dan orang-orang yang hendak takziah berdatangan, maka mereka mendengar suara yang mengatakan: Sesungguhnya hanya kepada Allah lah bertakziah dari setiap musibah, meminta ganti dari setiap kematian, dan memohon keberhasilan dari setiap yang terlewatkan. Percayalah kalian kepada Allah, dan berharaplah hanya kepada-Nya, kerana sesungguhnya orang yang tertimpa musibah itu hanyalah orang yang terhalang dari pahala. Lalu Ali berkata  "Tahukan kalian siapa lelaki itu tadi? Ali berkata dia adalah Khidir as".

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra 4/60, as-Syafie dalam Musnadnya no. 390 daripada Ali ra.

 

Hadith ini didhaifkan oleh al-Baihaqi sendiri.

 

Didhaifkan oleh az-Zahabi dalam al-Muhazzab 3/1404.

 

al-Hafiz Ibnu Katsir berkata:

 

Hadith palsu menurut Ibnu Hibban.

Hadith mungkar menurut Imam Bukhari dan Ibnu Abi Hatim hadith tersebut sangat lemah dan mungkar (Qishahul Anbiya Ibnu Katsir (t) hal. 604-605, dan dalam Irsyad al-Fiqhiyyah 1/241).

 

Turut dilemahkan oleh as-Syaukani dalam Nailul Authar 4/146, kerana sanadnya terdapat perawi matruk bernama Qasim bin Abdullah bin Umar dan dijarh pendusta oleh Imam Ahmad dan Ibnu Main.

 

Syeikh al-Arnauth mendhaifkan hadith ini takhrij Syarhus Sunnah 5/459.

 

 

 

No comments:

Post a Comment