Matan hadith
لَمّا تُوفِّيَ رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم، وجاءَتِ التَّعزيَةِ،
سمِعوا قائلًا يقولُ: (إنَّ في اللهِ عَزاءً مِن كلِّ مُصيبةٍ، وخَلَفًا مِن كلِّ
هالكٍ، ودَرَكًا مِن كلِّ فائتٍ؛ فباللهِ فثِقُوا، وإيّاه فارجُوا؛ فإنَّ المُصابَ
مَن حُرِمَ الثَّوابَ) قال علِيُّ بنُ الحُسَيْنِ: أتدرُونَ مَن هذا؟ هذا الخَضِرُ
Terjemahan
Ketika Rasulullah wafat dan
orang-orang yang hendak takziah berdatangan, maka mereka mendengar suara yang
mengatakan: Sesungguhnya hanya kepada Allah lah bertakziah dari setiap musibah,
meminta ganti dari setiap kematian, dan memohon keberhasilan dari setiap yang
terlewatkan. Percayalah kalian kepada Allah, dan berharaplah hanya kepada-Nya,
kerana sesungguhnya orang yang tertimpa musibah itu hanyalah orang yang
terhalang dari pahala. Lalu Ali berkata
"Tahukan kalian siapa lelaki itu tadi? Ali berkata dia adalah
Khidir as".
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra
4/60, as-Syafie dalam Musnadnya no. 390 daripada Ali ra.
Hadith ini didhaifkan oleh
al-Baihaqi sendiri.
Didhaifkan oleh az-Zahabi dalam
al-Muhazzab 3/1404.
al-Hafiz Ibnu Katsir berkata:
Hadith palsu menurut Ibnu Hibban.
Hadith mungkar menurut Imam
Bukhari dan Ibnu Abi Hatim hadith tersebut sangat lemah dan mungkar (Qishahul
Anbiya Ibnu Katsir (t) hal. 604-605, dan dalam Irsyad al-Fiqhiyyah 1/241).
Turut dilemahkan oleh as-Syaukani
dalam Nailul Authar 4/146, kerana sanadnya terdapat perawi matruk bernama Qasim
bin Abdullah bin Umar dan dijarh pendusta oleh Imam Ahmad dan Ibnu Main.
Syeikh al-Arnauth mendhaifkan
hadith ini takhrij Syarhus Sunnah 5/459.
No comments:
Post a Comment