Takhrij

Thursday, 11 February 2021

11 hadith kewajipan isteri kepada suami

 

Hadith pertama

 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

 

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَه

 

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Yaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, menaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2/251. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih)

 

Dalam penjelasan hadith di atas, setidaknya ada beberapa ciri wanita (isteri) dalam Islam yang disebut baik.

 

Pertama, isteri baik itu adalah isteri yang saat dilihat suaminya, ia mampu membuat suaminya senang.

 

Kedua, wanita yang baik adalah yang selalu berusaha mentaati suami saat ia diperintah. Tentu saja diperintah dalam kebaikan bukan kemaksiatan.

 

Ketiga, isteri yang baik tentu saja tidak suka menyelisihi suaminya dalam hal kebaikan baik diri mahupun hartanya.

 

 

Hadith Kedua

 

kewajipan seorang isteri adalah bagaimana caranya berusaha mendapatkan redha suaminya:-

 

عن ام سلمة تقول

سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة

{ رواه الترمذي وابن ماجه }

 

Dari Ummu Salamah, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Jika ada seorang isteri meninggal dunia dalam keadaan redha suami, nescaya ia masuk syurga (HR. Tirmidzi  no. 1081 dan Ibn Majah no. 1844, hasan gharib menurut Imam Tirmidzi).

 

 

Hadith ketiga

 

Menjadi perhiasan suami

 

عن عبد الله بن عمرو ان رسول الله صلي الله عيه وسلم قال

 الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة

{ رواه مسلم والنسائي واحمد }

 

Dari Abdillah bin ‘Amr, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah isteri yang solehah. (HR. Muslim no. 2668, Al-Nasaie no. 3180, Ahmad no. 6279, Ibn Majah no. 1845).

 

 

Hadith keempat

 

Menyenangkan hati suami

 

الَّتِى تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَر

 

Yang menyenangkan suami ketika dilihat, dan mentaati suami ketika diperintah (HR. Ahmad no. 9837, Nasaie no. 3244 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

 

 

Hadith kelima

 

Menjaga maruah

 

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

 

Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka (HR. Ahmad 1/191 dan Ibnu Hibban 9/471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih)

 

 

Hadith keenam

 

Taat pada suami ketika diajak ke tempat tidur

 

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

 

Jika seorang seorang lelaki mengajak isterinya ke ranjang, lantas si isteri enggan memenuhinya, maka malaikat akan melaknatnya hingga waktu Subuh (HR. Bukhari no. 5193 dan Muslim no. 1436).

 

 

Hadith ketujuh

 

 

Tidak mengizinkan orang lain masuk rumah kecuali dengan izin suami

 

Pesan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada haji Wada’,

 

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ

 

Bertakwalah kalian dalam urusan para wanita (isteri-isteri kalian), kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Hak kalian atas mereka adalah mereka tidak boleh mengizinkan seorang pun yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian (HR. Muslim no. 1218).

 

 

Hadith kelapan

 

Minta izin untuk berpuasa sunat,

 

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، وَلاَ تَأْذَنَ فِى بَيْتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ، وَمَا أَنْفَقَتْ مِنْ نَفَقَةٍ عَنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّهُ يُؤَدَّى إِلَيْهِ شَطْرُه

 

Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia tidak boleh mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa ijin darinya. Dan jika ia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami mendapat setengah pahalanya (HR.  Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026).

 

 

Hadith kesembilan

 

Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami, dan membenarkan orang tak disukai suami masuk ke dalam rumah

 

 

لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ أَنْ تَأْذَنَ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَهُوَ كَارِهٌ، وَلاَ تَخْرُجُ وَهُوَ كَارِهٌ

 

Tidak halal bagi seorang isteri mengizinkan (orang lain) memasuki rumahnya, sedang suaminya mem-bencinya. Dan ia tidak boleh keluar rumah sedang suaminya tidak menyukainya (HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 7/293, sanadnya sahih atau hasan menurut al-Mundziri dalam al-Targhib 3/101)

 

 

Hadith kesepuluh

 

 Selalu berterima kasih pada suami

 

لاَ يَنْظُرُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْه

 

Allah tidak melihat kepada isteri yang tidak berterima kasih kepada suami, padahal ia selalu bergantung dan memerlukannya.” (HR. al-Bazzar, disahihkan oleh syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 1944).

 

Hadith kesebelas

 

Sayang dan kasih pada anak-anak dan menjaga harta suami

 

خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ اْلإِبِلَ صَالِحُ نِسَاءِ قُرَيْشٍ أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ

 

Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita Quraisy yang solehah, yaitu yang paling sayang kepada anaknya di masa kecil, serta yang paling dapat menjaga harta suaminya (HR. Bukhari no. 5082, Muslim no. 2527).

No comments:

Post a Comment