Takhrij

Thursday, 11 February 2021

Hadith bermusafir sendirian di malam hari

 

Dari Ibnu Umar radhiallahu’anhuma, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

لو يعلمُ الناسُ ما في الوَحْدَةِ ما أعلَمُ، ما سار راكبٌ بليلٍ وَحْدَه

 

Andaikan orang-orang mengetahui akibat dari bersafar sendirian sebagaimana yang aku ketahui, maka mereka tidak akan bersafar di malam hari sendirian (HR. Bukhari no. 2998).

 

Dianjurkan bagi musafir untuk membawa teman yang boleh membantu tatkala diperlukan.

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan,

 

Hadith ini menunjukkan diperbolehkannya seseorang safar sendirian dalam keadaan darurat, atau untuk kemaslahatan yang tidak didapatkan kecuali dengan safar sendirian, seperti mengutus mata-mata (dalam perang). Adapun safar sendirian selain (pada) keadaan tersebut adalah makruh. Boleh jadi, pembolehan (safar sendirian) itu adalah saat diperlukan pada keadaan aman. Adapun pelarangan safar sendirian adalah ketika keadaan bahaya, sementara tidak ada kepentingan mendesak untuk melakukan safar (Fathul Bari 6/161).

 

Disunnahkan bagi musafir untuk berjalan pada malam hari. Hal ini berdasarkan hadith Anas radhiallahu anhu yang berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

 

عَلَيْكُمْ بِالدُّلْجَةِ فَإِنَّ الْأَرْضَ تُطْوَى بِاللَّيْلِ

 

Hendaklah kalian berjalan pada malam hari (tatkala safar) kerana sesungguhnya bumi itu dilipat (dipendekkan) pada malam hari (HR. Abu Daud no. 2571, dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 4064).

 

Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad menjelaskan dalam Syarah Sunan Abi Daud,

 

. ﺍﻟﻤﻘﺼﻮﺩ : ﻗﻄﻊ ﺍﻟﻤﺴﺎﻓﺔ؛ ﻷﻧﻪ ﻻ ﺷﻚ ﺃﻥ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻳﺴﻴﺮ ﻓﻲ ﺑﺮﺍﺩ ﻭﻓﻲ ﻧﺸﺎﻁ ﻓﺬﻟﻚ ﺑﺨﻼﻑ ﻣﺎ ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻳﺴﻴﺮ ﻓﻲ ﻣﺸﻘﺔ ﻭﺣﺮﺍﺭﺓ

 

Maksud dari “bumi dilipat” adalah kesusahan yang diringankan. Tidak diragukan lagi bahawa manusia jika berjalan dalam kesejukan dan semangat berbeza dengan perjalanan pada waktu siang yang panas.

No comments:

Post a Comment