Takhrij

Tuesday, 2 February 2021

Hadith kelebihan membaca surah al-Qadr selepas wudhu

 

Matan hadith

 

مَا مِنْ عَبْدٍ ولا امْرَأةٍ تَوَضَّأَ فَأحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ قَرَأَ بَعْدَهُ إنّا أنْزَلْنَاهُ في لَيْلَةِ القَدْرِ إلى آخِرها إلا أَعْطَاهُ الله تَعَالى بِكُلِّ حَرْفٍ مِنْهَا مائَةَ دَرَجَةٍ، وخَلَقَ الله تَعَالَى مِنْ كُلِّ قَطْرَةٍ قَطَرَتْ مِنْ وُضُوئِهِ مَلَكا يَسْتَغْفِرُ لَهُ إلى يَوْمِ القِيَامَةِ.

 

Terjemahan

 

Barang siapa, sama saja antara orang laki-laki atau orang perempuan, yang menyempurnakan wudhu lantas membaca surah Innaa anzalnaahu fii lailatil qadri, maka Allah akan memberikan pada mereka tiap-tiap satu huruf seratus derajat kebaikan. Dan tiap-tiap tetesan air wudhu oleh Allah akan dijadikan malaikat yang selalu memintakan ampunan kepada mereka hingga hari kiamat.

 

Takhrij

 

HN. Imam Nawawi al-Bantani dalam Tanqih al-Qaul hal. 20, daripada Abu Hurairah ra. Tanpa sanad.

 

Di antaranya hadith lain menyebutkan kelebihan surah al-Qadr selepas wudhu adalah seperti berikut:

 

مَنْ قَرَأَ سُورَةً إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ يُكَفِّرُ ذُنُوبَ أَرْبَعِينَ سَنَةٍ

 

“Sesiapa yang membaca surah al-Qadr selepas berwudhu’ (kesan wudhu’), maka akan diampunkan dosa selama 40 tahun”.

 

مَنْ قَرَأَ سُورَةً إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَى أَثَرِ الوُضُوءِ مَرَّةً وَاحِدَةً, أَعْطَاهُ اللّه تَعَالَى ثَوَابُ خَمْسِينَ سَنَةِ صِيَامِ نَهَارِهَا وَقِيَامِ لَيْلِهَا, وَمَنْ قَرَأَهَا مَرَّتَيْنِ أَعْطَاهُ اللّه تَعَالَى مَا أَعْطَاهُ الخَلِيلُ وَالكَلِيمُ وَالحَبِيبُ وَالرَّفِيعُ, وَمَنْ قَرَأَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَفْتَحُ اللّه تَعَالَى لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا مِنْ أَيُّ بَابٍ شَاءَ بِلَا حِسَابٍ وَلَا عَذَابَ?

 

“Barangsiapa yang membaca sekali surah al-Qadr selepas berwudhu’, Allah SWT akan menganjarkan sebanyak 50 tahun pahala berpuasa pada siang hari dan berqiyam pada malamnya, dan barangsiapa yang membacanya dua kali maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepadanya seperti Allah SWT memberi kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Muhammad dan Nabi Isa. Barangsiapa yang membaca tiga kali, Allah SWT akan membuka 80 pintu syurga dan dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tanpa dihisab dan diazab”.

 

مَنْ قَرَأَ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَى أَثَرِ الوُضُوءِ مَرَّةً وَاحِدَةً كُتُبٌ مِنْ الصَّدِيقَيْنِ, وَمَنْ قَرَأَهَا مَرَّتَيْنِ كُتُبٌ مِنْ الشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحَيْنِ, وَمَنْ قَرَأَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَحْشُرُهُ اللهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فِي مَحْشَرِ الأَنْبِيَاءِ

 

“Sesiapa yang membaca surah al-Qadr selepas berwudhu’ sekali, maka akan dikumpulkan bersama orang-orang yang benar, barangsiapa yang membacanya dua kali akan dikumpulkan bersama orang-orang yang syahid dan soleh, dan barangsiapa yang membacanya tiga kali maka akan dikumpulkan di hari akhirat bersama kalangan Nabi-nabi”.

 

 

Kata Imam al-Ajluni di dalam kitab Kashful khafa’ menyatakan khabar ini tidak mempunyai asalnya.

 

as-Sakhawi berkata, sebarang riwayat yang menyebutkan selepas wudhu membaca Inna anzalnahu (al-Qadr) adalah tidak ada asalnya dan ia bukan sunnah (Maqasid Hasanah hal. 664).

 

al-Amiri al-Ghazzi berkata, kesemua fadhilat membaca surah al-Qadar selepas wudhu adalah tidak sahih (Al-Jadd al-Hatheeth fi Bayan ma laysa bi Hadith hal. 234).

 

Maka kesimpulannya, hadith-hadith tersebut adalah  palsu dan tidak ada asalnya daripada hadith Nabi SAW yang sahih.

 

Rujukan

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1119

 

Fatwa Syabakah Islamiyyah no. 47953

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 154028

No comments:

Post a Comment