Matan hadith
مَا مِنْ عَبْدٍ ولا امْرَأةٍ تَوَضَّأَ فَأحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ قَرَأَ
بَعْدَهُ إنّا أنْزَلْنَاهُ في لَيْلَةِ القَدْرِ إلى آخِرها إلا أَعْطَاهُ الله
تَعَالى بِكُلِّ حَرْفٍ مِنْهَا مائَةَ دَرَجَةٍ، وخَلَقَ الله تَعَالَى مِنْ
كُلِّ قَطْرَةٍ قَطَرَتْ مِنْ وُضُوئِهِ مَلَكا يَسْتَغْفِرُ لَهُ إلى يَوْمِ
القِيَامَةِ.
Terjemahan
Barang siapa, sama saja antara
orang laki-laki atau orang perempuan, yang menyempurnakan wudhu lantas membaca
surah Innaa anzalnaahu fii lailatil qadri, maka Allah akan memberikan pada
mereka tiap-tiap satu huruf seratus derajat kebaikan. Dan tiap-tiap tetesan air
wudhu oleh Allah akan dijadikan malaikat yang selalu memintakan ampunan kepada
mereka hingga hari kiamat.
Takhrij
HN. Imam Nawawi al-Bantani dalam
Tanqih al-Qaul hal. 20, daripada Abu Hurairah ra. Tanpa sanad.
Di antaranya hadith lain
menyebutkan kelebihan surah al-Qadr selepas wudhu adalah seperti berikut:
مَنْ قَرَأَ سُورَةً إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
يُكَفِّرُ ذُنُوبَ أَرْبَعِينَ سَنَةٍ
“Sesiapa yang membaca surah
al-Qadr selepas berwudhu’ (kesan wudhu’), maka akan diampunkan dosa selama 40
tahun”.
مَنْ قَرَأَ سُورَةً إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَى
أَثَرِ الوُضُوءِ مَرَّةً وَاحِدَةً, أَعْطَاهُ اللّه تَعَالَى ثَوَابُ خَمْسِينَ
سَنَةِ صِيَامِ نَهَارِهَا وَقِيَامِ لَيْلِهَا, وَمَنْ قَرَأَهَا مَرَّتَيْنِ
أَعْطَاهُ اللّه تَعَالَى مَا أَعْطَاهُ الخَلِيلُ وَالكَلِيمُ وَالحَبِيبُ
وَالرَّفِيعُ, وَمَنْ قَرَأَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَفْتَحُ اللّه تَعَالَى لَهُ
ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا مِنْ أَيُّ بَابٍ شَاءَ بِلَا
حِسَابٍ وَلَا عَذَابَ?
“Barangsiapa yang membaca sekali
surah al-Qadr selepas berwudhu’, Allah SWT akan menganjarkan sebanyak 50 tahun
pahala berpuasa pada siang hari dan berqiyam pada malamnya, dan barangsiapa
yang membacanya dua kali maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepadanya seperti
Allah SWT memberi kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Muhammad dan Nabi Isa.
Barangsiapa yang membaca tiga kali, Allah SWT akan membuka 80 pintu syurga dan
dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tanpa
dihisab dan diazab”.
مَنْ قَرَأَ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَى أَثَرِ
الوُضُوءِ مَرَّةً وَاحِدَةً كُتُبٌ مِنْ الصَّدِيقَيْنِ, وَمَنْ قَرَأَهَا
مَرَّتَيْنِ كُتُبٌ مِنْ الشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحَيْنِ, وَمَنْ قَرَأَهَا ثَلَاثَ
مَرَّاتٍ يَحْشُرُهُ اللهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فِي مَحْشَرِ الأَنْبِيَاءِ
“Sesiapa yang membaca surah
al-Qadr selepas berwudhu’ sekali, maka akan dikumpulkan bersama orang-orang
yang benar, barangsiapa yang membacanya dua kali akan dikumpulkan bersama
orang-orang yang syahid dan soleh, dan barangsiapa yang membacanya tiga kali
maka akan dikumpulkan di hari akhirat bersama kalangan Nabi-nabi”.
Kata Imam al-Ajluni di dalam
kitab Kashful khafa’ menyatakan khabar ini tidak mempunyai asalnya.
as-Sakhawi berkata, sebarang
riwayat yang menyebutkan selepas wudhu membaca Inna anzalnahu (al-Qadr) adalah
tidak ada asalnya dan ia bukan sunnah (Maqasid Hasanah hal. 664).
al-Amiri al-Ghazzi berkata,
kesemua fadhilat membaca surah al-Qadar selepas wudhu adalah tidak sahih
(Al-Jadd al-Hatheeth fi Bayan ma laysa bi Hadith hal. 234).
Maka kesimpulannya, hadith-hadith
tersebut adalah palsu dan tidak ada
asalnya daripada hadith Nabi SAW yang sahih.
Rujukan
al-Kafi li al-Fatawi no. 1119
Fatwa Syabakah Islamiyyah no.
47953
Fatwa Soaljawab Islam no. 154028
No comments:
Post a Comment