Matan hadith
إنَّ اللهَ خلق إسرافيلَ - منذ يومِ خلقه - صافًّا قدمَيه، لا يرفع بصرَه
بينه وبين الربِّ - تبارك وتعالى - سبعون نورًا؛ ما منها من نورٍ يدنو منه إلا
احترق
Terjemahan
Sesungguhnya ALLAH
swt telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan
lurus diatas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Diantara dia
dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat 70 hijab (dinding) dari nur. Jika ia
mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam
Syuabul Iman 1/176, daripada Ibnu Abbas ra.
Ibnu Hajar
al-Asqalani menilai hadith ini hasan dalam takhrij Mishkatul Masabih 5/250 no.
157.
Manakala hadith ini
dhaif menurut Syeikh al-Albani sepertimana disebutkan dalam takhrij beliau ke
atas Misykatul Masabih no. 5663, kerana terdapat perawi yang lemah bernama
Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Laila.
Syeikh al-Munawi al-Qahiri
menilai hadith ini sahih dalam Kasyf al-Manahij wa al-Tanaqih fi Takhrij 5/114
no. 4608, dan ia tidak ditemukan dalam riwayat Tirmidzi seperti yang disebutkan
dalam kitab Misyakatul Masabih.
No comments:
Post a Comment