عَنْ أبي سَـِرْوَعَة - بكسرِ السين المهملة وفتحها - عُقْبةَ بنِ الحارث
رَضْي اللهُ عَنْه، قَالَ: صَلَّيتُ وراءَ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ
بالمدينةِ العَصْرَ، فسَلَّمَ ثمَّ قامَ مُسْرِعًا فتخَطَّى رِقابَ النَّاسِ إلى
بعضِ حُجَرِ نِسَائهِ، ففَزِعَ الناسُ من سُرْعتِهِ، فخرَجَ عليهم، فرَأى أنَّهم
قد عَجِبوا مِن سُرعتِهِ، قال: «ذَكرتُ شيئًا من تِبْرٍ عندنا، فكَرِهتُ أن
يحبِسَني، فأمَرْتُ بقسْمَتِهِ
Daripada Abu Sirwa'ah Uqbah bin
Al-Harits RA bertutur, ''Saya solat Asar di belakang Nabi SAW di Madinah.
Setelah salam, beliau segera bangkit, lalu melangkahi barisan para sahabat guna
menuju ke salah seorang isterinya. Para sahabat pun kehairanan atas ketergesaan
beliau itu. Kemudian, Nabi kembali keluar menemui mereka, dan ketika melihat
mereka terkejut atas ketergesa-gesaan itu, Nabi pun bersabda, 'Aku ingat
sepotong emas yang ada pada kami, dan aku tidak ingin menahannya, maka aku pun
menyuruh agar membahagi-bahagikan emas itu.'' (HR. Bukhari no. 851).
Faedah Hadith
Berikut beberapa faedah dari Ibnu
Hajar yang disebutkan dalam Fathul Bari 2/337:-
1- Diam sebentar setelah salam
dalam solat tidaklah wajib sebagaimana dicontohkan oleh Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam di atas, beliau tidak berzikir setelah solat ketika itu.
2- Melangkahi para jama’ah lainnya
ketika ada hajat (keperluan) masih dibolehkan.
3- Berfikir tentang perkara lain
di luar solat tidak mencacati solat dan tidak mengurangi kesempurnaan solat.
4- Bertekad di pertengahan shoat
untuk melakukan hal lain setelah solat disimpulkan juga tidak mencacati solat.
5- Mewakilkan pada yang lain
untuk membahagikan sedekah atau zakat padahal mampu melakukan sendiri masih
dibolehkan.
Syeikh Salim bin ‘Ied memberikan
faedah lainnya sebagai berikut.
1- Bolehnya hairan atau takjub
pada orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak biasanya, sebagaimana hairannya para sahabat pada Rasul
-shallallahu ‘alaihi wa sallam- yang baru kali ini terlihat bergerak cepat.
2- Barangsiapa yang lihat sesuatu
yang aneh di mata para sahabatnya, maka hendaklah ia menghilangkan syubhat atau
keanehan tersebut.
3- Bersegera melakukan amalan
kebajikan sebagaimana dicontohkan oleh Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam-
yang tidak mahu menunda-nunda pembahagian sedekah.
4- Disunnahkan untuk berlepas
diri dari hal-hal yang mengganggu fikiran yang boleh memalingkan dari dekat
pada Allah.
5- Melangkah cepat bukan bererti
tidak tenang.
Semoga faedah berharga dari
hadith di atas boleh kita peting dan ambil pelajaran. Hanya Allah yang memberi
taufik.
Rujukan
https://rumaysho.com/3570-cepat-dalam-melangkah-dan-tergesa-gesa.html
Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhis
Shalihin, Syaikh Abu Usamah Salim bin ‘Ied Al Hilali, terbitan Dar Ibnil Jauzi,
1/151.
No comments:
Post a Comment