Matan riwayat
حَدثنَا بن قهزاد قَالَ سَمِعت أَبَا إِسْحَاق الطَّالقَانِي يَقُول سَمِعت
بن الْمُبَارك يَقُول لَو خيرت بَين أَن أَدخل الْجنَّة وَبَين أَن ألْقى عبد الله
بن مُحَرر لاخترت أَن أَلْقَاهُ ثمَّ أَدخل الْجنَّة فَلَمَّا رَأَيْته كَانَت
بَعرَة أحب إِلَيّ مِنْهُ
Daripada Abu Ishaq al-Thaliqani,
aku mendengar Ibnu Mubarak berkata, Kalaulah aku diberi pilihan sama ada untuk
masuk syurga atau berjumpa Ibnu Muhriz (orang soleh, abid), Aku akan berjumpa
dengannya dahulu, ternyata selepas aku berjumpa dengannya, aku mendapati tahi haiwan lebih berharga
daripada beliau.
Takhrij
al-Majruhin 2/23
Berdasarkan pencarian
saya, saya tak jumpa penilaian para ulama tentang kisah ini, kerana ia cuma
menaqalkan penilaian para ulama tentang kredibiliti perawi tersebut.
Kisah ini dibawa
melalui sanad
أخبرنَا محمد بن عبدالرحمن الدغولي قَالَ حَدثنَا بن قهزاد قَالَ سَمِعت
أَبَا إِسْحَاق الطَّالقَانِي يَقُول سَمِعت بن الْمُبَارك يَقُول
محمد بن عبدالرحمن الدغولي
-Az-Zahabi menilainya
imam, ulama, hafiz dan syeikh khurasan
محمد بن عبد الله بن قهزاذ
-dia ditsiqahkan oleh
Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Hajar al-Asqalani
إِسْحَاق الطَّالقَانِي
-Yahya bin Main dan
as-Sadusi mentsiqahkan beliau
dan antara sanad
menggunakan lafaz haddatsana” dan “akhbarana" serta "sami'tu"
ini adalah indikasi bertemu atau mendengar secara langsung.
Kesimpulan : Riwayat ini sahih
No comments:
Post a Comment