Tuesday, 2 February 2021

Orang soleh tapi bebal (perawi yang dijarh)

 

Matan riwayat

 

حَدثنَا بن قهزاد قَالَ سَمِعت أَبَا إِسْحَاق الطَّالقَانِي يَقُول سَمِعت بن الْمُبَارك يَقُول لَو خيرت بَين أَن أَدخل الْجنَّة وَبَين أَن ألْقى عبد الله بن مُحَرر لاخترت أَن أَلْقَاهُ ثمَّ أَدخل الْجنَّة فَلَمَّا رَأَيْته كَانَت بَعرَة أحب إِلَيّ مِنْهُ

 

Daripada Abu Ishaq al-Thaliqani, aku mendengar Ibnu Mubarak berkata, Kalaulah aku diberi pilihan sama ada untuk masuk syurga atau berjumpa Ibnu Muhriz (orang soleh, abid), Aku akan berjumpa dengannya dahulu, ternyata selepas aku berjumpa dengannya,  aku mendapati tahi haiwan lebih berharga daripada beliau.

 

Takhrij

 

al-Majruhin 2/23

 

Berdasarkan pencarian saya, saya tak jumpa penilaian para ulama tentang kisah ini, kerana ia cuma menaqalkan penilaian para ulama tentang kredibiliti  perawi tersebut.

 

Kisah ini dibawa melalui sanad

 

أخبرنَا محمد بن عبدالرحمن الدغولي قَالَ حَدثنَا بن قهزاد قَالَ سَمِعت أَبَا إِسْحَاق الطَّالقَانِي يَقُول سَمِعت بن الْمُبَارك يَقُول

 

 

محمد بن عبدالرحمن الدغولي

-Az-Zahabi menilainya imam, ulama, hafiz dan syeikh khurasan

 

محمد بن عبد الله بن قهزاذ

-dia ditsiqahkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Hajar al-Asqalani

 

 

إِسْحَاق الطَّالقَانِي

 

-Yahya bin Main dan as-Sadusi mentsiqahkan beliau

 

dan antara sanad menggunakan lafaz haddatsana” dan “akhbarana" serta "sami'tu" ini adalah indikasi bertemu atau mendengar secara langsung.

 

Kesimpulan : Riwayat ini sahih

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...