Di riwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda
Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat
pemuda itu menangis , maka baginda pun berkata , "Wahai orang muda , kenapa
kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu ,
"Ya Rasulullah S.A.W , ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah
S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk
melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu , maka Abu Bakar r.a dan Umar
r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W , "Ya
Rasulullah S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan
para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada
Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila
mayat itu hendak dikebumikan , maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu , "Wahai orang muda , apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia didunia dulu?"
Berkata orang muda itu ,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W bersabda , "Wahai para sahabatku , lihatlah keadaan orang
yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah
S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada
seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya ,
tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu , mereka
melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan
daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah , mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya ,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular
, "Dia telah melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan ,
dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat
hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar
nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
Takhrij
Tidak ditemui asal, Palsu
Rujukan
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-14-0118-status-hadith
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-2818-mayat-bertuka-menjadi-babi
No comments:
Post a Comment