Takhrij

Thursday, 29 July 2021

Atsar qadha solat zohor dan asar jika suci waktu asar dan isyak

 

Matan atsar

 

إذا طهرت الحائض بعد العصر صلت الظهر والعضر، وإذا ظهرت بعد العشاء صلت المغرب والعشاء

 

Terjemahan

 

Ibnu Abbas ra mengatakan, Apabila seorang wanita suci dari haidnya setelah Asarmaka ia mengerjakan solat zuhur dan asar. Jika suci setelah isyak maka ia mengerjakan solat maghrib dan isyak

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah 3/663 no. 7277, Ad-Darimi no. 894, Ibnu Mundzir dalam al-Awsath 2/243, al-Baihaqi dll.

 

Atsar riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma ini dinukilkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya (no. 7206) dan selainnya.

 

Namun, sanad riwayat ini dinilai lemah oleh Ibnu at-Turkumani dalam al-Jauhar an-Naqi. Sebabnya ialah kelemahan seorang perawi yang bernama Yazid bin Abi Ziyad, sebagaimana disebutkan dalam at-Taqrib. Di samping itu, Yazid adalah seorang yang mudhtharib (sering keliru/ragu) ketika membawakan riwayat ini; terkadang ia meriwayatkan dari Miqsam, dan terkadang dari Thawus.

 

Yazid diikuti (dikuatkan) oleh Laits bin Abi Sulaim dari Thawus, dan Atha’ dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu, dalam riwayat al-Baihaqi, dalam as-Sunan al-Kubra 1/378. Akan tetapi, Laits adalah seorang perawi yang mukhtalith (hafalannya tercampur). Ibnu at-Turkumani juga melemahkan sanadnya.

 

Riwayat yang kedua dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu anhu, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 7204 dan selainnya. Riwayat ini dibawakan dari maula (bekas budak) Abdurrahman bin Auf, dari Abdurrahman; sama dengan riwayat milik Ibnu Abbas.

 

Ibnu at-Turkumani mengatakan bahawa maula Abdurrahman ini majhul (tidak dikenal). Abdurrazzaq juga meriwayatkannya dari Ibnu Juraij, ia berkata, “Seseorang telah menyampaikan dari Abdurrahman bin Auf ….”

 

Dalam sanadnya kita lihat ada jahalah (hanya dikatakan oleh “seseorang”, tanpa dijelaskan siapa orang tersebut) sehingga sanadnya juga lemah. Wallahu a’lam. (Catatan kaki asy-Syarhul Mumti’ hal. 133—134)

 

Bagaimana kalau seorang wanita suci setelah Waktu Asar atau Isyak?

 

Kata Imam al-Nawawi رحم الله: “Yang sahih di sisi kami (Mazhab Asy-Syafi’iy) bahawa mereka yang uzur, wajib untuk melaksanakan solat Zuhur jika dia sempat melaksanakan apa yang wajib dengannya dalam solat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain mereka (jumhur). Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.” (al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab 3/66).

 

Maksudnya, kalau seorang wanita telah perasan yang dia telah suci dari haidh pada waktu Asar, maka wanita itu wajib solat Asar dan qadha’ Zuhur sekali. Dan kalau dia suci pada waktu Isyak, maka dia wajib solat Isyak dan qadha’ solat Maghrib sekali.

 

Ini adalah kerana waktu Zuhur dipasangkan dengan waktu Asar dalam jama’, begitu juga waktu Maghrib dipasangkan dengan waktu Isyak dalam jama’. Pendapat ini lemah.

 

Yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Utsaimin, tidak perlu ganti solat yang telah luput waktu, solat bagi yang masih ada waktu sahaja. Tetapi pendapat lebih berhati-hati adalah menggantikan solat yang bersamaan dengannya dalam jamak.

 

Rujukan

 

Fatwa Soalajawab Islam no. 117671, 82106, 103083

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 120367, 2647

 

https://fiqh.islamonline.net/%D8%A5%D8%AF%D8%B1%D8%A7%D9%83-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%A7%D8%A6%D8%B6-%D8%A2%D8%AE%D8%B1-%D9%88%D9%82%D8%AA-%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9/

 

https://asysyariah.com/haid-dan-solat/

No comments:

Post a Comment