Takhrij

Thursday, 29 July 2021

Hadith-hadith dan atsar-atsar lemah dan palsu seputar tawassul dan tabarruk

  

A)      Tawassul

 

Hadith Pertama

 

توسلوا بجاهي, فإن جاهي عند الله عظيم". أو :إذا سألتم الله, فاسألوه بجاهي, فإن جاهي عند الله عظيم

 “Bertawassullah kalian dengan kedudukanku, sesungguhnya kedudukanku di sisi Allah sangat besar.” Atau: “Apabila kalian meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan kedudukanku, sesungguhnya kedudukanku di sisi Allah sangat besar.”

 

Takhrij

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Hadith ini dusta dan tidak terdapat dalam kitab-kitab kaum muslimin yang dijadikan pegangan oleh ahlul hadith, dan tidak satu pun ulama menyebutkan hadith tersebut, padahal kedudukan beliau di sisi Allah ta’ala lebih besar dari kemuliaan seluruh nabi dan rasul.” (Qa’idah Jalilah fit Tawassul wal Wasilah hal. 168; Iqtidha’ Shiratil Mustaqim 2/783).

 

Syeikh al-Albani berkata, “Hadith ini batil, tidak terdapat dalam kitab-kitab hadith. Hadith ini hanya diriwayatkan oleh sebagian orang yang bodoh terhadap As Sunnah.” (At Tawassul Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 127).

 

 

Hadith Kedua

 

"إذا أعيتكم الأمور فعليكم بأهل القيور" أو : "فاستغيثوا بأهل القبور"

 

“Apabila kamu terbelit suatu urusan, maka hendaknya (engkau meminta bantuan dengan berdoa) kepada ahli kubur” Atau “Minta tolonglah dengan (perantaraan) ahli kubur.”

 

Takhrij

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Hadith ini adalah dusta dan diada-adakan atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdasar kesepakatan ahli hadith. Hadith ini tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari para ulama dan tidak ditemukan sama sekali dalam kitab-kitab hadith yang terpercaya.” (Majmu’ Fatawaa (11/293).

 

Ketika Imam Ibnul Qayyim menyebutkan beberapa faktor penyebab para penyembah kubur terjerumus ke dalam kesyirikan, beliau berkata, “Dan di antaranya adalah hadith-hadith dusta dan bertentangan (dengan ajaran Islam), yang dipalsukan atas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam oleh para penyembah berhala dan pengagung kubur yang bertentangan dengan agama dan ajaran Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, seperti hadith:

 

إذا أعيتكم الأمور فعليكم بأهل القيور

 

“Apabila kamu terbelit suatu urusan, maka hendaknya (engkau meminta bantuan) kepada ahli kubur.”

 

Dan hadith,

 

لو أحسن أحدكم ظنه بحجر نفعه

 

“Seandainya kalian berharap dan optimis walaupun terhadap sebuah batu, maka pasti batu itu akan mampu mendatangkan manfaat kepada kalian.” (Ighatsatul Lahfaan 1/243).

 

 

Hadith Ketiga

 

مّا ماتَتْ فاطمةُ بنتُ أسدٍ أمُّ بنِ هاشمٍ أمُّ عليِّ رضيَ اللهُ عنهُما دعا أسامةَ بنَ زيدٍ وأبا أيوبَ الأنصاريَّ وعمرَ بنَ الخطابِ، وغُلامًا أسودَ يحفرونَ.. فلمّا فرغَ دخلَ رسولُ اللهِ ﷺ، فاضطجعَ فيهِ فقال: اللهُ الذي يُحيي ويميتُ، وهوَ حَيٌّ لا يموتُ، اغفرْ لأمِّي فاطمةَ بنتِ أسدٍ، ولَقِّنْها حُجَّتَها، ووَسِّعْ مُدْخَلَها بحقِّ نبيِّكَ، والأنبياءِ الذينَ من قَبلي، فإنَّكَ أرحمُ الراحمينَ

 

Dari Anas bin Malik, Ketika Fatimah bintu Asad bin Hasyim ibunda Ali radhiallahu ‘anhu wafat, maka dia mengajak Usamah bin Zaid, Abu Musa Al Anshari, Umar bin Khattab dan seorang budak hitam untuk menggali liang kubur. Setelah selesai, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk dan berbaring di dalamnya, kemudian beliau berkata:“Allah adalah Zat yang menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Hidup dan tidak mati, ampunilah ibu saudaraku Fatimah binti Asad. Ajarkanlah padanya hujjahnya dan luaskanlah tempat tinggalnya yang baru dengan hak nabi-Mu dan hak para nabi sebelumku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Penyayang.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 871, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 3/121 dan Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah no. 433.

 

Didhaifkan oleh Imam at-Thabarani dan Ibnu Jauzi

 

Syeikh al-Albani berkata, “Hadith ini tidak mengandung targhib (anjuran untuk melakukan suatu amalan yang ditetapkan syariat) dan tidak pula menjelaskan keutamaan amalan yang telah ditetapkan dalam syariat. Sesungguhnya hadith ini hanya memberitahukan permasalahan seputar boleh atau tidak boleh, dan seandainya hadith ini sahih, maka isinya menetapkan suatu hukum syarie. Sedangkan kalian (para penyanggah) menjadikannya sebagai salah satu dalil bolehnya tawassul yang diperselisihkan ini. Maka apabila kalian telah menerima kedhaifan hadith ini, maka kalian tidak boleh berdalil dengannya. Aku tidak mampu membayangkan ada seorang berakal yang akan mendukung kalian untuk memasukkan hadith ini ke dalam bab targhib dan tarhib, kerana hal ini adalah sikap tidak mahu tunduk kepada kebenaran, mengatakan sesuatu yang tidak pernah dikemukakan oleh seluruh orang yang berakal sihat.” (At Tawassul Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 110 dan Silsilah Hadith Dhaif 1/32 no.  23. Beliau telah menjelaskan kelemahan hadith ini dan menjelaskan alasannya dengan rinci).

 

 

Hadith Keempat

 

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ إِلَى الصَّلَاةِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ وَأَسْأَلُكَ بِحَقِّ مَمْشَايَ هَذَا فَإِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشَرًا وَلَا بَطَرًا وَلَا رِيَاءً وَلَا سُمْعَةً وَخَرَجْتُ اتِّقَاءَ سُخْطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ فَأَسْأَلُكَ أَنْ تُعِيذَنِي مِنْ النَّارِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَقْبَلَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِوَجْهِهِ وَاسْتَغْفَرَ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفِ مَلَكٍ

 

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra beliau berkata Nabi saw bersabda: Barang siapa keluar dari rumahnya untuk solat, kemudian mengucapkan: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang berdoa kepada-Mu, dan aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalananku ini. Sesungguhnya aku tidaklah keluar dengan sombong dan angkuh, tidak pula dengan riyak dan sum’ah. Aku keluar agar terbebas dari murka-Mu dan untuk mencari redha-Mu, maka aku meminta kepada-Mu untuk membebaskanku dari api neraka dan mengampuni dosa-dosaku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.” Maka Allah akan menyambutnya dengan wajah-Nya dan 70000 malaikat akan memohonkan ampun baginya.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 778, Ahmad 3/21

 

Didhaifkan oleh syeikh al-Albani dalam dalam Silsilah Hadith Dhaif 1/34 dan dalam At Tawassul hal. 99.

 

Syeikh Fuad Abdul Baqi berkata dalam Az-Zawaid, “Sanad hadith ini berisi rentetan para perawi yang lemah, iaitu Athiyyah adalah Al-Aufi, Fadlil ibn Mirzaq dan Al-Fadl ibnul Muwaffiq. Mereka semua adalah rawi yang dhaif.”

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Adapun perkataan, ‘Aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang meminta kepada-Mu’, diriwayatkan oleh Ibnu Majah akan tetapi sanad hadith tersebut tidak dapat dijadikan hujjah. Sekiranya hadith ini berasal dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka makna hadith ini adalah sesungguhnya hak orang-orang yang berdo’a kepada Allah adalah Allah kabulkan do’a mereka. Sedangkan hak orang yang beribadah kepada Allah adalah Allah memberikan pahala padanya. Hak ini Dia tetapkan atas diri-Nya sebagaimana firman-Nya,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” (QS. Al Baqarah: 186)

Maka ini adalah permintaan kepada Allah dengan hak yang telah Dia wajibkan atas diri-Nya, sehingga persis doa berikut ini:

“Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau.” (QS. Ali Imran: 194)

Dan seperti doa ketiga orang yang berlindung ke goa, ketika mereka meminta kepada Allah dengan perantara amalan soleh mereka yang Allah telah berjanji untuk memberi pahala atas amalan tersebut.” (Majmu’ Fatawa 1/369).

 

Syeikh al-Albani berkata, “Kesimpulannya, sesungguhnya hadith ini dhaif dari dua jalur periwatannya dan salah satunya lebih berat kedhaifannya daripada yang lain. Hadith ini telah didhaifkan oleh Al-Bushiri, Al-Mundziri dan para pakar hadith. Barangsiapa yang menghasankan hadith ini, maka sesungguhnya dia salah sangka atau bertasaahul (terlalu bermudahan dalam menilai hadith).” (Silsilah Hadith Dhaif no. 24).

 

 

Hadith Kelima

 

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لما اقترف آدم الخطيئة قال يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي فقال الله : يا آدم و كيف عرفت محمدا و لم أخلقه ؟ قال : يا رب لأنك لما خلقتني بيدك و نفخت في من روحك و رفعت رأسي فرأيت على قوائم العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلى أحب الخلق فقال الله : صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي ادعني بحقه فقد غفرت لك و لولا محمد ما خلقتك

 

Dari Umar ibn Al Khattab ra beliau berkata Nabi saw bersabda: Ketika Adam melakukan kesalahan, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau mengampuniku. Maka Allah berfirman, “Wahai Adam, bagaimana engkau mengenal Muhammad, padahal Aku belum menciptakannya?” Adam berkata, “Wahai Tuhanku, ketika Engkau menciptakanku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ruh ke dalam diriku, aku mengangkat kepalaku, maka aku melihat tiang-tiang Arasy tertuliskan “Laa ilaaha illallah Muhammadun rasulullah”, maka aku tahu bahawa Engkau tidak menghubungkan sesuatu kepada nama-Mu, kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”, kemudian Allah berfirman, “Aku telah mengampunimu, dan sekiranya bukan kerana Muhammad tidaklah aku menciptakanmu.”

 

Takhrij

 

HR. Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak no.4287, dan beliau mengatakan sahih. Juga Al-Baihaqi di dalam Dalail  Nubuwwah 5/488-489.

 

Imam Al-Hakim menyatakan hadith ini sahih al-Isnad.

 

Imam Az-Zahabi yang menyemak Al-Mustadrak membantah dan menyatakan bahawa hadith ini adalah maudhu'/palsu.

 

Kata Imam Al-Baihaqi:

 

Abdurrahman bin Zaid bin Aslam bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Beliau adalah dhaif., Abdurrahman sangat lemah, dan Abdullah ibn Muslim Al Fahri tidak diketahui identitinya.

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam An-Nukat ‘ala Kitab Ibn As-Salah, 1/318 mengatakan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam bertanggungjawab terhadap pemalsuan hadith ini.

 

Ibnu Katsir dalam ‘Bidayah Wan Nihayah, (2/323)-Hadith dhaif.

 

Syeikhal-Albani - palsu (Silsilah Hadith Dhaif no. 25)

 

Ibnu Taimiyyah menggunakan hadith ini untuk menunjukkan contoh hadith yang palsu. (Majmu Fatawa 2/15-151).

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Periwayatan Al-Hakim terhadap hadith ini termasuk yang diingkari oleh para ulama, kerana sesungguhnya diri beliau sendiri telah berkata dalam kitab Al Madkhal ilaa Ma’rifatish Sahih Minas Saqim, “Abdurrahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan dari ayahnya beberapa hadith palsu yang dapat diketahui secara jelas oleh pakar hadith yang menelitinya bahawa dialah yang membuat hadith-hadith tersebut.” Aku (Ibnu Taimiyah) katakan, “Dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam adalah perawi dhaif (lemah) dan banyak melakukan kesalahan sebagaimana kesepakatan mereka (ahli hadith).” (Qa’idah Jalilah fit Tawassul hal 69).

 

 

Hadith Keenam

 

كان رسول ال يستفتح بصعاليك المهاجرين

 

Dari Umayyah ibn Abdillah ibn Khalid ibn Usaid ra, ia berkata: “Rasulullah pernah meminta kemenangan dengan (bantuan) orang-orang melarat dari kaum Muhajirin.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 1/269 dan disebutkan oleh At-Tabrizi dalam Misykatul Mashabih no. 5247 dan Al Qurthubi dalam Tafsir-nya 2/26.

 

Dalam Al Isti’ab 1/38, Ibnu Abdil Barr berkata, “Menurutku tidaklah benar kalau Umayyah ibn Abdillah adalah seorang sahabat Nabi, sehingga hadith di atas adalah hadith yang mursal.” Al Hafizh dalam Al Ishabah 1/133 berkata, “Umayyah bukanlah sahabat Nabi dan tidak memiliki riwayat yang kuat.”

 

Syeikh al-Albani dalam At Tawassul hal. 111 mengatakan, “Pokok permasalahan dalam hadith tersebut adalah status Umayyah. Tidak terbukti bahawa beliau adalah salah seorang sahabat, sehingga status hadith tersebut adalah hadith mursal dhaif. Beliau berkata, “Hadith ini dhaif sehingga tidak dapat digunakan sebagai hujjah.” Kemudian beliau berkata, “Seandainya hadith ini sahih, maka hadith ini semakna dengan hadith Umar, iaitu Umar meminta hujan dengan perantaraan doa al-Abbas, pak cik Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan hadith orang buta (seorang lelaki buta yang meminta kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendoakannya kepada Allah agar penglihatannya dikembalikan), iaitu bertawassul dengan doa orang soleh (yang masih hidup).” (At Tawassul Anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 112).

 

Al Munawi berkata dalam Faidlul Qadir 5/219, “(Rasulullah) pernah meminta kemenangan maksudnya meminta kemenangan dalam peperangan sebagaimana firman Allah ta’ala:

 

“Jika kalian (orang-orang musyrikin) meminta kemenangan, maka telah datang kemenangan kepadamu.” (QS. Al Anfaal: 19).

 

Az-Zamakhsyari mengatakan yang dimaksudkan dengan “meminta bantuan”, yakni meminta kemenangan dengan orang-orang melarat dari kaum Muhajirin, iaitu dengan doa kaum fakir yang tidak memiliki harta dari kalangan Muhajirin.

 

 

Hadith Ketujuh

 

حياتي خير لكم, تحدثون و يحدث لكم, ووفاتي خير لكم, تعرض علي أعمالكم, فإن رأيت خيرا أحمدت

الله عليه, وإن رأيت شرا استغفرت الله لكم

 

Dari Abdullah ibn Mas’ud ra. dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata, “Hidupku baik bagi kalian, kalian boleh menyampaikan hadith dan akan ada hadith yang disampaikan dari kalian. Dan kematianku adalah kebaikan bagi kalian, amal-amal kalian akan dihadapkan kepadaku, jika aku melihat kebaikan aku memuji Allah kerananya dan jika aku melihat keburukan, aku akan memohon ampun kepada Allah bagi kalian.”

 

Takhrij

 

HR.  An Nasaie dalam Sunan Kubra 1/189, at-Thabarani dalam Mu’am al-Kabir 3/81/2, Abu Nu’aim dalam Akhbaru Ashbahan 2/205 dan Ibnu Asakir 9/189/2.

 

Syeikh al-Albani telah melemahkan hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif  2/404. Beliau berkata, sesudah menyebutkan beberapa perkataan ulama tentang hadith ini, “Kesimpulannya, bahawa hadith ini dhaif dengan seluruh jalur periwayatannya, dan yang paling baik dari semua jalur tersebut adalah hadith mursal dari Bakr bin Abdil Muththallib Al Muzani, dan hadith mursal termasuk kategori hadith dhaif menurut para muhaddits. Adapun hadith dari Ibnu Mas’ud maka hadith itu khatha’ (salah), dan yang terburuk dari beberapa jalan jalur periwayatan hadith ini adalah hadith Anas dengan dua jalur periwatannya.” (Silsilah Hadith Dhaif 2/404-406).

 

 

Atsar Pertama

 

عن ملك الدار- و كان خازن عمر- قال: أصاب الناس قحط في زمن عمر, فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه و سلم فقال: با رسول الله استسق لإمتك فإنهم قد هلكوا, فأتى الرجل في المنام, فقيل له : ائت عمر ….الأثر

 

Dari Malik Ad-Dar (beliau adalah bendahara Umar),  dia berkata, “Pada zaman pemerintahan Umar manusia ditimpa kemarau, maka seorang lelaki mendatangi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan berkata, “Wahai Rasulullah, mohonlah kepada Allah untuk menurunkan hujan pada umatmu, kerana sesungguhnya mereka telah binasa”, kemudian orang tersebut bermimpi dan dikatakan kepadanya: “Pergilah ke Umar……”

 

Takhrij

 

Disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 2/397.

 

Syeikh al-Albani berkata dalam At Tawassul hal. 131, atsar ini dhaif kerana Malik Ad-Dar itu majhul.

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam Qa’idah Jalilah fit Tawassul wal Wasilah hal. 19-20, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para nabi sebelum beliau tidak pernah mensyariatkan untuk berdoa kepada malaikat, para nabi, dan orang soleh serta meminta syafaat dengan perantaraan mereka, baik setelah kematian mereka dan juga tatkala mereka ghaib (yakni mereka tidak berada di hadapan kita walaupun masih hidup). Maka seseorang tidak boleh mengatakan, “Wahai malaikat Allah syafaatilah aku di sisi Allah, mintalah kepada Allah agar menolong kami dan memberi rezeki kepada kami atau menunjuki kami.” Dan demikian pula tidak boleh dia mengatakan kepada para nabi dan orang soleh yang telah mati, “Wahai nabi Allah, wahai wali Allah, berdoalah kepada Allah untukku, mintalah kepada Allah agar memaafkanku.” Juga seseorang tidak boleh mengucapkan, “Aku adukan kepadamu dosa-dosaku atau kekurangan rezekiku atau penguasaan musuh atasku atau aku adukan kepadamu si Fulan yang telah menzalimiku.” Tidak boleh pula dia mengatakan, “Aku adalah tamumu, aku adalah tetanggamu, atau engkau melindungi setiap orang yang meminta perlindungan padamu.” Seseorang tidak boleh menulis (hajatnya) pada lembaran kertas kemudian menggantungkannya di sisi kuburan, tidak boleh bagi seseorang menulis di selembar kertas bahawa dia meminta perlindungan kepada si Fulan, kemudian membawa tulisan tersebut ke orang yang melakukannya dan begitu pula amalan-amalan semisal itu yang dilakukan ahli bidaah dari kalangan ahlil kitab dan kaum muslimin, seperti yang dilakukan orang Nasrani di dalam gereja mereka dan seperti yang dilakukan ahlu bidaah di sisi kuburan para nabi dan orang salih. Inilah perkara-perkara yang diketahui secara pasti merupakan bahagian dari agama Islam, dan dengan penukilan yang mutawatir dan ijma’ kaum muslimin bahawa nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mensyariatkan hal ini kepada umatnya, dan demikian pula para nabi sebelum beliau tidak pernah mensyariatkan sedikit pun dari hal tersebut. Tidak seorang pun dari sahabat nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik melakukan hal itu, dan tidak seorang pun dari para imam kaum muslimin yang menganjurkan hal tersebut, baik keempat imam mazhab dan (para imam) selain mereka. Tidak seorang pun dari mereka yang menyebutkan bahawa dianjurkan bagi seseorang dalam manasik hajinya untuk meminta kepada nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di sisi kuburan beliau agar mensyafaatinya atau mendoakan umatnya atau mengadu kepada beliau tentang musibah dunia dan agama yang menimpa umatnya. Para sahabat nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditimpa berbagai macam musibah setelah beliau wafat, terkadang dengan kemarau yang panjang, terkadang dengan kekurangan rezeki, ketakutan dan kuatnya musuh dan terkadang dengan dosa dan kemaksiatan. Tidak seorang pun dari mereka mendatangi kuburan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak juga kuburan Al Khalil dan para nabi kemudian berkata, “Kami mengadu kepadamu (atas) kemarau pada saat ini, atau kuatnya musuh.” agar beliau menolong mereka atau mengampuni mereka. Bahkan hal ini dan yang serupa dengannya merupakan perkara bid’ah yang diada-adakan yang tidak pernah dianjurkan oleh para imam kaum muslimin. Dan hal tersebut bukanlah suatu kewajiban dan bukan pula suatu perkara yang dianjurkan menurut ijma’ kaum muslimin.

 

 

Atsar Kedua

 

عن أبي الجوزاء أوس بن عبد الله, قال: فحط أهل المدينة قحطا شديدا, فشكو إلى عائشة, فقالت: انظروا إلى قبر النبي صلى الله عليه و سلم فاجعلوا منه كوا إلى السماء, حتى لا يكون بينه و بين السماء سقف. قالوا : فافعلوا, فمطرنا مطرا حتى نبت العشب, و سمنت الإبل, حتى تفتقت من الشحم, فسمى عام الفتق

 

Dari Abul Jauza’ Aus bin Abdillah, dia berkata, “Penduduk Madinah pernah mengalami kemarau yang sangat dahsyat, kemudian mereka mengadu kepada Aisyah, maka dia berkata: “Pergilah ke kubur nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian buatlah lubang yang menghadap ke langit sehingga antara kubur dan langit tidak terhalang oleh atap.” Mereka berkata, “Mari kita melakukannya.” Maka hujan lebat mengguyur kami, sehingga rumput tumbuh lebat dan unta-unta menjadi gemuk dan menghasilkan lemak. Maka saat itu disebut Tahun Limpahan.”

 

Takhrij

 

Dikeluarkan oleh Ad Darimi 1/56 no. 92.

 

Syeikh al-Albani berkata dalam At Tawassul hal 139: “Dan atsar ini sanadnya dhaif,  tidak dapat digunakan sebagai hujjah.

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam Ar-Radd alal Bakri hal 68-74, “Dan riwayat dari Aisyah radhiallahu anha tentang membuka lubang kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ke arah langit agar hujan turun tidak sahih dan tidak sah sanadnya. Di antara yang menjelaskan kedustaan atsar ini adalah bahawa selama Aisyah hidup rumah tersebut tidak memiliki lubang, bahkan keadaannya tetap seperti pada masa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, yakni sebagiannya diberi atap dan sebagian yang lain terbuka, sehingga sinar matahari masuk ke dalam rumah, sebagaimana riwayat yang ada dalam Sahihain dari Aisyah bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wa sallam sedang melakukan solat Ashar dan sinar matahari masuk ke kamar beliau, sehingga tidak nampak bayangan (HR. Bukhari no. 521 dan  Muslim no. 611). Kamar tersebut tidak berubah hingga Walid bin Abdil Malik menambahkan kamar-kamar itu di masjid Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sejak saat itu kamar Nabi masuk ke dalam masjid. Kemudian di sekitar kamar Aisyah -yang di dalamnya terletak kuburan Nabi shallallahu alaihi wa sallam- dibangun tembok yang tinggi, dan sesudah itu dibuatlah lubang sebagai jalan bagi orang yang turun apabila ingin membersihkan.”

 

Adapun adanya lubang saat Aisyah hidup, maka itu adalah kedustaan yang nyata. Seandainya benar, maka hal itu akan menjadi hujjah dan dalil bahawa orang-orang tersebut tidaklah berdoa kepada Allah dengan perantaraan makhluk, tidak bertawassul dengan mayat di dalam doa mereka, serta mereka tidak pula memohon kepada Allah dengan (perantaraan) orang yang sudah mati. Mereka hanyalah membukanya agar rahmat diturunkan kepadanya, dan di sana tidak terdapat doa memohon kepada Allah dengan perantaraannya (kubur atau mayat yang ada di kubur tersebut, yakni Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam).

 

Bandingkan betapa beza 2 hal tersebut? Sesungguhnya makhluk hanya mampu memberikan manfaat kepada orang lain melalui doa dan amal solehnya, oleh kerananya Allah senang jika seseorang bertawasul kepada-Nya dengan iman, amal soleh, selawat dan salam kepada Nabi-Nya shallallahu alaihi wa sallam, serta mencintai, menaati dan setia kepada beliau. Maka inilah perkara-perkara yang dicintai Allah agar kita bertawasul kepada-Nya dengan perkara-perkara tersebut.

 

 

Atsar Ketiga

 

عن علي بن ميمون, قال: سمعت الشفعي يقول: إني لأتبرك بأبي حنيفة, و أجيء إلى قبره في كل يوم-يعني زائرا- فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين, و جئت إلى قبره, وسألت الله تعالى الحاجة عنده, فما تبعده عني حتى تقضى

 

Dari Ali bin Maimun, dia berkata, Aku mendengar Asy Syafi’i (Imam Syafi’i) berkata, “Sungguh aku akan bertabarruk dengan Abu Hanifah, dan aku mendatangi kuburnya di setiap hari -yakni beliau berziarah ke kuburnya-. Maka jika aku memiliki hajat, aku melakukan solat dua rakaat dan aku mendatangi kuburannya kemudian aku memohon kepada Allah ta’ala agar mengabulkan hajatku di samping kuburannya, dan tak lama berselang hajatku pun terkabul.”

 

Takhrij

 

Hikayat ini diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 1/123 dari jalur Umar bin Ishaq bin Ibrahim, dia berkata: “Ali bin Maimun memberitakan kepada kami, dia berkata, ‘Aku mendengar Asy Syafi’i mengatakan hal itu.’” (yakni riwayat di atas).

 

Ibnul Qayyim berkata dalam Ighatsatul Lahfan 1/246, “Hikayat yang dinukil dari Imam Syafi’i -bahawa beliau berdoa di samping kuburan Abu Hanifah- merupakan suatu kedustaan yang nyata.”

 

Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah Hadith Dhaif 1/31 no. 22, “Riwayat ini dhaif (lemah), bahkan bathil. Kerana sesungguhnya Umar bin Ishaq bin Ibrahim tidak dikenali (majhul), dan tidak pernah disebut dalam kitab-kitab yang membahas tentang perawi hadith sedikit pun. Jika yang dimaksudkan Umar bin Ishaq adalah Amru bin Ishaq bin Ibrahim bin Hamid As Sakan Abu Muhammad At Tunisi, maka Al-Khatib telah menyebutkan biografinya dan menyebutkan bahawasanya dia adalah penduduk Bukhara yang mendatangi Baghdad tahun 341 Hijriah dalam rangka hendak berhaji, dan beliau (Al-Khatib) tidak menyebutkan jarh (celaan) dan ta’dil (rekomendasi) atas orang ini dalam kitabnya, maka orang ini statusnya majhul hal. Mustahil jika yang dimaksudkan adalah orang ini, kerana Syaikhnya yakni Ali bin Maimun wafat pada tahun 247 Hijriah -berdasarkan pendapat yang paling jauh-, sehingga kematian keduanya berjarak sekitar 100 tahun, maka mustahil dia menjumpai Syaikhnya tersebut. Kesimpulannya, riwayat ini dhaif dan tidak ada bukti yang menunjukkan kesahihannya.”

 

 

B)      Tabarruk

 

Atsar pertama

 

Atsar berikut ini sering dijadikan alasan untuk berziarah makam wali serta mengusap dan mencium kuburan wali.

 

عن أبي الدرداء رضي الله تعالى عنه، قال: إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله تعالى عليه و سلم و هو يقول: ما هذه الجفوة يا بلال؟ أما آن لك أن تزورني يا بلال؟ فانتبه حزينا وجلا خائفا، فركب راحلته و قصد المدينة فأتى قبر النبي صلى الله تعالى عليه و سلم، فجعل يبكي عنده و يمرغ وجهه عليه، فأقبل الحسن و الحسين رضي الله تعالى عنهما، فجعل يضمهما و يقبلهما، فقالا له: يا بلال، نشتهي أن نسمع أذانك الذي كنت تؤذن به لرسول الله صلى الله تعالى عليه و سلم في المسجد، ففعل،

 

“Dari Abu Darda’ radhiallahu’anhu, ia berkata: ‘Bilal bermimpi bertemu dengan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam. Beliau bersabda kepada Bilal: “Wahai Bilal, engkau tidak sopan. Apakah belum datang saatnya engkau mengunjungiku?”. Maka ia bangun dengan rasa sedih dan cemas dalam dirinya. Bilal pun lalu menunggangi kendaraannya menuju Madinah, ia mendatangi kubur Nabi Shallallahu’alahi Wasallam. Ia menangis lalu meletakkan wajahnya di atas pusara Rasulullah. Kemudian ia bertemu Hasan dan Husain Radhiallahu Ta’ala ‘Anhuma. Lalu Bilal memeluk dan mencium keduanya. Keduanya berkata kepada Bilal: ‘Wahai Bilal, kami berdua mendesakmu untuk memperdengarkan azan yang pernah kau perdengarkan kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam di masjid, Bilal-pun melakukannya..‘”

 

Takhrij

 

Kisah ini dibawakan oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyqi 7/137 dengan sanad; Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Usud Al Ghabbah 1/131 tanpa sanad; Al-Mizzi dalam Tahdzibul Kamal mengisyaratkan kisah ini, namun tidak menyebut perihal menangis dan mencium kubur:-

 

يقال: إنه لم يؤذن لاحد بعد النبي صلى الله عليه وسلم، إلا مرة واحدة، في قدمة قدمها المدينة لزيارة قبر النبي صلى الله عليه وسلم، وطلب إليه الصحابة ذلك فأذن، ولم يتم الاذان

 

“Ada yang mengatakan bahawa Bilal tidak pernah azan setelah wafatnya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam kecuali hanya sekali. Yaitu ketika ia datang ke Madinah untuk berziarah ke kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Para sahabat memintanya berazan, ia pun mengiyakan. Namun ia berazan tidak sampai selesai” (Tahdzibul Kamal 4/289); Az-Zahabi dalam Tarikh Islami 4/273 dengan sanad; Ali Bin Ahmad As Samhudi, dalam Al Wafa’ bi Akhbar Al Musthafa 1/44 tanpa sanad.

 

Perhatikanlah, semua kitab yang membawakan kisah ini adalah kutubut Tarikh (kitab-kitab sejarah), bukan kitab hadith.

 

Jalan Periwayatan

 

Az-Zahabi dalam Tarikh Islami membawakan kisah ini dengan sanad sebagai berikut:

 

قال أبو أحمد الحاكم: نا ابن الفيض، نا أبو إسحاق إبراهيم بن محمد بن سليمان بن بلاد بن أبي الدرداء: حدثني أبي، عن أبيه سليمان، عن أم الدرداء، عن أبي الدرداء

 

“Dari Abu Ahmad Al Hakim: Ibnu Fayd mengabarkan kepada kami: Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman bin Bilad bin Abi Darda mengabarkan kepada kami: Ayahku (Muhammad) mengabarkan kepadaku: Dari Sulaiman: Dari Ummu Darda’: Dari Abu Darda’ ”

 

Komentar Para Ulama

 

Pertama: Az-Zahabi dalam Tarikh Islami mengatakan:

 

إبراهيم بن محمد بن سليمان الشامي مجهول، لم يروِ عنه غير محمد بن الفيض الغسّاني

 

“Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman Asy Syami itu majhul, orang yang mengambil riwayat darinya hanya Muhammad bin Fayd Al Ghassani”. Beliau juga mendhaifkan kisah ini dalam Siyar A’lamin Nubala 1/357-358 (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi hal.6).

 

 

Kedua: Ibnu Abdil Hadi berkata:

 

هذا الأثر المذكور عن بلال ليس بصحيح

 

“Atsar yang dikatakan dari Bilal ini tidak sahih” (Ash-Sharimul Munkiy hal. 314) (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).

 

Nampaknya kisah ini dikatakan sahih oleh As-Subki, maka Ibnu Abdil Hadi dalam Ash Sharimul Munkiy pun menyanggahnya:

 

جميع الأحاديث التي ذكرها المعترض في هذا الباب وزعم أنها بضعة عشر حديثاً ليس فيها حديث صحيح، بل كلها ضعيفة واهية

 

“Seluruh hadith yang dibawakan As Subki dalam masalah ini, yang didakwa berjumlah belasan hadith, bukan hadith-hadith sahih. Bahkan semuanya hadith yang sangat lemah” (Ash Sharimul Munkiy hal. 314). (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).

 

 

Ketiga: Ibnu Hajar Al Asqalani berkata:

 

هي قصة بينة الوضع

 

“Kisah ini adalah kedustaan yang nyata” (Lisanul Mizan, 1/107-108. (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).

 

 

Keempat: Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

 

ليس في الإحاديث التي رويت بلفظ زيارة قبره -صلى الله عليه وسلم- حديث صحيح عند أهل المعرفة، ولم يخرج أرباب الصحيح شيئاً من ذلك، ولا أرباب السنن المعتمدة، كسنن أبي داود والنسائي والترمذي ونحوهم، ولا أهل المساند التي من هذا الجنس؛ كمسند أحمد وغيره، ولا في موطأ مالك، ولا مسند الشافعي ونحو ذلك شيء من ذلك، ولا احتج إمام من أئمة المسلمين -كأبي حنيفة ومالك والشافعي وأحمد وغيرهم- بحديث فيه ذكر زيارة قبره

 

“Hadith-hadith yang diriwayatkan dengan mengandung lafaz ‘ziarah kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam‘ tidak ada yang sahih menurut para ulama hadith. Hadith-hadith seperti ini tidak pernah dibawakan oleh pemilik kitab Sahih, tidak juga pemilik kitab Sunan yang menjadi pegangan, seperti Sunan An Nasaie atau semacamnya, tidak juga kitab Musnad yang menjadi pegangan, seperti Musnad Ahmad atau semacamnya, tidak juga kitab Muwatha Malik, tidak juga kitab Musnad Asy Syafi’i atau semacamnya. Hadith-hadith seperti ini tidak pernah dipakai para Imam Mazhab dalam berhujjah. Yaitu hadith yang didalamnya disebut lafadz ziarah kubur Nabi” (Majmu’ Fatawa 27/216) (Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6).

 

 

Kelima: Al Mizzi dalam Tahdzibul Kamal 4/289 mengisyaratkan lemahnya riwayat ini kerana beliau menggunakan lafaz يقال

 

 

Keenam: Syeikh al-Albani berkata:

 

: فهذه الرواية باطلة موضوعة ولوائح الوضع عليها ظاهرة من وجوه عديدة أهمها قوله : ( فأتى قبر النبي صلى الله عليه و سلم فجهل يبكي عنده ) فإنه يصور لنا أن قبره صلى الله عليه و سلم كان ظاهرا كسائر القبور التي في المقابر يمكن لكل أحد أن يأتيه وهذا باطل بداهة عند كل من يعرف تاريخ دفن النبي صلى الله عليه و سلم في حجرة عائشة رضي الله عنها وبيتها الذي لا يجوز لأحد أن يدخله إلا بإذن منها كذلك كان الأمر في عهد عمر رضي الله عنه

 

“Riwayat ini batil, palsu, kedustaan yang nyata. Terlihat jelas dari beberapa sisi, yang paling jelas adalah perkataan ‘Bilal mendatangi kubur Nabi sambil menangis di sisinya’, perkataan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa kubur Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam nampak jelas seperti kuburan orang lain yang dapat didatangi siapa saja. Ini sebuah kebatilan yang nyata bagi orang yang mengetahui sejarah. Bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dimakamkan di kamar Aisyah Radhi’allahu’anha di dalam rumahnya, yang tidak diperbolehkan masuk kecuali atas izin Aisyah. Hal ini masih berlaku hingga masa pemerintahan Umar Radhiallahu’anhu‘ (Ad Difa’ An Al Hadith An Nabawi Wa As Sirah hal. 95).

 

Tambahan

 

Kisah ini sama sekali tidak menyebutkan tentang tabarruk atau beribadah di kuburan. Namun anehnya sering dibawakan oleh para Quburiyyun sebagai alasan untuk ziarah makam wali dan bertabarruk dan bertawassul di sana.

 

Atsar kedua

 

 

عن داود بن أبي صالح ، قال : أقبل مروان يوما فوجد رجلا واضعا وجهه على القبر ، فأخذ برقبته وقال : أتدري ما تصنع ؟ قال : نعم ، فأقبل عليه فإذا هو أبو أيوب الأنصاري رضي الله عنه ، فقال : جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم آت الحجر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، يقول : لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله ، ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله

 

“Daud bin Abi Soleh berkata: “Suatu ketika Marwan (Khalifah ke 4 Bani Umayyah) datang. Dia melihat seorang lelaki sedang meletakkan wajahnya di atas kubur Rasullullah Shallallahu’alaihi Wasallam. Lalu Marwan menarik lehernya dan mengatakan: “Apakah anda menyedari apa yang anda lakukan?”. Lelaki itu berkata: “Ya”, lalu menoleh ke arah Marwan, ternyata lelaki itu adalah Abu Ayyub al-Anshari (sahabat) Radhiallahu’anhu. Ia berkata: “Aku datang kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, bukan datang untuk sebongkah batu. Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Jangan menangis untuk agama, jika agama masih dipegang oleh ahlinya. Namun tangisilah agama jika ia dipegang bukan oleh ahlinya”.

 

Takhrij

 

Atsar ini diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya 4/515 no.8571; Imam Ahmad dalam Musnadnya no. 23633; at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 4/189 no. 3999, juga di Mu’jam al-Awsath no. 289 dan no. 11422.

 

 

Jalur Periwayatan

 

Hadith ini diriwayatkan dari 2 jalan, iaitu dari jalan Daud bin Abi Soleh dan jalan Muthallib bin Abdillah bin Hanthab. Jalan pertama sebagaimana yang dibawakan Al-Hakim dan Imam Ahmad. Al-Hakim membawakan hadith ini dengan sanad sebagai berikut:

 

حدثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ، ثنا العباس بن محمد بن حاتم الدوري ، ثنا أبو عامر عبد الملك بن عمر العقدي ، ثنا كثير بن زيد ،  عن داود بن أبي صالح

 

”Abul ‘Abbas Muhammad bin Ya’qub berkata kepadaku: Al ‘Abbas bin Muhammad bin Hatim Ad-Dauri menyampaikan kepadaku: Abu ‘Amir ‘Abdul Malik bin Umar Al’Aqdiy menyampaikan kepadaku: Katsir bin Zaid menyampaikan kepadaku: Dari Daud bin Abi Soleh”

 

Imam Ahmad membawakan hadith ini dengan sanad sebagai berikut:

 

حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الملك بن عمرو ثنا كثير بن زيد عن داود بن أبي صالح

 

“Abdullah berkata kepadaku: Ayahku (Abu Abdillah) berkata kepadaku: Abdul Malik bin ‘Amr menyampaikan kepadaku: Katsir bin Zaid menyampaikan kepadaku: Dari Daud bin Abi Soleh”

 

Jalan kedua dibawakan oleh at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Ausath dan Mu’jam Al-Kabir, beliau membawakan hadith ini dengan sanad sebagai berikut;

 

حدثنا أحمد بن رشدين قال : نا سفيان بن بشير الكوفي قال : نا حاتم بن إسماعيل ، عن كثير بن زيد ، عن المطلب بن عبد الله بن حنطب ، عن أبي أيوب الأنصاري

 

“Ahmad bin Rusydain menuturkan kepadaku, ia berkata: Sufyan bin Basyir Al Kufi mengabarkan kepadaku, ia berkata: Hatim bin Isma’il mengabarkan kepadaku: Dari Katsir bin Zaid: Dari Muthallib bin Abdillah bin Hanthab: Dari Abu Ayyub Al Anshari”

 

Di tempat lain di Mu’jam Al-Ausath, at-Thabarani membawakan dengan sanad sedikit berbeza:

 

….حدثنا هارون بن سليمان أبو ذر ، ثنا سفيان بن بشر الكوفي ، نا حاتم بن إسماعيل

 

“Harun bin Sulaiman Abu Dzar menuturkan kepadaku, ia berkata: Sufyan bin Bisyr Al Kufi mengabarkan kepadaku, ia berkata: Hatim bin Isma’il mengabarkan kepadaku, dst….”

 

Komentar Ulama

 

Para ulama ahli hadith berbeza pendapat mengenai status hadith ini. Ulama yang menerima hadith ini diantaranya:

 

Pertama: Abu Abdillah Al Hakim dalam Mustadrak-nya mengatakan:

 

هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه

 

“Sanad hadith ini sahih, dan tidak dikeluarkan oleh Bukhari-Muslim”

 

Kedua: az-Zahabi dalam Talkhishnya terhadap Al-Mustadrak, beliau mengatakan hadith ini sahih. Namun pernyataan ini agak aneh kerana beliau mengatakan tentang Daud bin Abi Soleh:

 

حجازي لا يعرف

 

“Ia orang Hijaz namun tidak dikenal (majhul)” (Lisanul Mizan, 2617)

 

Ketiga: As Subki, dalam Syifa As Saqqam hal. 152 mengatakan bahawa hadith ini sahih dan beliau berdalil dengan hadith ini bolehnya mengusap-usap kuburan.

 

Namun akuan sahih tersebut sangat patut dipertanyakan, sebab para ahli hadith mengkritik hadith ini kerana terdapat kecacatan pada perawi-perawinya:

 

Daud bin Abi Soleh

 

Az-Zahabi sendiri mengatakan ia majhul. Ibnu Hajar Al-Asqalani pun menyetujui hal ini, beliau berkata:

 

فأنى له الصحة؟

 

“Apa saya pernah tahu hadith sahih darinya?” (Tahdzib At Tahdzib 3/188).

 

Katsir bin Zaid

 

Ia adalah perawi yang memiliki kecacatan. Ibnu Hajar berkata:

 

صدوق يخطئ

 

“Orang jujur namun sering salah”

 

Al Haitsami berkata:

 

وثقه أحمد وغيره وضعفه النسائي

 

“Ia dianggap tsiqah oleh Imam Ahmad, namun dianggap lemah oleh An Nasa’i” (Majma’ Az Zawaid 5/441).

 

Hatim bin Isma’il, Sufyan bin Basyir / Bisyr, Ahmad bin Rusydain

 

Sedangkan pada riwayat yang terdapat pada Mu’jam Al-Kabir dan Al-Awsath, terdapat kecacatan pada perawi Hatim bin Isma’il. Sebenarnya ia adalah perawi yang dipakai oleh Bukhari-Muslim. Namun komentar Ibnu Hajar tentangnya:

 

 صحيح الكتاب ، صدوق يهم

 

“Sahihul kitab, jujur namun sering ragu”. (Tahdzib At Tahdzib)

 

Oleh kerananya syeikh al-Albani berkata: “Ada kemungkinan keraguan tersebut ada pada penyebutan Muthallib bin Abdillah padahal sebenarnya Soleh bin Abi Soleh. Namun juga, jalur periwayatan sebelum sampai ke Hatim tidaklah sahih. Sehingga keraguan juga dimungkinkan dari selain Hatim. Pasalnya Sufyan bin Basyir / Bisyr tidak dikenal (majhul). Barangkali juga kebohongan ada pada Ahmad bin Rusydain, guru dari at-Thabarani. Kerana status dari Ahmad bin Rusydain adalah muttahamun bil kadzab (tertuduh sering berdusta)”. (Silsilah Hadith Dhaif 1/552).

 

Ringkasnya, dengan adanya kecacatan ini, wallahu’alam, lebih tepat menghukumi hadith ini sebagai hadith dhaif. Terlebih lebih terdapat ijma’ ulama yang dinukil dari ulama besar mazhab Asy Syafi’i, iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah bahawa mengusap-ngusap kubur hukumnya terlarang. Al-Haitami menyanggah As Subki yang berdalil dengan hadith ini dengan berkata:

 

الحديث المذكور ضعيف. فما قاله النووي- أي حكايته الإجماع على النهي عن مس القبر- صحيح لا مطعن فيه

 

“Hadith tersebut dhaif. Dan ijma’ yang dinukilkan oleh An-Nawawi itu sahih tidak ada seorang ulama pun yang mengkritik” (Hasyiatul I’dhah hal. 219).

 

Sedangkan ijma yang sahih tidak mungkin bertentangan dengan dalil sahih. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

 

لا يمكن أن يقع إجماع على خلاف نص أبدا

 

“Tidak akan pernah ada ijma’ ulama yang bertentangan dengan dalil” (Majmu’ Fatawa, 19/201) (Ma’alim Ushulil Fiqhi ‘Inda Ahlis Sunnah Wal Jama’ah hal. 173).

Dengan kata lain, orang yang mengusap-ngusap kuburan dengan dasar anggapan sahih terhadap hadith ini, orang tersebut mengingkari dakwan ijma’ dari ulama besar mazhab Asy Syafi’i, iaitu Imam Abu Yahya Muhyiddin An-Nawawi.

 

Imam al-Ghazali asy-Syafi’e rahimahullah (505H) berkata mengenai adab menziarahi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

 

وَلَيسَ مِنَ السُّنَّةِ أَن يَمَسَّ الجِدَارَ وَلَا َأن يُقَبِّلَهُ بَلِ الوُقُوفُ مِن بَعدِ أَقرَبُ لِلاحتِرَامِ

 

"Dan bukanlah sunnah menyentuh dinding (kuburan Nabi) dan bukan juga (sunnah) menciumnya akan tetapi berdiri dari jauh lebih dekat kepada penghormatan (kepada baginda)." (Ihya’ Ulumuddin 1/259).

 

Katanya lagi ketika mengkritik perbuatan golongan tertentu yang menyentuh dan mencium kuburan:

 

فَإِنَّ المَسَّ وَالتَّقبِيلَ لِلمَشَاهِدِ عَادَةُ النَّصَارَى وَاليَهُودِ

 

"Sesungguhnya menyentuh dan mencium kuburan-kuburan merupakan kebiasaan kaum Nasrani (Kristian) dan kaum Yahudi." (Ihya’ Ulumuddin 1/ 271).

 

 

Tambahan

 

Terlepas dari dhaifnya hadith ini, terdapat pula beberapa kejanggalan, diantaranya:

 

Pertama: Dalam hadith tersebut dikatakan Abu Ayyub Al-Anshari meletakan wajahnya di atas makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Padahal makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam itu rata dengan tanah. Sebagaimana hadith sahih:

 

عَنْ سُفْيَانَ التَّمَّارِ أَنَّهُ رَأَى قَبْرَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسَنَّمًا

 

“Dari Sufyan At Tammar, ia mengatakan bahawa ia pernah melihat kubur Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam rata dengan tanah” (HR. Bukhari no.1390).

 

Jika demikian, maka, Abu Ayyub Al-Anshari dalam posisi sujud. Dan ini perkara yang mustahil, tidak pernah tergambar di benak bahawa ada seorang sahabat Nabi sujud kepada kuburan!.

 

 

Kedua: Hadith ini seolah-olah menggambarkan bahawa makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam terbuka dan dapat didatangi semua orang. Padahal makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam tertutup dan orang-orang dilarang masuk kecuali diberi izin. Sebagaimana hadith ‘Aisyah Radhiallahu’anha:

 

عائشة « أن النبي ( قال في مرض موته» لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مسجداً. قالت: ولولا ذلك لأبرزوا قبره غير أنه خشي أن يتخذ مسجداً

 

“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda ketika sakit menjelang wafatnya: ‘Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai tempat ibadah’. Aisyah berkata: ‘Andai bukan kerana sabda beliau ini, tentu akan aku nampakkan (dibuka untuk umum) kuburan beliau, namun beliau khawatir kuburnya dijadikan tempat ibadah‘” (HR. Bukhari no. 1330).

 

 

Ketiga: Dalam hadith dikatakan bahawa Abu Ayyub Al Anshari meletakkan wajahnya di atas kubur Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam lalu mengungkapkan kesedihannya terhadap orang-orang yang berbicara agama tanpa ilmu. Dari sisi mana perbuatan ini dijadikan dalil untuk bolehnya mengusap-ngusap kuburan untuk mengambil berkahnya (tabarruk) ??

 

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani berkata:

 

و قد شاع عند المتأخرين الاستدلال بهذا الحديث على جواز التمسح بالقبر لوضع أبي أيوب وجهه على القبر ، و هذا مع أنه ليس صريحا في الدلالة على أن تمسحه كان للتبرك – كما يفعل الجهال – فالسند إليه بذلك ضعيف كما علمت فلا حجة فيه

 

“Orang-orang zaman ini banyak yang menyebarkan khabar bahawa mengusap-ngusap kubur itu dibolehkan dengan dalil hadith ini. Yaitu dalam hadith ini Abu Ayyub meletakkan wajahnya di atas kuburan. Selain hadith ini sanadnya lemah, sebagaimana telah dijelaskan kepada anda, hadith ini juga tidak menunjukkan Abu Ayyub menyentuh kubur Nabi tersebut untuk mengambil berkah (tabarruk), seperti yang dilakukan orang-orang yang tidak faham. Sehingga hadith ini sama sekali tidak boleh dijadikan hujjah” (Silsilah Hadith Dhaif 1/552).

 

Keempat: Hadith ini juga sering dijadikan perisai oleh orang-orang syi’ah untuk membela kebiasaan mereka bertabarruk kepada imam-imam mereka (Ahadith Yahtaju Biha Asy- Syi’ah hal. 373). Ini salah satu bukti bahawa perbuatan mengusap-usap kubur dan bertabarruk dengannya adalah kebiasaan orang Syi’ah. Wajarkah kita mengikutinya?

 

Diringkas dari:

 

Ahadith Yahtaju Biha Asy- Syi’ah, Syaikh Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasy-qiyyah, halaman 373.

 

Silsilah Ahadith Adh Dhaifah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, halaman 552

 

Atsar ketiga

 

Sebahagian orang yang bertabarruk dengan kuburan orang soleh, atau bertabarruk dengan orang soleh itu sendiri, atau bahkan bertabarruk dengan tanah, air, debu, serta benda-benda yang dianggap mengandung berkah, sering beralasan dengan kisah Fathimah Radhiallahu’anha. Kisahnya adalah sebagai berikut:

 

عن علي بن أبي طالب – رضي الله تعالى عنه – قال: لما رمس رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جاءت فاطمة – رضي الله تعالى عنها – فوقفت على قبره وأخذت قبضة من تراب القبر فوضعته على عينيها وبكت وأنشأت تقول:

ماذا على من شم تربة أحمد * أن لا يشم مدى الزمان غواليا

صبت علي مصائب لو أنها * صبت على الأيام عدن لياليا

 

“Dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu, beliau berkata: ‘Setelah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dimakamkan, Fatimah Radhiallahu’anha datang. Beliau berdiri di depan makam Nabi lalu mengambil segenggam tanah dari makam Nabi, kemudian menaruh tanah tersebut di wajahnya sambil menangis dan bersyair:

 

Bagi yang mencium wangi tanah makam Ahmad

Tidak akan ia temukan sepanjang zaman wangi yang demikian

Sungguh pedih musibah yang kurasa

Begitu pedihnya seakan dapat membalik siang menjadi malam‘”

 

Takhrij

 

Kisah ini dibawakan oleh As-Samhudi dalam Wafa-u Al Wafa Bi Akhbari Daari Al-Musthafa 4/218. Dalam kitab ini As Samhudi mengatakan ia menukil kisah ini dari At Tuhfah (atau al-Ithaaf) milik Ibnu ‘Asakir dengan sanadnya; Muhammad bin Yusuf Ash Solehi Asy Syammi, dalam Sabilu Al Huda Wal Irsyad Fii Siirati Khairi Al ‘Ibad 12/337, tanpa sanad. Namun beliau mengatakan bahawa kisah ini diriwayatkan dari Thahir bin Yahya Al Husaini; Abul Faraj Ibnul Jauzi, dalam Al Wafa-u Bit Ta’rifi Fadhaili Al Musthafa, tanpa sanad; Abul Baqa’ Ibnu Dhiya’, dalam Taarikhu Makkah Al Musyrifah Wal Masjidil Haram hal. 163, tanpa sanad; dan beberapa kitab sirah lain.

 

Catatan

 

Bila hanya diketahui sebuah riwayat ada di kitab ini dan kitab itu, dibawakan oleh imam A dan imam B, belumlah cukup untuk melegalisasi riwayat tersebut untuk diterima dan di amalkan. Perlu diperiksa kesahihan dari riwayat tersebut. Terlebih lagi kisah ini hanya diriwayatkan dari kitab-kitab sirah, bukan kitab hadith.

 

Jalur Periwayatan

 

As Samhudi dalam Al Wafa’ menukil kisah ini dari At Tuhfah milik Ibnu Asakir dengan sanad berikut:

 

عن طاهر بن يحيى الحسيني قال: حدثني أبي عن جدي عن جعفر بن محمد عن أبيه عن علي رضي الله عنه

 

“Dari Thahir bin Yahya Al Husaini, ia berkata: Ayahku (iaitu Yahya bin Al Hasan) pernah mengatakan kepadaku: Dari kakekku (yaitu Al Hasan bin Ja’far) : Dari Ja’far bin Muhammad: Dari ayahnya (yaitu Muhammad bin Ali) : Dari Ali bin Abi Thalib”

 

Kualiti sanad

 

Sanad kisah ini gelap. Kerana banyak perawi yang tidak dikenali (majhul) dalam sanad kisah ini, iaitu: Thahir bin Yahya Al Husaini, Yahya bin Al Hasan, Al Hasan bin Ja’far bin Muhammad.

 

Andai perawi-perawi tersebut diterima pun masih terdapat sisi kelemahan lain, iaitu keterputusan sanad (inqitha’) antara Muhammad bin Ali dengan sahabat Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu. Kerana Muhammad di sini adalah Muhammad bin Ali bin Al Husain bin Ali bin Abi Thalib. Dengan kata lain, Muhammad adalah cicit dari sahabat Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu. Sedangkan Muhammad tidak pernah bertemu dengan Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu, sebagaimana dikatakan oleh Al Mizzi dalam Tahzibul Kamal 26/137 dan At Tirmidzi dalam Sunannya 6/161 no. 1602:

 

وَأَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىِّ بْنِ الْحُسَيْنِ لَمْ يُدْرِكْ عَلِىَّ بْنَ أَبِى طَالِبٍ

 

“Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Al Husain tidak pernah bertemu Ali bin Abi Thalib”

 

Ringkasnya, kisah ini dhaif. Sebagaimana dikatakan oleh Al Imam Az-Zahabi:

 

… :وَمِمَّا يُنْسَبُ إِلَى فَاطِمَةَ، وَلاَ يَصِحُّ

 

“Salah salah satu kisah yang didakwa dari Fatimah, namun tidak sahih adalah … (lalu menyebutkan riwayat di atas)” (Siyar A’lam an-Nubala 3/113).

 

Al Mulla Ali Al Qaari dalam Mirqatul Mafaatih 17/243 juga mengisyaratkan lemahnya kisah ini.

 

Lebih lagi telah diketahui bahawa riwayat ini tidak terdapat satu pun di kitab-kitab hadith. Riwayat ini tidak pernah dibawakan oleh para ulama pemilik kitab Sahih, seperti Bukhari-Muslim, tidak juga pemilik kitab Sunan yang menjadi pegangan, seperti Sunan An Nasaie, Sunan At Tirmidzi,  Sunan Ibnu Majah, atau semacamnya, tidak juga kitab Mu’jam, seperti Mu’jam Ath Thabrani, tidak juga kitab Musnad yang menjadi pegangan, seperti Musnad Ahmad, Musnad Asy Syafi’i atau semacamnya, tidak juga kitab Muwatha Malik. Riwayat ini kebanyakan dibawakan dalam kitab-kitab sirah.

 

Sikap Keluarga Fatimah Terhadap Makam

 

Lalu bagaimana sebenarnya sikap Fatimah Radhiallahu’anha terhadap makam Nabi?

 

Cukuplah kita melihat sikap orang-orang terdekat beliau bersikap terhadap makam. Ali bin Al Husain bin Ali bin Abi Thalib (Cucu Fathimah) -Radhi’allahu’anhum-

 

رأى رجلا يأتي فرجة كانت عند قبر النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فيدخل فيها فيدعو، فنهاه وقال: « ألا أحدثكم حديثاً سمعته من أبي عن جدي – يعني علي بن أبي طالب رضي الله عنه عن رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قال: لا تتخذوا قبري عيداً ولا تجعلوا بيوتكم قبوراً وسلموا على فإن تسليمكم يبلغني أينما كنتم».

 

“Ali bin Al Husain melihat seorang lelaki yang mendatangi celah di sisi makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, kemudian ia masuk ke dalamnya lalu berdoa. Beliau lalu berkata: ‘Wahai engkau, maukah aku sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari ayahku dari kakekku (yaitu Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu) dari Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: ‘Jangan jadikan kuburan sebagai Ied[2], dan jangan jadikan rumah kalian seperti kuburan, berselawatlah kalian kepadaku, kerana selawat kalian sampai kepadaku di manapun kalian berselawat’ ‘”

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya 2/375, Abdurrazzaq dalam Mushannafnya no.6694. As Sakhawi dalam Al Qaulud Baadi’ hal. 228 berkata: ‘Hadith ini hasan’. Ibnu ‘Adi dalam As-Sharimul Munkiy hal. 206 mengatakan: ‘Sanadnya jayyid’.

 

Ali bin Abi Thalib (Suami Fathimah) -Radhi’allahu’anhuma-

 

عن أبي الهياج الأسدي أن علياً رضي الله عنه قال له: « ألا أبعثك على ما بعثني عليه رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ؟ أمرني أن لا أدَعَ قبراً مشرفاً (أي مرتفعاً) إلا سوّيته (بالأرض) ولا تمثالاً إلا طمستُه » (مسلم969).

 

“Dari Abu Hayyaj Al Asadiy, Ali Radhiallahu’anhu pernah berkata kepada Abu Hayyaj: ‘Mahukah engkau aku utus untuk mengerjakan sesuatu yang dulu aku pun pernah di utus oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk mengerjakannya? Rasulullah pernah mengutusku untuk tidak membiarkan makam ditinggikan, melainkan harus dibuat rata dengan tanah. Lalu tidak membiarkan ada gambar (makhluk bernyawa), melainkan harus dihilangkan’” (HR. Muslim no.969).

 

Dalam menjelaskan hadith ini An-Nawawi berkata:

 

أَنَّ السُّنَّة أَنَّ الْقَبْر لَا يُرْفَع عَلَى الْأَرْض رَفْعًا كَثِيرًا ، وَلَا يُسَنَّم ، بَلْ يُرْفَع نَحْو شِبْر وَيُسَطَّح ، وَهَذَا مَذْهَب الشَّافِعِيّ وَمَنْ وَافَقَهُ

 

“Yang sesuai sunnah, makam itu tidak terlalu tinggi dan tidak buat melengkung. Namun tingginya hanya sekitar sejengkal dan dibuat rata. Ini mazhab Asy Syafi’i dan murid-muridnya” (Syarhu Sahih Muslim 3/389).

 

Inilah sikap Ali bin Abi Thalib terhadap kuburan. Berbeza dengan para penyembah kubur serta orang-orang yang bertabarruk dengan kuburan, mereka meninggikan makam-makam.

 

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam

 

عن عائشة « أن النبي قال في مرض موته» لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مسجداً. قالت: ولولا ذلك لأبرزوا قبره غير أنه خشي أن يتخذ مسجداً

 

“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda ketika sakit menjelang wafatnya: ‘Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai tempat ibadah’. Aisyah berkata: ‘Andai bukan kerana sabda beliau ini, tentu akan aku nampakkan (dibuka untuk umum) kuburan beliau, namun beliau khawatir kuburnya dijadikan tempat ibadah‘” (HR. Bukhari no. 1330).

 

Ibnu Hajar Al Asqalani berkata tentang hadith ini:

 

وكأنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ علم أنه مرتحل من ذلك المرض، فخاف أن يعظم قبره كما فعل من مضى، فلعن اليهود والنصارى إشارة إلى ذم من يفعل فعلهم

 

“Seakan-akan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengetahui beliau akan wafat kerana sakit yang sedang dialaminya, lalu beliau khawatir makam beliau diagungkan sebagaimana perbuatan orang-orang terdahulu. Dilaknatnya kaum Yahudi dan Nasrani adalah isyarat bahawa orang yang melalukan perbuatan tersebut dicela” (Fathul Bari 8/688).

 

Atsar keempat

 

Ibnul Munkadir rahimahullah adalah seorang tabi’in yang mulia. Ia dikenal sebagai ulama, Al Hafiz, ahli ibadah, ahli zuhud, dan orang yang besar baktinya kepada orang tua. Beliau berguru pada banyak sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan meriwayatkan banyak hadith. Semoga Allah merahmati beliau.

 

Ada sebuah kisah yang menceritakan bahawa Ibnul Munkadir biasa meminta pertolongan kepada makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam jika ditimpa sesuatu yang membahayakan. Kisah ini dijadikan alasan oleh sebagian untuk melegalkan ritual tabarruk, tawassul dan meminta pertolongan kepada makam-makam orang soleh. Berikut kisahnya,

 

قَالَ مُصْعَبُ بنُ عَبْدِ اللهِ: حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيْلُ بنُ يَعْقُوْبَ التَّيْمِيُّ، قَالَ:كَانَ ابْنُ المُنْكَدِرِ يَجْلِسُ مَعَ أَصْحَابِه، فَكَانَ يُصِيْبُه صُمَاتٌ، فَكَانَ يَقُوْمُ كَمَا هُوَ حَتَّى يَضَعَ خَدَّهُ عَلَى قَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- ثُمَّ يَرْجِعُ. فَعُوتِبَ فِي ذَلِكَ، فَقَالَ: إِنَّهُ يُصِيْبُنِي خَطَرٌ، فَإِذَا وَجَدْتُ ذَلِكَ، اسْتَعَنْتُ بِقَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-

 

Mu’shab bin Abdillah berkata: Isma’il bin Ya’qub At Taimi menceritakan kepadaku, ia berkata,

“Suatu ketika Ibnul Munkadir sedang duduk-duduk bersama murid-muridnya. Tiba-tiba lidahnya kaku tak dapat berbicara. Beliau pun berdiri lalu meletakkan dagunya di atas makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam lalu kembali. Murid-muridnya menyalahkan perbuatan beliau tersebut. Beliau pun berkata, ’Yang menimpaku tadi adalah suatu bahaya. Ketika aku menemui bahaya aku biasa ber-isti’anah (memohon pertolongan) kepada makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam‘”

 

Takhrij

 

Kisah ini dibawakan oleh:

 

Pertama: Az-Zahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala 9/437.

 

Kedua: Az-Zahabi dalam Tarikh Al Islami 2/456, dengan sanad yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan redaksi:

 

فاذا وجدت ذلك استغثت بقبر النبي صلى الله عليه وسلم

 

“Ketika aku menemui bahaya aku biasa beristighatsah kepada makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam”

 

Ketiga: As Samhudi, dalam Wafa-u Al Wafa Bi Akhbari Daari Al Musthafa 4/218, dengan sanad yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan redaksi:

 

فاذا وجدت ذلك  استشفيت بقبر النبي صلى الله عليه وسلم

 

“Ketika aku menemui bahaya yang demikian aku biasa beristisyfa (meminta kesembuhan) kepada makam Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam”

 

Status Perawi

 

Pertama: Mu’shab bin Abdillah

 

Nama lengkapnya Abu Abdillah Mu’shab bin Abdillah bin Mu’shab bin Tsabit Al Zubairi Al Madini. Ibnu Hajar Al Asqalani berkata: “Tsiqah” (Tahdzib At Tahdzib, 10/147). Az Zahabi berkata: “Ash Shaduuq” (Siyar A’lam an-Nubala 21/32). Al-Baihaqi mentsiqahkannya (Siyar A’lam an-Nubala 21/32). Abu Hatim dan Ibnu Ma’in menulis  hadith darinya (Al Jarh Wat Ta’dil, 8/309).

 

Kedua: Isma’il bin Ya’qub At Taimi

 

Abu Hatim Ar Razi berkata: “Dha’ful Hadith” (Al Jarh Wat Ta’dil 2/204). Ibnu Hajar berkata: “Lahu hikaayatun munkarah” (Lisanul Mizan 1/185). Az Zahabi berkata: “Fiihi Layyin” (Mizanul I’tidal 2/456). Semua ini adalah lafaz-lafaz kritikan (pelemahan). Memang Ibnu Hajar berkata: “Ibnu Hibban mentsiqahkannya” (Lisanul Mizan 1/185). Namun Ibnu Hibban di kalangan peneliti hadith telah dikenal akan sikapnya yang terlalu bermudah-mudah menetapkan status tsiqah (baca: mutasaahil).

 

Para nuqqad hadith seperti Az Zahabi, Ibnu Qattan, Abu Hatim dan yang lainnya menerapkan kaedah: ‘Jika hanya Ibnu Hibban seorang diri yang memberi status tsiqah pada seorang rawi, maka disimpulkan status rawi tersebut adalah majhul ain‘. Lihat penjelasan lengkap tentang masalah ini pada Buhuts Fil Musthalah (1/288) karya Dr. Mahir Yasin Al Fahl.

 

Kualiti Riwayat

 

Dari keterangan di atas, maka jelaslah bahawa riwayat tersebut dhaif kerana dhaifnya Isma’il bin Ya’qub At Taimi. Hal ini diperkuat dari keterangan dari az-Zahabi, kerana setelah membawakan riwayat tersebut dalam Tarikh Al Islami 2/456 beliau berkata, “Isma’il: fiihi layyin” (Isma’il bin Ya’qub terdapat kelemahan).

 

Andaikan kisah ini sahih pun (dan yang nyatanya tidak sahihpun) perbuatan Ibnul Munkadir, seorang tabi’in, bukanlah dalil, bukan alasan yang dapat melegalisasikan isti’anah (meminta pertolongan) kepada kuburan.

 

 

Atsar kelima

 

Mereka dapatkan sebuah riwayat dari al-Imam Ahmad bin Hanbal,

 

سَأَلْتُهُ عَنِ الرَّجُلِ يَمُسُّ مِنْبَرَ النَّبِيِّ وَيَتَبَرَّكُ بِمَسِّهِ وَيُقَبِّلُهُ وَيَفْعَلُ بِالْقَبْرِ مِثْلَ ذَلِكَ أَوْ نَحْوَ هَذَا يُرِيْدُ بِذَلِكَ التَّقَرُّبَ إِلَى اللهِ جَلَّ وَعَزَّ فَقَالَ: لاَ بَأْسَ بِذَلِكَ

 

“Aku bertanya kepadanya (al-Imam Ahmad) tentang seorang yang mengusap mimbar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bertabarruk (mencari berkah) dengan mengusap dan menciumnya. Demikian pula seseorang yang melakukan hal tersebut terhadap makam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Al-Imam Ahmad menjawab, ‘Hal itu tidak apa-apa’.”( Al-‘Ilal fii Ma’rifatir-Rijaal 2/492).

 

Tentu saja, bagi mereka riwayat ini sangat menggembirakan. Tanpa ragu mereka mengatakan, “Ini dalil kami yang tidak terbantahkan!” Imam Ahlus Sunnah menyatakan bolehnya bertabarruk dengan mencium dan mengusap kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan cara itu.

 

Jawapan atas syubhat ini adalah sebagai berikut:

 

Riwayat di atas adalah riwayat yang sangat aneh.Dalam mazhab Hanbali, sangat tegas dibencinya mengusap-usap dan menciumi kuburan, kerana amalan ini tidak diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak dilakukan oleh para sahabat.

 

Riwayat tersebut sangat diragukan kebenaran penisbatannya kepada al-Imam Ahmad rahimahullah. Sebab, riwayat di atas bertentangan dengan riwayat-riwayat yang masyhur dari beliau yang secara tegas menunjukkan bahawa mengusap kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam—apalagi selain kubur beliau—tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, tabi’in, dan salaf umat ini.

 

Di antara riwayat tersebut adalah riwayat al-Atsram, salah seorang murid al-Imam Ahmad yang tepercaya dan mengambil riwayat langsung dari beliau sepertimana dinukilkan oleh Ibnu Qudamah,

 

فصل : ولا يستحب التسمح بحائط قبر النبي صلى الله عليه و سلم ولا تقبيله قال أحمد : ما أعرف هذا قال الأثرم : رأيت أهل العلم من أهل المدينة لا يمسون قبر النبي صلى الله عليه و سلم يقومون من ناحية فيسلمون قال أبو عبد الله : هكذا كان ابن عمر يفعل

 

“Fasal : Tidak disukai mengusap tembok kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula menciumnya. Ahmad berkata : ‘Aku tidak mengetahuinya’. Al-Atsram berkata : ‘Aku melihat ulama dari kalangan penduduk Madinah tidak mengusap kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan mereka berdiri dari sisi mengucapkan salam. Abu ‘Abdillah berkata : ‘Begitulah yang dilakukan Ibnu ‘Umar” (Al-Mughni 3/556).

 

Riwayat yang semisal di atas juga dibawakan oleh Ibnu ‘Abdil-Hadiy rahimahullah dalam Ash-Sharimul-Munkiy 1/145. Bahkan dalam kitab Kasysyaaful-Qinaa’ 4/439 disebutkan :

 

اتَّفَقَ السَّلَفُ وَالْأَئِمَّةُ عَلَى أَنَّ مَنْ سَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرِهِ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ الصَّالِحِينَ فَإِنَّهُ لَا يَتَمَسَّحُ بِالْقَبْرِ وَلَا يُقَبِّلُهُ

 

“Salaf dan para imam telah bersepakat bahawasannya siapa saja yang mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam atau selainnya dari kalangan para nabi yang soleh, maka ia tidak mengusap kubur dan menciumnya”.

 

Hal lain yang menambah keraguan tentang riwayat di atas, al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat terkenal dalam hal berpegang dengan sunnah, menjauhi kesyirikan, dan menjauhi jalan yang mengantarkan kepada kesyirikan.

 

Siapa saja yang mengenal Ahmad bin Hanbal rahimahullah, nescaya akan merasa aneh dengan riwayat yang dijadikan syubhat quburiyun (para pengagung kuburan). Terlebih lagi, dipastikan bahawa riwayat-riwayat yang sahih justru bertentangan dengan riwayat yang mereka nukilkan.

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Bari 3/475 menyebutkan dari murid-murid al-Imam Ahmad bahawa mereka menganggap jauh (mustahil) perkataan tersebut (diucapkan oleh al-Imam Ahmad).:

 

 

فنقل عن الإمام أحمد أنه سئل عن تقبيل منبر النبي صلى الله عليه و سلم وتقبيل قبره فلم ير به بأسا واستبعد بعض أتباعه صحة ذلك

 

“dan telah dinukil dari Imam Ahmad bahwa dia di tanya tentang mencium mimbar dan kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau memandang tidak mengapa, akan tetapi sebagian para pengikutnya (dari kalangan hanabilah) meragukan kesahihannya.”

 

Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah dalam Hasyiyahnya terhadap Syarah Al-Idhah Fii Al-Manasiik hal 454 meragukan pula kebenaran riwayat di atas dari al-Imam Ahmad.

 

Seandainya penukilan dari al-Imam Ahmad itu sahih, kita memiliki pokok-pokok akidah berdasarkan al-Kitab dan Sunnah Rasulullah yang lebih didahulukan dari ucapan siapapun. Al-Imam Ahmad sendiri berkata, “Jika kalian melihat ucapanku yang menyelisihi ucapan Rasulullah, buanglah ucapanku.”

 

Segala perbuatan para sahabat dan tabien bukanlah hujah mutlaq, apatah lagi menyelisihi dalil dan ijma.

 

Ketika terjadi perselisihan, kita diperintahkan untuk mengembalikan perselisihan tersebut kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan al-Khulafaur Rasyidin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتَلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا باِلنَّوَاجِذِ

 

“Sungguh, siapa yang hidup di antara kalian akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Wajib atas kalian mengikuti sunnahku dan sunnah al-Khulafa yang mendapat bimbingan dan petunjuk. Peganglah erat sunnah itu dan gigitlah dengan geraham-geraham kalian.” (HR. Abu Daud no. 4607 dan at-Tirmidzi no. 2676, sahih).

 

Tidak ada satu riwayat sahih pun dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintah sahabat agar bertabarruk (mencari berkah) kepada selain beliau, baik kepada kalangan sahabat seperti Abu Bakr atau selainnya, dengan diri mereka, maupun dengan peninggalan mereka. Di samping tidak ada perintah dari Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak ada pula satu riwayat sahih yang menyebutkan bahwa para sahabat bertabarruk dengan sahabat yang lain layaknya dahulu mereka bertabarruk dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat tidak pernah melakukan hal itu terhadap orang-orang terbaik dari al-Khulafaur ar-Rasyidin atau al-‘Asyarah al-Mubasysyaruna bil Jannah.

 

Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah berkata, “Tawassul ini tidak diperbolehkan (dalam Islam), kerana tidak ada satu nukilanpun dari shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan (kebolehannya). Imam Abu Hanifah dan dua orang murid utama beliau (Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan asy-Syaibani) membenci (mengharamkan) seseorang yang mengucapkan dalam doanya, “(Ya Allâh), aku memohon kepada-Mu dengan hak si Fulan, atau dengan hak para Nabi dan Rasul-Mu, atau dengan hak baitullah al-haram (kaabah)”, atau yang semisal itu, kerana tidak ada seorangpun yang mempunyai hak atas Allah (Lihat kitab “Syarhul Ihya‘)(Kaifa Nafhamut Tawassul hal. 13).

 

Telah datang pernyataan dari para ulama mazhab yang menyatakan tidak di mengusap kubur Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam

 

Berkata Al-Imam Ibnu Qudamah:

 

فصل : ولا يستحب التسمح بحائط قبر النبي صلى الله عليه و سلم ولا تقبيله قال أحمد : ما أعرف هذا

 

“ fasal: tidak disukainya mengusap dinding kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula menciumnya. Berkata Ahmad: aku tidak mengetahuinya (itu merupakan sunnah).

 

Kemudian beliau menyebutkan sebab larangan mengusap dinding kuburan:

 

لأن فيه إفراطاً في تعظيم القبور أشبه بتعظيم الأصنام ولأن الصلاة عند القبور أشبه بتعظيم الأصنام بالسجود ولأن ابتداء عبادة الأصنام كان في تعظيم الأموات باتخاذ صورهم ومسحها والصلاة عندها

 

“kerana hal itu termasuk berlebih-lebihan dalam mengagungkan kubur yang menyerupai pengagungan terhadap berhala, kerana solat di sisi kuburan menyerupai pengagungan terhadap berhala dengan sujud, dan kerana permulaan munculnya ibadah kepada berhala adalah pengangungan terhadap orang-orang yang telah mati dengan menggambarnya, mmengusap (kuburannya), dan solat disisinya.”( Al-Mughni 3/599).

 

Berkata Al-Marwadi:

 

ولا يستحب التمسح بالقبر على الصحيح من المذهب

 

“tidak disukai mengusap kuburan atas pendapat yang benar dalam mazhab (hanbali).”(Al-Inshaaf 4/53).

 

Berkata Ar-Ruhaibani:

 

( ولا يمس قبره صلى الله عليه وسلم ولا حائطه ولا يلصق به صدره ولا يقبله ) أي : يكره ذلك لما فيه من إساءة الأدب والابتداع

 

“(dan kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam tidak di usap, demikian pula dindingnya, dan tidak menempelkan dadanya , serta tidak menciumnya ) yakni  hal itu dibenci kerana termasuk adab yang buruk dan perbuatan BIDAAH .”(Mathaalib Uli An-Nuhaa 2/442).

 

Berkata Mar’i bin Yusuf Al-Hanbali:

 

كره رفع قبر فوق شبر وتجصيصه وتقبيله

 

“di benci untuk meninggikan kuburan lebih dari sejengkal, demikian juga, membangunnya, dan menciumnya.”(Ghayatul Muntaha hal. 269)

 

 

Berkata Al-Imam An-Nawawi:

 

وقال الإمام محمد بن مرزوق الزعفراني - وكان من الفقهاء المحققين - في كتابه (في الجنائز): ولا يستلم القبر بيده ولا يقبله. قال: وعلى هذا مضت السنة. قال أبو الحسن: واستلام القبور وتقبيلها الذي يفعله العوام الآن من المبتدعات المنكرة شرعاً ينبغي تجنب فعله ويُنهى فاعله ».

وقال أبو موسى الأصفهاني في كتاب [آداب الزيارة]: وقال الفقهاء المتبحرون الخراسانيون: « المستحب في زيارة القبور أن يقف مستدبر القبلة مستقبلاً وجه الميت يسلم ولا يمسح القبر ولا يقبله ولا يمسه فإن ذلك من عادة النصارى

 

“berkata Al-Imam Muhammad Bin Marzuuq Az-Za’farani- dan dia termasuk fuqahaa yang kritis- di kitabnya (di pembahasan jenazah):” kuburan itu tidak di usap dengan tangannya, dan tidak di cium,dan ini lah yang berjalan sesuai sunnah, berkata Abul Hasan: “mengusap kuburan, dan menciumnya sebagaimana yang dilakukan  oleh kebanyakan orang awam sekarang termasuk BIDAAH YANG MUNGKAR secara syar’i, yang harus di jauhi dan pelakunya di cegah.”

 

Berkata Abu Musa As-Asfahaaniy di kitabnya (adab ziarah): “ para fuqha dari Khurasan yang dalam ilmunya mengatakan:” yang disukai dalam berziarah kubur adalah berdiri membelakangi kiblat dan menghadap wajah mayat, dengan memberikan salam, dan tidak mengusap kuburannya serta menciumnya kerana hal itu termasuk kebiasaan orang-orang Nasrani’.”

 

Kemudian Al-Imam An-Nawawi memberi komentar:

 

وما ذكروه صحيح لانه قد صح النهى عن تعظيم القبور

 

“dan apa yang mereka sebutkan adalah benar, kerana telah Sahih (hadith) larangan mengagungkan kubur” (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab 5/311).

 

Berkata Al-Imam Al-Ghazali:

 

ولا يمس قبراً ولا حجراً فإن ذلك من عادة النصارى

 

“dan kuburan itu tidak di usap demikian juga batu, kerana hal itu adalah KEBIASAAN ORANG NASRANI’.”(Ihya’ Ulumuddin 1/129).

 

Beliau juga berkata:

 

فإن المس والتقبيل للمشاهد من عادة اليهود والنصارى

 

“sesungguhnya mengusap dan mencium kuburan adalah KEBIASAAN ORANG YAHUDI DAN NASRANI.” (Ihya’ Ulumuddin 4/491).

 

 

Dalam kitab Asy-Syifaa’ oleh Al-Qadhi ‘Iyadh bahawa Imam Malik berkata:

 

لا أرى أن يقف عند قبر النبي  ولكن يسلم ويمضي

 

“aku tidak berpendapat untuk berdiri tetap di sisi kubur Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi cukup memberi salam dan pergi.”

 

Dan Ibnu Wahb meriwayatkan dari Al-Imam Malik:

 

ويدنو ويسلم ولا يمس القبر

 

dan mendekat serta memberi salam dan tidak mengusapnya.”

 

Kemudian Mula ‘Ali Al-Qari’ memberikan komentar:

 

لأن ذلك من عادة النصارى

 

“ kerana hali itu termasuk kebiasaan Nasrani’.” (Syarah Asy-Syifaa’ 2/152).

 

Berkata Ibnu Al-Hajj:

 

قال مالك في رواية ابن وهب: إذا سلم على النبي لا يمس القبر بيده

 

“berkata Malik dalam riwayat Ibnu Wahb.”Apabila meberi salam kepada Nabi tidak mengusapnya dengan tangannya.”(Al-Madkhal 1/261).

 

Al-Qarrafi menyebutkan bahawa mengusap dan mencium hanya khusus untuk ka’bah.(Adz-Dzakhirah 3/381).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 430855

https://www.askourimam.com/fatwa/seeking-blessings-through-the-relics-of-the-prophet-sallallahu-alayhi-wasallam/

 https://muslim.or.id/12493-ngalap-berkah-yang-dibolehkan-dan-terlarang.html

 https://asysyariah.com/ngalap-berkah-kiai-dengan-dalil-dan-analogi-batil/amp/

 https://www.nahimunkar.org/ngalap-berkah-tabarruk/

http://muslim.or.id/aqidah/hadith-atsar-dhaif-serta-palsu-seputar-tawassul-dan-tabarruk-4.html

http://www.ahlalhdeeth.cc/vb/showthread.php?t=155930

http://muslim.or.id/aqidah/hadith-atsar-dhaif-serta-palsu-seputar-tawassul-dan-tabarruk-5.html

No comments:

Post a Comment