Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Hadith ancaman meninggalkan solat Asar dengan sengaja

 

 

 

عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه

 

Dari Abu Qilabah bahwa Abu Al Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, “Kami pernah bersama Buraidah pada suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, “Segeralah laksanakan solat, kerana Nabi SAW pernah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah hapuslah amalnya.” (HR.Bukhari no. 594).

 

Kata al-Muhallab, maknanya adalah meninggalkan dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya padahal mampu untuk menunaikannya. (Syarah Sahih Bukhari Ibnu Batthal, 3/221).

 

Ibnul Qayyim berkata – meninggalkan amalan itu ada dua keadaan:-

 

a) Pertama, meninggalkan secara total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan amalnya batal seluruhnya.

 

b) Kedua, meninggalkan solat asar pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut.

 

Jadi kerana meninggalkan secara umum, maka amalnya batal secara umum. Lalu meninggalkan shalat tertentu, maka amalnya batal pada hari tertentu (Ash-Shalah hal. 59).

 

 

No comments:

Post a Comment