Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Kisah Sa'ad bin 'Ubadah dibunuh jin?

 

Terdapat riwayat, bahawa sahabat Sa'ad bin 'Ubadah radhiyallahu anhu meninggal kerana dipanah oleh jin.

 

Ibnu Abdil Bar menceritakan kisah kematian sahabat Sa'ad bin 'Ubadah:

 

Para ahli sejarah bersepakat bahawa beliau ditemukan telah meninggal di tempat mandinya, dan jasadnya telah menghijau.

 

Kemudian, Ibnu Abdil Bar mengatakan,

 

 

Mereka tidak ada yang tahu tentang kematian Sa'ad bin 'Ubadah, sehingga mereka terdengar ada suara tanpa jasad yang mengucapkan bait syair:

 

"Kami telah membunuh pemuka Khazraj, Sa'ad bin 'Ubadah. Kami lempar dia dengan tombak, dan tidak meleset dari jantungnya."

 

 

Takhrij

 

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bar dalam al-Istiab fi Marifah al-Ashab hal. 180.

 

Hanya beberapa ulama ahli hadith menilai kisah ini tidak sahih.

 

Diantaranya, Syaikhul Islam dalam Minhajus Sunah 8/581, dan Syeikh al-Albani. Alasan bahawa kisah ini lemah,

 

[1]. Secara sanad, keterangan ini lemah. Ketika menyebutkan keterangan Ibnu Abdil Bar, Syeikh al-Albani mengatakan,

 

"Namun aku tidak menjumpai sanad yang sahih sesuai dengan metode para ahli hadith. Disebutkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Sirin secara Mursal, dan Rijalnya tsiqah. (Irwa al-Ghalil 1/95)

 

[2]. Andai kisah itu benar sekalipun, suara itu benar-benar ada dan didengar oleh orang yang disekitar Sa'ad bin 'Ubadah, ini belum cukup untuk dijadikan dasar bahawa beliau meninggal kerana dibunuh jin. Kerana boleh saja, jin berdusta kemudian dia ngaku-ngaku telah membunuh Sa'ad radhiyallahu anhu. dan info dari jin tidak boleh diterima 100% kebenarannya.

No comments:

Post a Comment