Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Hadith Imam Mahadi dari India/ Kar'ah/Kad'ah

 

Matan hadith

 

يخرج المهدي من قرية يقال لها كرعة

 

Terjemahan

 

al-Mahdi akan keluar dari kampung bernama Kar'ah

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhua'fa' 5/295, daripada Ibnu Umar ra.

 

Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhua'fa' 6/516, Ibnu Qaisarini dalam Dzakiratul Huffaz 5/2780, Az-Zahabi dalam Mizanul 'ltidal 2/680 melemahkan hadith ini, kerana dhaifnya perawi bernama Abdul Wahhab bin Dhahhak, hadithnya tidak boleh ditulis.

 

Adapun hadith yang menyebut Kad'ah, ini tidak diketahui asal usul dari kitab hadith muktabar sunnah.

 

 

يخرج المهدي من قرية يقال لها كدعه

 

al-Mahdi akan keluar dari kampung yang bernama Kad'ah

 

Takhrij

 

HN. Syeikh Ali Hamzah bin Ali Malik al-Tusi dalam Kitab Jawahir al-Asrar hal. 58. Tanpa sanad.

 

Berkata Ustaz Firas Ali Abdul Wahid, lafaz Kad'ah tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith yang lebih awal.

 

Hadith ini tampaknya direka-reka oleh pentaksub al-Mahdi palsu Mirza Ghulam Ahmad, yang lahir di Qadian, lalu mencocokkan dengan hadith Kadi'ah di atas. Ini adalah usaha yang terlalu berlebih-lebihan.

 

Manakala hadith yang dinisbatkan kepada Imam Bukhari dalam Tarikhnya :

 

 

عصابة تغزو الهند وهي تكون مع المهدي اسمه أحمد

 

Sebuah Kelompok Pejuang (jamaah) Islam menyerang dan menyiarkan Islam ke India, dan (jamaah Islam) itu beserta Imam Mahdi yang namanya Ahmad

 

Takhrij

 

Ini adalah hadith palsu, tiada asal  yang juga terlalu diada-adakan untuk mecocokkan dengan Mirza Ghulam Ahmad. Mereka mencilok dari matan hadith berikut:

 

Baginda juga berkata: dikeluarkan - Nu’aim bin Hammad – dari Al-Hasan,

 

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ذكر بلاء يلقاه أهل بيته حتى يبعث الله راية من المشرق سوداء من نصرها نصره الله ومن خذلها خذله الله حتى يأتوا رجلا اسمه كاسمي فيوليه أمرهم فيؤيده الله وينصره)

 

 

Bahawa Rasulullah saw :Menyebut Ahlul Bait bagnda akan ditimpa bala bencana sehinggalah Allah mengutus panji-panji hitam dari timur, sesiapa yang membantunya akan dibantu Allah dan sesiapa yang membiarkannya akan dibiarkan Allah sehinggalah datang seorang lelaki yang namanya seperti namaku, maka diperintahkan kepada mereka berwali kepadanya lalu Allah menguatkannya dan menolongnya. (HR. Nu’aim bin Hammad dalam al-Fitan hal. 189,  al-Hawi li Fatawa 2/68-69).

 

Hadith ini juga dhaif menurut pentahqiq (Dr. Abdul A’Alim Abdul ‘Azhim al-Bastawi kitab al-Mausuah fi Ahadith al-Mahdi al-Dhaifah wal Maudhuah hal. 281 no. 213.

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment