Matan hadith
يخرج المهدي من قرية يقال لها كرعة
Terjemahan
al-Mahdi akan keluar dari kampung
bernama Kar'ah
Takhrij
HR. Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhua'fa'
5/295, daripada Ibnu Umar ra.
Ibnu Adi dalam al-Kamil fi
Dhua'fa' 6/516, Ibnu Qaisarini dalam Dzakiratul Huffaz 5/2780, Az-Zahabi dalam
Mizanul 'ltidal 2/680 melemahkan hadith ini, kerana dhaifnya perawi bernama
Abdul Wahhab bin Dhahhak, hadithnya tidak boleh ditulis.
Adapun hadith yang menyebut
Kad'ah, ini tidak diketahui asal usul dari kitab hadith muktabar sunnah.
يخرج المهدي من قرية يقال لها كدعه
al-Mahdi akan keluar dari kampung
yang bernama Kad'ah
Takhrij
HN. Syeikh Ali Hamzah bin Ali
Malik al-Tusi dalam Kitab Jawahir al-Asrar hal. 58. Tanpa sanad.
Berkata Ustaz Firas Ali Abdul
Wahid, lafaz Kad'ah tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith yang lebih awal.
Hadith ini tampaknya direka-reka
oleh pentaksub al-Mahdi palsu Mirza Ghulam Ahmad, yang lahir di Qadian, lalu
mencocokkan dengan hadith Kadi'ah di atas. Ini adalah usaha yang terlalu
berlebih-lebihan.
Manakala hadith yang dinisbatkan
kepada Imam Bukhari dalam Tarikhnya :
عصابة تغزو الهند وهي تكون مع المهدي اسمه أحمد
Sebuah Kelompok Pejuang (jamaah)
Islam menyerang dan menyiarkan Islam ke India, dan (jamaah Islam) itu beserta
Imam Mahdi yang namanya Ahmad
Takhrij
Ini adalah hadith palsu, tiada
asal yang juga terlalu diada-adakan
untuk mecocokkan dengan Mirza Ghulam Ahmad. Mereka mencilok dari matan hadith
berikut:
Baginda juga berkata:
dikeluarkan - Nu’aim bin Hammad – dari Al-Hasan,
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ذكر بلاء يلقاه أهل بيته حتى يبعث الله
راية من المشرق سوداء من نصرها نصره الله ومن خذلها خذله الله حتى يأتوا رجلا اسمه
كاسمي فيوليه أمرهم فيؤيده الله وينصره)
Bahawa Rasulullah saw :Menyebut
Ahlul Bait bagnda akan ditimpa bala bencana sehinggalah Allah mengutus
panji-panji hitam dari timur, sesiapa yang membantunya akan dibantu Allah dan
sesiapa yang membiarkannya akan dibiarkan Allah sehinggalah datang seorang
lelaki yang namanya seperti namaku, maka diperintahkan kepada mereka
berwali kepadanya lalu Allah menguatkannya dan menolongnya. (HR. Nu’aim bin
Hammad dalam al-Fitan hal. 189, al-Hawi
li Fatawa 2/68-69).
Hadith ini juga dhaif menurut
pentahqiq (Dr. Abdul A’Alim Abdul ‘Azhim al-Bastawi kitab al-Mausuah fi Ahadith
al-Mahdi al-Dhaifah wal Maudhuah hal. 281 no. 213.
No comments:
Post a Comment