Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Hadith keutamaan Ahlul Bait sebagai sumber keamanan umat?

 

Matan hadith

 

 

النجومُ أمانٌ لأهلِ السماءِ وأهلُ بيتي أمانٌ لأمتي

 

Terjemahan

 

Bintang-bintang adalah pengaman bagi penghuni langit, sedang ahlul baitku adalah pengaman bagi umatku

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/168, al-Ruyyani dalam Musnadnya no. 1165, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 6260, daripada Salmah bin al-Akwa' ra.

 

 

Dhaif menurut Ibnu Hibban.

 

Dhaif menurut Ibn al-Qaisarani dalam al-Ma'rufatul Tazkirah no. 268.

 

Dhaif menurut al-Bushiri dalam al-Ithaf al-Khiyarah 7/228.

 

Sanadnya dhaif menurut Ibnu Hajar dalam Mathalib al-'Aliyah 5/83.

 

Dhaif menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/177.

 

Dhaif menurut syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4699.

 

Dhaifnya hadith ini kerana kesepakatan dhaifnya perawi bernama Musa bin Ubaidah dengan penilaian yang berat seperti, matruk dan munkarul hadith.

 

Manakala as-Suyuthi menilai hadith ini hasan dalam Jamius Saghir no. 9294, dan syeikh al-Albani melalui semakannya menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami' no. 5987.

 

Ada hadith yang hampir serupa diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya no. 4698:-

 

النجوم أمان لآهل الأرض من الغرق و أهل بيتي أمان لامتي من الاختلاف

 

Bintang-bintang adalah petunjuk bagi penduduk bumi dari kesesatan, dan ahlu baitku pengaman bagi ummatku dari perselisihan.

 

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim dalam Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain  3/162, no. 4698, daripada Ibnu Abbas ra. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim.

 

Yang benar hadith ini dhaif jiddan (terlalu lemah). (https://islamarchive.cc/H_523629)

 

Terdapat dua perawi yang lemah bernama Khulaid bin Da'laj as-Sadusi dan Ishak bin Sa'ed bin Arkun.

No comments:

Post a Comment