Tidak ditemui kisah yang
menceritakan hal demikian
Yang ada ditemukan adalah dua
kisah:
a) Kisah Bunan al-Hammal
masuk dalam kandang singa
b) Masuk kandang singa
sebagai pembuktian anak cucu Fatimah ra
Kisah Bunan al-Hammal masuk dalam
kandang singa
Kisah ini ditemukan dalam Risalatul
Mustarsyidin karangan Imam Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi Al-Basri hal. 98,
Darussalam dan versi terjemahan hal. 72-73.
Siapakah beliau?
Beliau ialah Bunan bin Muhammad
bin Hamdan bin Sai'd Al-Wasiti. Gelarannya ialah Abu Al-Hasan Az-Zahid.
Dikenali dengan 'Al-Hammal'. Juga dianggap sebagai seorang Syeikhul Islam.
Seorang yg alim besar dalam ilmu hadith, thiqah, zuhud dan kuat beribadat.
Mencapai tahap 'Muhaddith'. Berasal dari Baghdad dan menetap di Mesir. Beliau
mempunyai kedudukan yg tinggi di sisi orang ramai. Beliau tidak menerima
sebarang habuan daripada sultan. Beliau juga bersahabat dengan Imam Junaid
rahimahullah.
Bahkan Abu Ali Ar-Ruzabari
berkata, "Sebab aku memasuki Mesir ialah kisah Bunan Al-Hammal."
Beliau ke Mesir untuk melihat sendiri seorang soleh yg dicampakkan kepada singa
untuk dibaham. Namun anehnya, si singa tidak mengapa-apakannya.
Bunan telah menyuruh Ibnu Tulun
(pemerintah Mesir, mati tahun 270 H) agar melakukan perkara kebaikan. Maka,
Ibnu Tulun murka kepadanya lalu memerintahkan agar beliau dicampakkan ke
hadapan singa. Lantas si singa mendekatinya lalu menghidu-hidunya. Subhanallah.
Si singa tidak mengapa-apakannya. Lalu, beliau dikeluarkan semula. Beliau
ditanya, "Apakah perasaanmu ketika singa itu menghidu-hidumu?" Beliau
menjawab, "Aku berfikir tentang khilaf ulama dalam masalah bekas minuman
singa dan air liurnya... (adakah ia suci ataupun najis?)".
Takhrij
Biodata dan kisah ini disebutkan
dalam kitab Hilyatul Auliya' 10/324, Tarikh Baghdad 7/101, Al-Muntazim karangan
Imam Ibnul Jauzi 6/217.
Masuk kandang singa sebagai
pembuktian anak cucu Fatimah ra
Kisah ini pula ditemukan dari
sumber kitab Syiah, Bihar al-Anwar 35/50, 149 dan Muntaha al-Amal 2/654. Dan
tidak ada nilai kisah ini di sisi ahli Sunnah wal jamaah kerana bersumberkan
dari sumber Syiah.
Tersebutlah kisah, di zaman
khalifah raja al-Mutawakkil Abbasi, seorang perempuan mendakwa dirinya adalah Zainab
binti Ali. Lantas al-Mutawakkil pun bertanya kepadanya, "Engkau perempuan
muda sedangkan sudah bertahun-tahun zaman Zainab berlalu pergi." Jawab
perempuan itu, "Sesungguhnya Rasulullah telah mengusap kepalaku dan berdoa
agar aku menjadi muda buat selama-lamanya. Setiap empat puluh tahun aku akan
kembali muda."
Al-Mutawakkil memanggil para
bijak pandai mengadapnya dan bertanya, "Apa yang kamu katakan tentang
dakwaan perempuan ini?" Lantas mereka menjawab, "Dia berdusta."
Mereka berkata, "Tiada yang
dapat khabarkan kepada tuanku melainkan anak cucu al-Ridha."
Al-Mutawakkil memerintahkan Imam
Ali Naqi a.s. masuk mengadap dan memaklumkan kepada beliau masaelah tersebut.
Maka beliau a.s. menjawab, "Sesungguhnya anak-anak Ali a.s. mempunyai
tandanya."
Raja bertanya, "Apakah
gerangan tandanya itu?"
Jawab beliau, "Mereka tidak
mampan di hadapan haiwan buas. Masukkanlah perempuan itu ke dalam kandang
haiwan buas, sekiranya tidak diterkam maka ia berbicara benar."
Perempuan tersebut berteriak,
"Wahai Amirul Mukimin! Sesungguhnya beliau ingin aku mati terbunuh!"
Ada riwayat menyatakan perempuan
itu dimasukkan ke dalam kandang dan haiwan buas memakannya. Terdapat pula
riwayat yang menyatakan musuh-musuh Imam al-Hadi a.s. mengusulkan al-Mutawakkil
memasukkan Imam ke dalam kandang singa.
Al-Mutawakkil berkata kepada
Imam, "Boleh kah anda sendiri yang masuk ke dalam sangkar?" Maka Imam
al-Hadi a.s. pun masuk ke dalam kandang yang dihuni enam ekor singa liar.
Tatkala beliau berada dalam kandang tersebut, kesemua singa-singa itu tampil
mengadap Imam a.s. dan berbaring. Imam mengusap mereka dengan tangannya dan
setiap singa meminggir ke tepi.
Menteri al-Mutawakkil pun
berkata, "Segeralah keluarkan beliau dari kandang, jika tidak maruah kita
tercalar. Maka raja Abbasiyyah tersebut meminta Imam keluar dan beliau pun
keluar."
Imam berkata, "Barangsiapa
yang mengaku sebagai anak cucu Fathimah a.s, maka dia hendaklah masuk ke dalam.
Al-Mutawakkil pun memerintahkan, "Masuklah!"
Perempuan tersebut berkata, "Aku berbohong! Bebaskan aku dari ujian ini." Maka bonda al-Mutawakkil pun memohon keampunan perempuan tersebut dan ia terlepas dari kematian
No comments:
Post a Comment