Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Hadith keutamaan bersedekah pada hari jumaat

 

Matan hadith

 

ولم تطلع الشمس ولم تغرب من يوم أعظم من يوم الجمعة والصدقة فيه أعظم من سائر الايام

 

Terjemahan

 

Dan tidak ada matahari yang terbit dan terbenam pada suatu hari yang lebih utama dibanding hari Jumaat. Bersedekah pada hari Jumaat lebih besar pahalanya daripada semua hari lainnya

 

Takhrij

 

HR. Abdurrazzaq dalam Musannafnya 3/255 no. 5558, daripada Abu Hurairah dan Ibnu Abbas ra.

 

Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Ma’ad 1/395 berkata para perawinya tsiqah dan sanadnya sahih.

 

Imam kita Asy-Syaafi’i berkata:

 

بَلَغَنَا عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى أَنَّ رَسُولَ اللهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَكْثِرُوا الصَّلَاةَ عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَإِنِّي أُبَلَّغُ وَأَسْمَعُ قَالَ وَيُضَعَّفُ فِيهِ الصَّدَقَةُ

 

Telah sampai kepadaku dari Abdillah bin Abi Aufa bahwa Rasulullah bersabda, ‘Perbanyaklah membaca selawat kepadaku di hari Jumaat sesungguhnya selawat itu tersampaikan dan aku dengar’. Asy-Syaafi’i berkata, ‘Dan di hari Jumaat pahala bersedekah dilipatgandakan’.” (al-Umm 1/239).

No comments:

Post a Comment